Bab 1: Berita

810 36 0
                                    

Di istana Puteri Adrienne

Seorang permaisuri sedang berjalan berulang-alik dari hujung dinding hingga ke pintu. Di dalam fikirannya, dia asyik memikirkan sama ada dia hendak memberitahu pada anakandanya berita itu ataupun tidak.

Akhirnya, dia membuat pilihan untuk memberitahu anakandanya. Dia menyuruh pembantu istana untuk memanggil anakandanya yang berada di dalam bilik.

Keluarga Puteri Adrienne Amabelle ialah keluarga kerabat diraja yang menguasai kawasan-kawasan tertentu sahaja. Antara kawasannya ialah Rouen, Châlons-en-champagne, Dijon, Lyon, Nice, Ajaccio termasuk juga dengan Paris.

Mendengar bondanya memanggil dirinya, dia segera turun dan menuju ke bilik keluarga, di mana bondanya berada. Dia melangkah masuk dan segera bertanya...

Adrienne Amabelle: Pourquoi, bonda? (Kenapa)

Permaisuri Marrie Elizabeth : Ahh...ya! Mari duduk di sebelah bonda.

Permaisuri menepuk-nepuk tempat duduk kosong di sebelahnya. Adrienne berjalan dan duduk di sebelah bondanya.

"Sebenarnya bonda nak beritahu kamu satu berita, dan berita ini pasti akan menggembirakan kamu." Kata Permaisuri Marrie.

"Vraiment? (Betul ke?) Apa dia", Nada suaranya berbunyi agak terkejut tapi gembira.

Teruja mendengar anakandanya bertanya, permaisuri menjawab.

"Bonda dah daftarkan kamu di sekolah SAKD!", Jawab Permaisuri teruja.

Muka yang teruja tadi terus hilang dan berubah menjadi muka yang sedih.

"Quoi?! (Apa) Bonda kenapa?"

"Aikk! Bonda ingatkan kamu gembira."

Permaisuri berasa hairan. 😕

"Apa! Tak, bonda. I'm not happy with this decision. NOT HAPPY."

"Kenapa kamu tak gembira? Sekolah ni.. best. Dulu bonda bersekolah di situ. Di situlah tempat di mana bonda buat pertama kalinya berjumpa dengan bonda kawan-kawan kamu."

"Siapa?"

"Kawan-kawan kamu.."

"Ohh..ya."

Nadanya mula perlahan dan kedengaran sedih.

"Kamu masih bersedih lagi ke?"

"Hah? Non. Oui. Je ne sais pas. (Tidak. Ya. Tak tahulah.)"

Puteri Adrienne berasa keliru.

"Kamu janganlah risau. Kamu pasti dapat kawan baru punya, ataupun tidak." Katanya sambil memperlahankan suara sewaktu menyebut 'ataupun tidak'.

"Apa bonda?"

"Hihi.. takde apalah."

"Hmm?? Takpelah, jadi saya akan ikut saja keputusan yang telah bonda buat. Kejap! Ayahanda tahu ke pasal perkara ni?"

"Sudah tentu. Kami yang cadang nak masukkan kamu ke sekolah itu."

"Ouh...anakanda faham. Jadi, bila anakanda akan bertolak ke sana?"

"Memandangkan sekolah tu.. jauh, jadi anakanda akan bertolak esok pagi beserta dengan kelengkapan."

"Huh?! Sekolah tu ada asrama, ke?"

"Ya. Asrama. Jadi, anakanda akan bersekolah di situ selama setahun."

"Selama setahun...bukan ke, majlis pertabalan akan diadakan akhir tahun Ini."

"Betul tu. Dan sebab itulah.. anakanda kena belajar bersungguh-sungguh."

"Sekolah tu.. kat mana sebenarnya?"

"Dekat sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Mystic."

"Pulau Mystic? Apa nama pelik sangat?"

"Pulau tu dikenali sebagai Pulau Mystic adalah disebabkan pemimpin ataupun pengusaha pulau yang tidak dikenali oleh sesiapa pun dan juga disebabkan perkara-perkara aneh yang selalu berlaku di situ." Terang Permaisuri Marrie.

"O..key? Jadi, dekat pulau tu.. ianya bandar ataupun pekan."

"Sudah semestinya bandar."

"Okey. Jadi, macam mana dengan uniform anakanda?"

"Berkenaan itu, anakanda akan pakai uniform sekolah lama bonda. Lagipun, kamu bukannya sekolah lama dekat situ. Lebih baik pakai baju bonda, kan?"

"Ya. Baik, takde masalah. Jadi itu saja, ke?"

"Ya, itu saja. Bonda akan suruh pembantu istana untuk siapkan kelengkapan kamu untuk di sana. Dan juga beberapa buah buku yang harus kamu baca tentang sekolah itu dan peraturannya. Bonda nak kamu ingat, faham?"

"Sudah semestinya saya akan ingat."

"Baguslah kalau macam tu."

"Jadi, anakanda akan naik ke bilik sekarang. Jumpa bonda lain kali."

"Baiklah."

Keluar dari bilik tersebut, dia terfikir akan sesuatu perkara.

'Baru aku faham kenapa ayahanda dan bonda hantar aku ke sekolah! Tahun ni..aku akan berumur 21 tahun yang bermaksud akhir tahun ini akan ada majlis pertabalan. Aku kenalah belajar kalau nak jadi seorang pemimpin yang bagus. Walaupun, abang yang akan ambil alih kerajaan ini nanti. Kalau macam tu.. aku akan belajar bersungguh-sungguh!'

Jadi, dia naik ke biliknya dan memikirkan pengalaman baru yang akan dialaminya tanpa kawan-kawan rapatnya itu.

Keesokan harinya...

TOK..TOK..TOK!

Pintu bilik Puteri Adrienne diketuk oleh pembantu istana.

Pembantu istana: Maaf, tuan puteri kerana menganggu tapi patik telah diarahkan oleh tuanku permaisuri untuk menyuruh tuanku bangun.

Tiada suara yang membalas.

"Tuan puteri?" Dia mengetuk pintu sekali lagi.

Mendengar pintu biliknya diketuk buat kali kedua, dia lantas bangun daripada tidurnya yang lena itu. Lalu, menyahut panggilan pembantu istana.

"Ya, beta dah bangun. Uwahh..beritahu tuanku permaisuri yang beta sedang bersiap. "

"Baik, tuanku." Dia berlalu pergi memaklumkan kepada Raja Yuma dan Permaisuri Marrie.

Bersambung...

C | SEKOLAH AKADEMIK KERABAT DIRAJAWhere stories live. Discover now