Pada malam itu ,suasana begitu indah sekali. Bintang-bintang berkelipan di dada langit bersertakan deruman angin yang begitu nyaman sekali.
Pada malam itu, Amirul tidak dapat untuk lelapkan matanya kerana masih lagi terfikirkan seseorang yang membuat hati nya terkejar-kejar untuk mengenali siapakah gadis yang dilihat berhampiran BSN petang tadi. Amirul merupakan seorang pemuda yang biasa-biasa saja dan dia bekeeja sebagai seorang staff di sebuah kedai peralatan perabot. Perwatakan kampung termasuklah penampilannya sebagai budak kampung. Walaupun perwatakan dia sebagai seorang budak kampung,tetapi mempunyai cita-cita yang tinggi untuk meneruskan impian.
Seperti biasa, waktu rehat kerjanya dihabiskan di sebuah kedai kopi yang tidak berapa jauh dari tempat kerjanya. Dia akan kesitu bersama-sama kawan sekerjanya iaitu,Hazim.Tapi pada hari itu, Hazim tidak dapat menemani nya kerana shift mereka pada hari itu berbeza.Jadi ,Amirul terpaksa makan berseorangan sahaja.
"Ahh,mesti bosan ni makan sorang-sorang."protes hati nya.
"Dari makan sorang-sorang baik aku pergi BSN duku untuk keluar kan duit aku." Hatinya memberi cadangan
Maklum la sebagai staff yang dibayar gaji mengikut bulan perlu lah membuat simpanan agar tidak kering poket bila hujun bulan nanti.
Disebabkan BSN dengan tempat kerjanya tidak begitu jauh .Jadi dia hanya perlukan 5 minit jer untuk sampai kesana. Time tu suasana mesin ATM tidak begitu sibuk,dari kejauhan lagi sudah terlihat hanya beberapa orang sahaja yang sedang mengambil duit di Mesin ATM. Apabila dia sampai sahaja kat situ, dia terus serbu mesin ATM kerana ingin mengeluarkan duit nya dan terus pergi ke kedai untuk mengisi perut nya. Sesampai sahaja dia kt hadapan mesin itu,tetiba kedengaran suara wanita yang menegurnya.
"Excuse I, datang dulu yea. So jangan nk main potong jer."kata gadis tu dengan gelagat yang gedik.
"Maaf yea saya sampai dulu dan lagipun tume saya datang tdi tiada sesiapa pun kat sini.so ikut turn yea." Dia mempertahankan diri nya.
Malah gadis tersebut tetap tidak mahu mengalah menyebabkan Amirul berasa marah sekali dan hampir berlaku pertengkaran mulut.
"Yea,ok lah kau dulu!!"Amirul terpaksa mengalah disebabkan oleh kedegilan gadis itu.
Gadis tersebut terus mengeluarkan duit dari mesin ATM tersebut.
"Wow,banyak betul dia keluarkan duit. Anak orang kaya kot." Bisik hati nya selepas melihat lebih dari 10 note RM100 yang diambil dari dalam mesin tersebut.
Gadis itu terus beredar dari situ tanpa mengucapkan terima kasih kepada Amirul. Tetapi mata Amirul terus meliar memerhatikan gadis tersebut keluar pergi mendapatkan motosikal dia.
"Larh, patut lah garang semacam jer,minat rempit rupanya."gelak hati nya.
"Hye, Mir tak tidur lagi." Panggil Mak Munah.
Terkejut dengan teguran insan yang paling dia sayangi menyebabkan ingatan dia terhadap peristiwa petang tadi terus hilang.
"Belum lagi mak, Mir tak dapat tidur la mak sebab asyik fikirkan kerja. Pening dibuat nya mak." Tipu diriku.
"Dah latu fikirkan kerja,dan kami tu jagan terlalu fikirkan kerja nanti sakit pula kamu. Dah tidur Mir, nanti lambat pula kamu pergi kerja."Nasihat Mak Munah kepada anak nya.
"Yea la mak,Mir tidur dulu yea dan pun sama jangan tidur lewat jer. Nanti dapat penyakit susah mak." Balas nya.
Malam itu Amirul tidur dengan terus mengingatkan peristiwa pergaduhan nya dengan minah rempit itu .
Pada pagi itu, seperti biasa Amirul akan pergi kerja dengan menaiki kereta wira miliknya. Jalan raya pada pagi itu tidak terlalu sibuk menyebabkan dia sampai begitu awal dari pekerja lain. Jadi kesempatan itu diambil oleh nya untuk tidur sambung tidur semula di dalam kereta. Sedang enak dibuai mimpi tetiba cermin kereta nya diketuk oleh Hazim yang baru sahaja sampai ke kedai.
"Apa kejadahnya kau tidur dalam keta? Ke dah tak rumah ni?"gurau Hazim.
"Eh, mana ada. Rumah ada je cuma bini je tak dak, tu yang tidur kat dalam ni." Balas nya dengan muka selamba.
"Nanti aku carikan bini yea" kata Hazim.
"Aku gurau je la. Aku tidur dalam tu sebab ngatuk. Ni sebab minah rempit yang aku jumpa kat mesin ATM petang kelmarin." Balas Amirul
"Alah,nanti rehat aku citer sebab boss dah datang dah tu." Balas dia lagi.
Disebabkan Hazim tiada pilihan maka dia terpaksa akur walaupun dia juga ingin mengetahui cerita yang berlaku kepada sahabat dia itu.
Kerja-kerja membina dan membaiki perabot pagi tu berjalan dengan lancar.Amirul dan Hazim sama-sama bekerja sama melakukan kerja kerana bukan mudah melakukan kerja tersebut seorang diri.
YOU ARE READING
Kerana Dia Aku Relakan
RomanceBermula dari pergaduhan di hadapan mesin ATM dan di tempat letak kenderaan menyebabkan Amirul terasa begitu sakit hati kerana terus dimalukan oleh gadis yang tidak dikenali nya. Tetapi, semua nya berubah dan menyebabkan h...
