Rindu

39 1 0
                                        

"Ain?" Hana melambai tangan kearah Ain yang sedang mengelamun jauh ke mana pergi entah. Selesai berbincang mengenai hasil perniagaan, Hana menyuarakan hasrat hati untuk menambah cawangan baru mereka di Borneo.

Suara hati Hana mendapat tentangan hebat daripada rakan niaga Anha Motorpiece iaitu Adam. Adam tidak bercadang untuk membangkang cuma pada pandangannya untuk membuka cawangan di Borneo pastinya memerlukan modal yang besar dan keluar masuk duit perlulah banyak.

"Kalau macamtu, kita tawarlah pekerjaan kosong di Borneo untuk orang sana. bukan kah itu lagi menjimatkan..? Yela, daripada kita bawa pekerja kita ke sana pastinya memerlukan belanja yang lebih besar"
Ain cuba memberi pandangan. Adam diam, sukar untuk berunding dengan Ain kerana Adam pasti menghadapi penyakit lidah kelu.

Mesyuarat non-formal selesai.

"Kenapa kita tak bincang pasal benda ni semalam?"-Ain

"Aku tengok kau sibuk semalam, tu tak tercakap tu"-Hana

"At least berilah tahu, takde lah aku tergagap-gagap tak tahu isu. Kau tahu Adam tu macam mana kan. Kalau dia kata hitam, hitamlah"-Ain

......................................................
DI RUMAH

"Hana, hujung minggu ni aku ingat nak balik kampung la. Lama betul rasanya tak balik kampung"-pinggan diletakkan di atas meja hadapan Hana sedang duduk.

Suasana sepi malam tu, hanya suara di televisyen yang kedengaran. Tiba-tiba Hana bersuara.

"Balik dengan adik ke?"

"Tak. Adik ada kelas tambahan. Lagipun aku rindu nak tengok kebun bapak aku. Hijau. Bunyi ayam. Bunyi burung. Hai lah rindu betul lah rasanya. Hehe.. Serabut betul dah otak aku duduk KL"

"Hm okey.."

"Hana, kau marah aku?"

"Marah kenapa sayang?"-Hana senyumkan diri tapi kelat. Mungkin kesan ditegur Ain petang tadi.

"Ala takkan merajuk kot? Aloloo meh sini aku pujuk. Ni mesti kes aku tegur pasal petang tadi ni kan? Yela2 aku minta maaf. Elelee merajuk-merajuk pula dia. Cium kang. Hahahaha"-Ain cuba mengambil hati, mana taknya kawannya itu mudah terasa hati. Hati tisu la katakan.

"Hm minta maaf juga tak bincang awal-awal.."-Hana cuba menyedapkan hati.

"Ala takpe aku tahu kau taknak kacau aku semalam. Aku perasan je kau macam nak cakap sesuatu tapi sebab kau nampak aku sibuk en..? It sokey"

Jam pun menunjukkan pukul 11 malam. Waktu paling mujarab untuk tidur. Tetapi tidak bagi Hana. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Ain tapi disimpan rapi didalam hati. Apakah sanggup dia menyimpan perasaan itu lagi? Entah, dia sendiri tiada jawapan. Surat tawaran sambung belajar dironyok dan dicampakkan ke bawah katil. Hana baring lalu tertidur.

HummerXaudiBağımlısı olacağınız hikayeler. Şimdi keşfedin