Bab 1- 3

9.4K 181 36
                                    


BAB 1

DAHLIA terkocoh-kocoh berlari naik tangga balik ke dormnya di tingkat tiga selepas menghubungi keluarganya tadi menggunakan telefon awam di kantin sekolah. Dia mahu khabarkan berita gembira kepada roommatenya.

"Maria! Ira... An... eh, mana dia? Dia pigi mana?" soalnya kepada seorang lagi roommatenya, nafasnya turun naik.

"Ada family dia datang melawat. Kenapa juga sama kau ni? Tarik nafasmu mandak, macam baru marathon ni," jawab Ira yang sedang mengemas bukunya di loker. Mandak atau sumandak adalah panggilan kepada gadis remaja Sabah.

"Aku, aku mau kasitau kamu ni... fuh!" Dia bersuara gembira walaupun kepenatan.

"Apa juga yang kau happy sangat ni?" tanya Maria pula.

"Bisuk harijadi aku yang ke-16. Kau tahu aku dapat dua biji kek. Ndak sabarnya mau celebrate. Mesti lawa tu kek," beritahunya, siap senyum sendiri membayangkan apakah pula dekorasi kek yang bakal diterimanya tahun itu. Ndak bermaksud tidak atau tak dalam bahasa Sabah

"Untunglah kau Dahlia, besar begini pun kena sambut harijadi kau. Kalau kami tu harijadi untuk budak-budak saja."

"Bila harijadi kau?" tanya Dahlia memandang Ira.

"Lepas sudah... kau lupa ni, kan?"

"Astaga! Bulan dua hari tu, kan? Maaflah. Ndak apa, bisuk mama aku kirim kek sebiji untuk kita celebrate awal. Kita nyanyi tu lagu harijadi ramai-ramai satu dorm lepas jam 12!"

"Wahhhh. Makan kek lah kita ni bisuk. Yeayyy!" Maria tumpang teruja. Ketiga-tiga mereka berpegangan tangan lalu duduk di atas katil dengan wajah yang girang.

"Ha, satu lagi. Sabtu ni family aku celebrate harijadi aku dekat rumah kami sana Penampang. Aku sudah kasitau bapa aku, aku jemput kamu semua datang. Nanti Sabtu ni bapa aku ambil kita semua!"

"Thank you, Dahlia. Baik betul kau mandak..." Maria berterima kasih.

"Wahhh... mesti besar rumah kau, kan? Ndak sabar mau datang tengok ni. Thank you jemput aku juga," Ira pula respon dengan gembira, tahu Dahlia daripada keluarga yang agak senang.

"No problemlah. Kamu kan roommate aku selamanya?" Dahlia memeluk kedua-dua rakannya itu. Dia telah menganggap mereka berdua sebagai adik-beradiknya.

"Macam-macamlah kau ni, Dahlia. Tapi ndak apalah, birthday girl, kan?" usik Maria.

"Harijadi ni adalah perkara paling bermakna dalam hidup aku. Sebabnya aku ni tiada sibling, masa aku kici aku selalu hairan kenapa aku tiada kakak, adik atau abang macam orang lain. Aku teringin ni. Jadinya masa harijadi tu, bila ramai kawan-kawan aku datang, aku rasa happy tengok dorang semua. Kalau boleh aku mau saja sambut birthday aku hari-hari."

"Kau ni, Dahlia. Kau anggaplah kami ni sibling kau. Kan Maria, kan?" balas Ira.

"Iya, betul tu Dahlia. Janganlah kau rasa sunyi-sunyi. Kami kan ada ni?" sahut Maria pula sambil memegang tangan Dahlia dengan erat.

Dahlia terus memeluk lagi kedua-dua kawannya itu. Bertemu mereka adalah hal yang terindah bagi dirinya. Kemudian dia terpandang seorang lagi roommatenya yang baru saja balik. Tidak sabar untuk dia beritahu khabar yang sama kepada perempuan itu pula. Terus saja dia bingkas bangun ke pintu masuk dan berlari laju. "Mandak, kau pigi mana? Birthday aku bisuk kita celebrate sama ah? Satu lagi, Sabtu ni aku bawa kamu semua pigi rumah aku sambut sana."

"Wahh. Thank you Dahlia," jawab roommatenya itu.

"Untuk roommate aku yang paling baik dan paling cantik..." katanya terus menarik tangan roommatenya itu masuk ke dalam. "Kau okey bah, kan?"

(preview) ASRAMA: 2 - sebuah novel Muhammad FatrimWhere stories live. Discover now