~BAB 1~

3K 88 5
                                    

   PUKK!

   Kena! Muaahhhahaha....

   " What the....?!?", Gadis itu menoleh.

    Angah atau nama sebenarnya Reykal Daniel tersengih bangga dengan hidungnya kembang kempis, Imam Amani menjegilkan biji matanya besar! Apa kena dengan abang aku ni? Asal malam je mulalah perangai gila gila dia keluar, errghhhh! Angah melangkah menuju ke arah sofa single bertentangan dengan adik bongsunya.

    " What the apa??? Tengok tv maghrib maghrib ni...bagus sangat lah! Pergi mandi lepas tu solat! Tengok tv je kerja!", Bebel angah sambil memeluk sebiji bantal.

   " Angah ni kan...kalau sehari tak ganggu privasi orang memang tak sah kan?!? Iman nak tengok cerita ni kejap...this is my favourite movie!", Ujar Iman dengan suara terkawal.

    " Eh eh! Melawan cakap orang pula, nasib baik angah yang turun tau! Buatnya Along? Haa...cair tahi telinga", gumam angah tanpa menoleh ke arah gadis itu.

    Iman mendiamkan diri, memang sejak kecil dia sudah menanam sikap menghormati abang abangnya. Tidak pernah pun dia meninggikan suara mahu pun melawan, berani lah buat! Niaya! Iman merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik serta mempunyai 3 orang abang. Sejak kecil ibu dan ayah mereka sudah mengajar erti hormat menghormati, maka tidak salah lah cerita ni begitu skema!  [Hoho...author dah mula merepek! ]

     Iman kembali menatap skrin televisyen, manakala angah juga begitu. Angah ni kalau bab mengarah memang nombor satu tapi apa yang dia arah bukannya dibuat! Sebab tu dahi dia selalu lebam sebab kena katuk dengan along, perangai entah apa- apa. Drama yang dinantikan akhirnya tiba, dengan perasaan teruja Iman Amani duduk dengan tertib lantas menguatkan volume suara. Angah memandang adiknya hairan, 'kenapalah adik nya begitu tergilakan drama? Apa yang best nya? Bagi aku, drama ni takde yang menarik pun!'Omel angah dengan gelengan kecil.

     "Ahhhh...Hensemnya!!! Untunglah Ayda jebat sebab dapat berlakon dengan hero yang hemsem tahap babun! Oh my sweet heart Zul Ariffin!", Gumam Iman sendirian dengan penuh perasaan.

     Angah memandang jengkel, ' rasa macam nak termuntah lah pula'. Bantal disebelahnya sekali lagi dilempar ke arah Iman namun agak perlahan, betul betul tepat mengenai wajah adiknya..

    " Angah!!!",

    " Angah suruh apa? Pergi solatkan? Dah masuk maghrib dah ni...karang along turun angah tak tahu ek? Pandai- pandailah bagi alasan.", ujar angah agak serious.

    "Eeee...ye! Nanti Iman pergilah! Angah suruh orang ni, angah dah solat? Belum kan?", sindir Iman dengan sengihan.

    " Ingat Angah macam Iman ke? Suka lewat kan solat, mestilah dah! Angah solat dengan Along tadi. Dah! Dah! pergi cepat...! cerita ni kan ada ulangan, nanti tengoklah.", bebel angah lagi.

    " Alahhhh...kejaplah....", rengak gadis berumur 22 tahun itu dengan sayu.

    " Angah kata pergi!!", kata angah tegas.

     Iman mengeluh perlahan, mahu tidak mahu dia bingkas bangkit dari duduk dan melangkah ke anak tangga. Namun matanya masih menatap televisyen, angah tersengih sumbing.Macam-macam!

********* *********

     Kuah tom yam yang berada didalam periuk digaul perlahan, tangannya mencapai balang garam lalu dibuka. Ditabur secubit garam didalam masakannya dengan kuantiti yang mencukupi,sekali lagi digaul penuh kasih sayang. Setelah sebati, dirasa sedikit masakannya penuh selera.' Bolehlah ni...'

     "Wow....sedapnya bau! Along masak apa tu?", Satu suara menjengah ke gegendang telinganya.

    " Ya Allah Iman ni, buat along terperanjat jelah! Bagilah salam ke, apa ke? Ni main terjah pula...kalau along ni ada heart attack macam mana?",Along mengurut dadanya sebelum memandang adik bongsunya.

    " Hehe...sorry boss! Iman lupa...", kata Iman dengan gaya manja.

     Harris Hakim ataupun Along menggeleng kepala perlahan, sabar long...kau abang! Kena banyak mengalah. Along mencapai mangkuk yang agak besar lantas dibawa ke periuk masakannya, perlahan lahan dituang kuah tom yam kegemarannya kedalam mangkuk itu. Iman Amani sekadar memerhati gelagat abang sulungnya, gadis itu melabuhkan punggungnya lalu menongkat dagu.

    " Haihh...tengok je? Dahlah along yang masak...bukan nak tolong ke apa! Termenung pula!", sergah Along perlahan.

    Iman tersengih sumbing sebelum me- langkah ke arah abangnya,' oh...masak tom yam, patutlah bukan main lama dekat dapur. Masak fevret makanan dia rupanya' getus hati nya perlahan. Iman mencapai mangkuk lantas membantu apa yang disuruh oleh Along, setelah selesai Iman menghidangkan lauk pauk yang dimasak keatas meja dengan kemas.

     " Along...Abang Aidil mana? Dari tadi tak nampak, keluar ek?", soal Iman.

   " Taklah...Abg Aidil ada je dalam bilik, tengah betulkan handfhone dia. Apa masalah tah!", Balas Along sambil tangannya kusyuk mengacau air kopi yang dibuat.

     Iman Amani sekadar mengangguk, masak benar dengan perangai abang nombor tiganya itu.Kalau bab merepair serahkan je dekat dia, apa pun dia boleh betulkan.Mesti pelikkan sebab yang masak ni bukan Iman tapi abang dia! Bagus abang dia, lelaki pun pandai masak!

    [ Tk mcm author, author tk berapa minat memasak. Huhu...] Harris memang sudah biasa menolong emaknya memasak sejak dari kecil, maka apa saja menu dia boleh masak! Tapi, air tangan seorang ibu memang tiada tandingan, Iman juga tahu memasak tetapi ikut masa.

     " Done already!", Iman mengelap tangannya pada sehelai tuala selepas menuangkan air kedalam gelas.

     Along sekadar tersengih melihat telatah adiknya, adik bongsu yang disayangi. Bukan Iman saja, adiknya lagi dua orang juga dia sayang! Angah yang entah dari mana men
jengahkan kepalanya ke ruang dapur, dia sudah terhidu bau masakan yang enak. Kelihatan abang sulungnya serta Iman berada disitu sambil berbual kosong.

    " Wahhh...masak apa ni? Macam sedap jer, Iman masak ek?", Soal Angah lantas menarik kerusi bersebelahan Along.

   " Alonglah!...shif masak makan malam kan along, so...Along lah yang masak!", Jawab Iman dengan sengihan apabila melihat wajah tak puas hati along.

    " Setiap malam aku masak...takkan tak kenal lagi bau masakan aku!", Perli Along sinis.

   Angah tergelak kecil. " Alolo...maaflah Along ku sayang! Adik mu ini sekadar berseloroh! Mana mungkin adik mu yang kacak ini lupa dengan bau masakan chef terhandal ini", Angah membuat gaya agak manja.

     Along menggeliatkan tubuh badannya manakala Iman sudah ketawa geli hati melihat telatah abangnya, Angah mencebik.
Mereka berbual kosong hampir 30 minit kemudian kedengaran telefon rumah berbunyi.

     " Along angkat telefon kejap, Angah! Kau pergi panggil Aidil. Entah apa yang dibuatnya sampai sekarang tak turun turun, dah solat isyak ke belum tu?", Bebel along lantas melangkah ke ruang tamu.

    " Ok!", Angah bimgkas bangun dan menaiki anak tangga.

    Iman yang berseorang mencapai senduk nasi lantas mencedukkan nasi kedalam pinggan, setelah selesai gadis itu melabuhkan punggung ke kerusi sambil menanti abangnya. Agak- agak mana ibu bapa iman dan abang abangnya? Haa...ikutilah episod seterusnya ye?

To be continue...

Macam mana? episod satu ni agak2 menarik tak? Huhu...maaflah kalau kurang menarik sebab author tk berapa ada idea.

Sokey...korang stay read sebab episod seterusnya author akan buat lebih menarik inn syaa allah! ^_^

#KeepVote
#KeepReading!

  

IMAMKU USTAZKde žijí příběhy. Začni objevovat