"Syafiqahhhhhh...jom balik."jerit Syahreen kepada adiknya.
Syafiqah Al-qariella,berusia 8 tahun mengejar Syahreen atau nama penuhnya Syahreen al-qariel iaitu abangnya,berusia 10 tahun.Syafiqah mencapai huluran tangan abangnya itu..Syahreen tersenyum kepadanya dan mengusap kepalanya,Syafiqah hanya tersenyum girang...
Sedang mereka berjalan untuk pulang kerumah,tiba-tiba mereka terlihat Haznil yang sebaya dengan dia menangis ketika sedang dipukul oleh beberapa kanak-kanak yang lain.Tanpa berfikir panjang,Syafiqah melepaskan pegangan tangan abangnya dan menjerit sekuat hati kepada kanak-kanak yang sedang memukul Haznil itu."Hehy!!Berhenti...jangan pukul dia!!"tanpa melengah masa Syafiqah melemparkan sebiji batu yang berada disampingnya itu ke arah mereka yang memukul rakan sebayanya lalu terkena pada salah seorang daripadanya.Haznil atau nama singkatannya Nil itu hanya mampu menangis saat memandangku.
"Aduh!!"Syafiqah terduduk di atas jalan apabila dibaling batu dan terkena pada bibir serta seluruh badannya..Dia mula mengalirkan air mata akibat kesakitan dari lemparan batu yang dibuat oleh mereka...Dia juga terkejut apabila melihat Syahreen memukul kesemua kanak-kanak itu kerana marah dengan keadaan dirinya yang diperlakukan sedemikian...dalam sekelip mata ,kanak-kanak itu semua sudah melarikan diri kerana takut dipukul oleh Syahreen tadi.
"Iqah ok?Lain kali jangan masuk campur hal orang lain atau hendak tunjuk berani.."kata Syahreen sambil menarik Syafiqah untuk bangun dengan nada yang marah.Tapi dia tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menuju ke arah Nil.
"Jom bangun...jangan menangis lagi ya...jom ikut kitaorang balik..Nak tak?"tanya Syafiqah kepada Haznil yang masih menangis dalam keadaan ingin bangun dan dia terus berlari tanpa memandang mereka..Syafiqah hanya terpinga dengan tindakan Haznil sebentar tadi..Syahreen menarik tangan Syafiqah dan mereka terus berjalan pulang ke rumah.
Beberapa hari selepas itu Syafiqah berkenalan dan mengenali Haznil dengan lebih rapat sewaktu di sekolah apabila dia menghampiri Syafiqah dan Syahreen serta mengucapkan terima kasih kerana sudah selamatkan dia tempoh hari.Haznil merupakan seorang budak yang lemah lembut.Walaupun Syafiqah seorang perempuan tetapi dia lebih kuat dan tabah dari Haznil.Semenjak itu mereka menjadi sahabat dan sentiasa melindungi Haznil setiap kali bila dibuli.
P/s: this is my first story...harap korang enjoy mmbce ...mmg sengja nak buat kelainan...short story...ap2 cdangan or pendpt bolh lh komen
azyyati
YOU ARE READING
Is that Really You?
Romancehope you guys like my short novel n vote my novel ok...huhu
