kebab lidah lembu

211 11 5
                                        

haa kau jangan nak acah jijik lah hawau, awal-awal lagi aku dah cakap banyak resepi merapu dalam ni, degil nak baca jugak!

haa kau jangan nak acah jijik lah hawau, awal-awal lagi aku dah cakap banyak resepi merapu dalam ni, degil nak baca jugak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAHAN - BAHAN

lidah lembu
1 biji bawang besar (hiris halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 biji tomato (potong dadu)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2/3 sudu kecil kicap manis
mix vegi (but aku lebih suka guna kubis purple lagi best haha sebab aku tak suka kacang hijau yang ada dalam mix vegi tu yucks)
3 keping roti pita (belah dua)

HOW TO MAKE IT!

1) bakar lidah lembu sampai area luar dia yang berduri tu hangus sepenuhnya, bakar dalam setengah jam lah jugak sebab isi dalam tu pun nak kena bagi masak juga

2) selepas siap bakar lidah tu, korang kikis lah bahagian yang hangus tu, bahagian-bahagian yang tak perlu tu kikis je sampai tinggal isi dalam lidah tu

3) sekarang daging lidah itu ikutlah nak potong macam mana tapi aku suka potong salai halus-halus baru sedap mengunyah hihi

4) panaskan kuali bersama minyak yang mencukupi then tumis bawang besar dan bawang putih sampai garing

5) masukkan lidah lembu yang dah siap di potong dan juga tomato dan kubis (ataupun mix vege) then mix hingga sebati

6) kemudian masukkan pulak sos tiram, sos cili, kicap manis dan juga perasa secukupnya pastu mix lagi hingga semuanya betul2 sebati

7) sekarang beralih ke roti pita ni pulak, aku belah dua then bakar (aku tak tahu panggil apa yang masak sesuatu dalam kuali tanpa minyak tu hahahaha bakar ke?)

8) untuk filling dia korang boleh ikut kreativiti masing2 kalau aku sumbat daun salad dulu baru letak filling pastu hiaskan mayonis dengan sos cili dekat atas fuhh dapppp emmmm

Makan Untuk HidupWhere stories live. Discover now