"Sebuah mimpi indah telah membuat hidupku tertanya tanya akan maksudnya..."
Sambung nana lagi...,
"Seorang jejaka yang sering muncul dalam mimpiku sering buatku terfikir fikir akan gerangan jejaka tersebut...hmmmm"
Nana bermonolog dengan hampa..tetapi kelakuannya tidak aku endahkan.
Aku tahu yang nana sedang angau bercinta tetapi Nana kuat berangan. And dalam bab cinta cintun ni macam biasalah,aku malas nak ambil tahu,maklumlah ...kan bab ni berkait rapat dengan kaum lelaki ni.. So semua lelaki bagi aku sama saja tidak ada lebih and kurang pun..hermmm
Aku sengaja menguatkan volume tv,malas nak layan perempuan yang tengah angau bercinta....
"Aduh!!! Sakitnya..." aku menjerit sedikit kerana lengan aku rasa dicubit..aku menggosok lengan yang dicubit oleh nana.
"Apa pasal kau cubit aku? Sakit tau tak..ishh kau ni"...aku acah mahu menumbuk.
"Kau tu..kenapa kau kuat kan volume tv tu..aku kan tengah luahkan isi hati aku kat kau ni.. Ishh kau ni nurul,..suka spoil kan mood aku la"..balas nana.
" Kau pun satu, tak ada ke topik lain yang engkau nak kongsi ngan aku sekarang ni?!" Balas aku.
"Kau kan tahu betapa anti aku dengan topik ni nana.. Dah tahu yang isu lelaki tak akan aku layan.. Aku tak berminat nak dengar lagi!!!.." aku menjeling tajam seolah olah marah pada nana..
Nana tahu yang aku berpura pura marah, tapi dia tahu yang aku marah sedikit dengannya.. Dia tidak sepatutnya memulakan isu tersebut. Namun nana cepat cepat mengubah topik dan bersembang isu lain.
*************************************
Dua tahun lalu,
Dimana aku impikan untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia bersama lelaki yang amat aku sayangi (shahrul) ketika dalu hancur berkecai .... Shahrul telah membatalkan majlis perkahwinan kami pada hari pernikahan kerana. Alasannya ...dia telah berkahwin seminggu sebelum hari perkahwinan kami berlangsung bersama dengan kawan baik aku sendiri (Mastura) !!!!
"Nurul, I know you're such a beautiful bride today.. For someone ... But it's not me. You deserve meet someone better, to be as your husband someday in future. I'm really really mean't.. I'm sorry for all I have done to you. I hope you will have a good life in the future with someone specials" tiba tiba shahrul beesuara dengan kuat. Ayat yang diungkapnya membuatkan aku,seluruh keluarga dan tetamu yang hadir terkejut.
Semua terkasima dengan tindakannya. Shahrul melepaskan salaman tangan imam, lalu shahrul berdiri di hadapan wali(abah dan abang),imam dan bertentangan dengan aku yang ada di atas pelamin bersama ibuku.
Aku masih ingat lagi kata kata akhir dari shahrul selepas lari dari hidup aku..
"I'm so sorry My Honey. But i still love you. I'm swear" lantas shahrul meninggalkan majlis kami dengan tertangguh..
Ibu bapa Shahrul hanya terkedu dengan tindakan anaknya ,mereka meminta maaf diatas apa yang telah terjadi.
Namun aku masih kaku dan tidak mampu untuk bersuara,..aku hanya mampu untuk menitiskan air mata yang tidak dapat ditahan. Dalam masa yang sama hati aku rasa macam ditikam dan rasa perit.. Dikhianati oleh kawan baik sendiri!!!
Semenjak peristiwa ini,..hati aku telah tertutup untuk menerima sebarang cinta dari lelaki di dunia ini.
"Such a beautiful memories i have"..keluh aku.
Aku mengambil masa 2 tahun untuk melupakan shah dalam hidup aku dan menguatkan diri aku kembali dari segi mental dan fizikal aku.
Seminggu selepas peristiwa itu, shahrul telah berhijrah ke London dengan isterinya dengan memulakan hidup bahagia.
Namun, aku masih tidak dapat menerima peristiwa itu terjadi dalam hidup aku. Dalam tempoh melupakan dia ( dalam 2 tahun ) aku sering mempersoalkan..
"Kenapa? Kenapa kau harus memilih Mas,kawan baik aku!! Kenapa? Kenapa shah..!!!"..
**********************************
Nana melihat aku termenung jauh. Muka aku seakan bayi yang hendak menangis. Nana menghentikan lamunan aku..
Tiba tiba dengan tidak aku sedari, air mata aku mula berlinang tanpa berhenti.
"Nurul kau ok tak. Dah la tu. Tak payah terkenang lagi mamat yang senget tu. Dah dah la tu ya?".. Nana mengusap pipi aku yang berlinangan air mata...
"Sakit na..sakit sangat hati aku ni...perit sangat terkenangkan dia... Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati aku sekarang ni"..
Aku memeluk erat tubuh nana sambil menangis tersedu sedan.. Agak lama kali ni aku menangis teringat peristiwa itu.
"Dah..dah..jangan nangis lagi. Aku kan ada ni.. Ya aku faham..dah dah jangan nangis ya?.."kata nana yang cuba menenangkan aku.
Aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan aku dekat nana pada masa itu. Rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata. Hanya air mata yang menjadi hint untuk semua kecelaruan yang ada dalam hati aku.
Selepas agak lama aku menangis.. Aku terlelap dalam pangkuan nana. Nana hanya membiarkan sahaja.
************************************
"Kringgg!! Kringggg!!".. Jam lonceng telefon aku berdering menandakan sudah pukul 6 a.m.. Kami selalu bangun awal pagi untuk solat berjemaah bersama sama.
Aku mengerang sakit pinggang kerana tertidur atas sofa di ruang tamu. Aku melihat nana yang sentiasa ada disisi aku time aku ada masalah, berbaring tidur di lantai di sebelah sofa aku berlapikkan toto gebunya.. Dia menyelimuti aku separuh tubuh aku dengan selimut gebu aku.
"Na..nana. Bangun dah subuh..jom solat... Cepat..cepat bangun nana"...
* * *
Selesai solat subuh... Nana tinggalkan aku sendirian dalam bilik solat. Dia tahu yang aku ingin masa untuk bersendirian.
"Ya Allah,adakah ini ujian yang kau berikan kepadaku?.. Jikalau ini ujian yang kau telah beri kepada ku.. Aku redha dan sanggup menjalani ujian Mu ini. Namun, kau berikanlah kekuatan dalam hati dan diri ini agar kuat untuk menjalani ujian ini. Aku memohon kepadaMu, kau berikanlah aku kekuatan dari segi rohani dan fizikal dalam bertemu dengannya suatu hari nanti. Amin Ya Robbalalamin"...aku tak tahu kenapa aku menangis tika ini.
Tanpa aku sedari, nana telah mendengar doaku dalam diam.. Dia juga turut menitiskan air mata. Dia berdoa agar aku dapat cekal dalam menjalani ujian yang telah diberi kepadaku..
YOU ARE READING
Aku Kau Punya?
RomanceDalam keluarga, nurul merupakan anak kedua dari dua orang adik beradik. Nurul mempunyai seorang abang yang begitu tegas, baik hati, penyayang dan peramah. Karya ini mengisahkan seorang wanita (nurul) yang telah terluka hatinya kerana seorang l...
