Kainar 32:Jemputan

Start from the beginning
                                    

"Yelah. Awak nak saya buat apa? Nak jelas panjang-panjang?" Soal Aizel dengan dahi yang berkerut.

"Kalau boleh..." Aizel menghela nafas mendengar jawapan dari Emily.

"Nanti rehat saya jelaskan boleh? Sekarang ni waktu belajar. Tu hah, Cikgu Mel pun dah lama sampai." Kata Aizel sambil menunjuk ke arah meja guru.

"Eh? Maaf cikgu..." Emily menunduk lalu pergi ke tempat duduknya.

************************

Loceng berbunyi tanda masa rehat bermula. Semua murid keluar ke kantin tetapi tidak pada Aizel, Amy, Neil, Emily dan Puteri Hestia. Bagaikan sekepala kerana semuanya membawa bekal dari rumah.

"So, jelaskan..." pinta Emily.

"Well..macam mana nak mulakan eh? Tak tahu dari mana mula..hehehe" Aizel menggosok belakang kepala sambil tersengih.

"Apelah abang ni.." Sampuk Amy.

"Kami kemarin ada hal keluarga. So, sebab tulah kami tak dapat datang.." Amy menjelaskan sebab mereka berdua tidak hadir kemarin.

"Ohh.." Mereka semua mengangguk.

"By the way, nah..." Aizel memberi pucuk surat kepada Emily, Neil dan Puteri Hestia.

"Surat apa ni bro?" Soal Neil.

"Bukak je lah.." Kata Aizel lalu memakan bekalan dari rumah.

"Surat jemputan kahwin? Siapa yang kahwin? Kamu ke Aizel?" Soal Puteri Hestia berturut-turut.

"Ha'ah.." Jawab Aizel selamba.

"Is that true?" Soal Emily. Aura sejuk mula terasa.

"Hahaha! Don't angry my little girl. Just open it and read.." Kata Aizel dengan senyuman.

"Robert Neifelheim dan Hanna Hefort. Bukan ke ni ibu bapa awak Aizel? Kenapa mereka nak kahwin? Bukan ke mereka dah kahwin?" Soal Puteri Hestia dengan dahi yang berkerut.

"Nah..ibu bapa saya pernah berpisah sekali. So, saya dan Amy mula memujuk mereka agar kembali bersama. Its take a year.." Aizel menjawab persoalan Puteri Hestia tetapi tidak memberitahu puteri itu sebab yang terperinci. Biarlah jadi rahsia.

"Ohh..man, aku tak tahu pula-"

"Biarlah...benda yang lepas tak elok dikenang. Cukuplah dijadikan sebagai pengajaran.." Aizel memintas percakapan Neil.

"So, kamu semua jemput datang sekali dengan ibu bapa masing-masing ye..layanan yang terbaik aku jamin kat korang." Kata Aizel.

"Puteri Hestia, tolong sampaikan berita ni kat Raja Lancer boleh?"

"Boleh, nanti saya akan sampaikan kat ayahanda saya." Balas Puteri Heatia.

"Kat mana majlis ni berlansung?" Soal Neil pula.

"Awak tak baca dengan teliti Neil? Seriously?" Soal Emily.

"Eheheh.."

"Majlis ni berlangsung kat Rumah Agam Neifelheim. Kalau tak tahu juga, tanya je Aizel." Kata Emily sambil menunding jarinya pada Aizel yang sedang makan.

"Hah, kalau itu aku tahu juga eh. Siapa tak kenal, ibu bapa si Aizel ni merupakan salah satu daripada orang terkaya. Setakat Rumah Agam Neifelheim saja semua orang kat bandar ni dah tahu." Kata Neil yang juga sedang memakan bekalannya.

"So, Emily. I have one request to you.." Kata Aizel.

"What?"

"Make sure you look gorgeous next week."

"Of course. But, for what?"

"Nak bawa jumpa awak jumpa ibu bapa saya untuk minta restu. Mana tahu, ibu bapa saya kahwin semula dan awak jadi tunang saya.." Kata Aizel tersengih.

"Wuuuu~" Semua yang berada di situ tersengih sinis. Emily menekup mukanya.

"D-don't say that, idiot!" Kata Emily dengan muka yang merah padam menahan malu.

"Dah pandai usik awek hah? Nice move buddy!" Kata Neil sambil sambil menaikkan ibu jarinya.

"Hahaha.."

"Well, abang saya ni jenis yang tepati janji. Tak kira cepat atau lambat, dia mesti akan tunaikan. Dan awak beruntung dapat abang saya Emily, tahniah.." Kata Amy dengan sengihan.

"Kalau korang berdua kahwin, jangan lupa jemput kami ye.." Usik Puteri Hestia.

"Of course! Right my dear?" Soal Aizel sambil mengusap kepala Emily. Mereka yang berada di situ tersenyum melihat pasangan itu.

"Y-yeah.." Jawab Emily dengan muka yang masih lagi merah.

*************************

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now