Azila merupakan seorang anak yatim piatu yang baru beberapa minggu melangsungkan pernikahan dengan kekasih pilihan hatinya, Badri. Badri seorang jurutera, kacak dan mempunyai aura tersendiri. Namun Badri seorang yang sangat pendiam dan berahsia. Namun semua itu tidak diendahkan oleh Azila kerana baginya, kesetiaan dan kebaikan Badri lah yang membuatnya jatuh cinta. Perkenalan mereka cukup singkat dan mereka terus membuat keputusan untuk bernikah
Sebelum bernikah, Badri sememangnya sudah mempunyai rumah pusaka milik orang tuanya yang sudah meninggal ketika Badri belasan tahun. Badri tak pernah membawa Azila ke rumah tersebut sebelum bernikah kerana alasannya untuk membuat kejutan kepada Azila dan akan menghadiahkan rumah itu kepada Azila. Azila yang pada mulanya sedikit merajuk kelihatan gembira apabila diberitahu rumah itu akan ditukarkan kepada namanya.
Selesai segala urusan majlis, Badri membawa Azila ke rumahnya. "Abanggg...besarnya rumah abang!" Terbeliak mata Azila apabila melihat rumah banglo 3 tingkat itu tersergam didepannya. "Rumah sayang, bukan rumah abang" bisik Badri kepada Azila. Azila hanya senyum dan melangkah masuk. Menyelusuri setiap penjuru rumah dan berangan-angan untuk menghiasi rumahnya itu dengan pelbagai idea. Badri hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Malamnya, ketika makan malam, Badri menyatakan urusan kerjanya di Terengganu selama seminggu. "Apabila abang balik nanti, abang akan tandatangan penukaran hak milik rumah ini kepada sayang" tutur Badri. Azila hanya senyum kelat, menyembunyikan perasaan rindunya nanti kepada suaminya itu. Azila bingkas bangun dan duduk diatas riba suaminya itu, dengan manja, Azila bersuara "Tandatangan la sekarang. Kalau apa-apa berlaku pada abang? Sekurang-kurangnya Azila ada menjaga rumah pusaka abang". Badri tersenyum, "Iya juga kan? Bijak isteri abang ni." Badri bangun dan membuka sampul dokumen geran rumah dan menandatangani pertukaran hak dan nama. Pukul 3 pagi, ketika lena tidur, Azila terjaga kerana terdengar bunyi cakaran di lantai bawah katilnya. Mengingatkna rumah yang sudah usang itu, Azila hanya kembali tidur.
Paginya Badri bertolak ke Terengganu. Tinggallah Azila seorang diri didalam rumah besar itu. "Kena ada budak kecil cepat-cepat ni. Kalau tak, aku bosan" getus Azila dalam hati. Malamnya ketika tidur, pada pukul 2 pagi, Azila terdengar lagi bunyi cakaran itu dan kali ini seperti ada dua orang yang sakan mencakar lantai di bawah katilnya itu. Kerana dia berseorangan, Azila mula rasa ketakutan. Keesokan malamnya, Azila mula menyiasat di setiap sudut rumahnya itu untuk memastikan apakah yang mencakar dilantai bawah katilnya. Ketika menuruni tingkat bawah, disebelah ruangan tamu, Azila menyusup dengan perlahan dan secara tiba-tiba muncul seekor kucing hitam menerpa Azila dari belakang dan membuat Azila terhantuk didinding depannya. Azila perasan ada tingkap yang tidak ditutup dengan rapat dan alangkah terkejutnya apabila hantukan itu membuatkan dinding dihadapannya terbuka sedikit.
Azila mulai ketakutan dan cuba utk menutup kembali dinding itu tetapi dia telah dipukul oleh seseorang dari belakang sehingga tidak menyedarkan diri.
Azila tersedar apabila dia terasa seperti ada orang sedang menanggalkan bajunya dan alangkah terkejutnya apabila Azila mendapati dua orang tua yg tersangat uzur sedang cuba membuka pakaiannya. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Azila terus menolak kedua orang tua itu dan mencapai sebatang besi yang berada di atas meja yang kelihatan seperti meja penderaan, lalu memukul kuat kedua orang tu itu sehingga mereka jatuh pengsan.
"Sial kau betina! Kau pukul mak bapak aku!" Badri muncul diruangan bilik tersebut dan menarik rambut Azila. Tanpa melepaskan rambut Azila, Badri mencampak Azila ke dinding. Masih lagi mengenggam besi itu, Azila menghayun sekuat mungkin kearah kepala Badri dan Badri tersungkur pengsan.
Badri membuka mata dengan perlahan dan melihat kedua ibubapanya diatas meja, diikat dan sedang disiat kulit mereka hidup-hidup oleh Azila. "Bangsat kau betina! Apa kau buat?!!" Jerit Badri kepada Azila. Azila menoleh manja kearah Badri dan kembali meneruskan tindakannya. "Ahhh Badri. Si kanibalis terkenal didunia saikopat. Memburu wanita cantik untuk dijadikan hidangan kepada kedua orang tuanya. Bijak lakonan kau untuk ke Terengganu selama seminggu. Aku agak terkejut kau tidak menyerang ku pada malam pertama. Mereka terlalu laparkan daging wanita cantik hingga mencakar disetiap dinding ini ya?" bisik Azila lembut dengan senyuman yang sangat sinis. "Kau...kau siapa, kau nak apa?!" tempik Badri. "Aku mahukan harta kau. Ya, aku saikopat yang memburu lelaki berharta atau kaya untuk menampung hidup aku. Malang bagi kau Badri, aku takkan tinggalkan mangsa aku hidup-hidup. Dan seperti suami aku yang sebelumnya, kau juga akan hadapi nasib yang sama" Azila masih tersenyum sambil mula menghiris daging peha ibu Badri. "Ahhh aku kecewa aku tidak dikenali didunia saikopat" bisik Azila kepada dirinya sendiri. Badri hanya mampu melihat kedua orang tuanya diseksa secara perlahan oleh Azila. Sedikit demi sedikit daging mereka dihiris halus oleh Azila. "Oh abang, abang nak sayang masak apa dengan daging ni? Masak lemak cili api? Atau goreng halia?" Azila memalingkan mukanya sambil memegang daging-daging kedua ibubapa Badri. Badri menitiskan airmatanya dgn melihat ibu bapanya yang sudah hampir-hampir tidak sedarkan diri. "Cukuplah, ambil apa yang kau mahu!" Jerit Badri. "Ohh aku mahu semuanya. Rumah kau, harta kau dan nyawa kau bertiga" Azila mula kelihatan tegas.
Setelah memancung kepala kedua ibu bapa Badri, Azila berjalan menuju kearah Badri yang terikat di kerusi. "Ohh Badri, kau sangka segala penipuan kau sebagai anak yatim piatu itu aku termakan mentah-mentah?" Dan Badri tahu, masanya pula tiba untuk diseksa oleh isteri barunya itu. Malang bagi Badri, Azila memulakan seksaannya itu dengan menikam perlahan pisau ke perutnya. Terlalu perlahan sehingga Badri dapat rasa setiap inci hirisan ke kulit, daging dan ususnya. Dan Azila hanya tersenyum sepanjang malam itu.........
Tamat.
