Haris terjaga dari tidur apabila terdengar ketukan dari luar pintu biliknya. Dalam keadaan mamai, dia pun malas-malas bergerak ke arah pintu lalu menbukanya.
"Hah, baru tau nak bangun. Punyalah penat mummy kejut kamu. Kamu tidur balikkan lepas Subuh tadi Niel?" Suara Datin Farah yang nyaring itu menjadi jam loceng kedua Haris pagi itu. Silap, bukan hanya pagi itu tetapi hampir setiap hari kalau boleh.
Hatis tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang betul dia tidur semula selepas menunaikan solat subuhnya. Gila tak mengantuk, pukul 3 pagi baru boleh tidur sebab siapkan kerjanya yang berlambak itu. Maklumlah, anak CEO, pasti sahaja Haris mewarisi syarikat papanya yang unggul di mata dunia itu.
"Mama... Niel mintak maaf sangat2 tapi niel ngantuk sangat ni. Semalam Niel tidur lambat sebab buat kerja ofis yang berlambak tu. Pukul 3 baru dapat tidur. Alaa.. mummy janganlah bising pagi2 macam ni. Tak eloklah untuk wanita secantik mummy ni. Nanti berkedut, papa cari lain, mummy jugak yang merana akhirnya." Balas Haris yang sentiasa kaya dengan alasan dalam kepalanya.
Datin Farah yang mendengar alasan terakhir Haris sudah bercekak pinggang. Eh2 budak ni, pandai2 dia je kata yang aku ni bakal dapat madu.
"Niel, kamu cakap ayat last kamu tu lagi sekali, I pindah rumah." Balas Datin Farah sambil wajahnya diherotkan sedikit. Sengaja dia ingin merajuk dan dipujuk oleh Haris yang mengada, manja dan nakal itu.
Haris tersenyum melihat mamanya. "Lawaklah mummy ni. Papa tu mesti buta kalau cari lain sebab depan Niel nilah satu2nya yang bertakhta di hatinya. Dan inilah pompuan yang paling cantik Niel pernah tengok seumur hidup Niel." Balas Haris ikhlas dari hatinya sambil memeluk bahu Datin Farah yang rendah sedikit daripadanya.
Datin Farah tersenyum. Dia meleraikan pelukan Haris lalu berlalu pergi dari bilik Haris. Haris pula hanya trsengih melihat reaksi mamanya. Cairlah tu.
"Niel, nanti kamu pergi ikut papa keluar. Pakai smart2. Papa nak bawak kamu pergi annual dinner." Kata Datin Farah tiba2.
Berkerut dahi Haris mendengar kata2 mamanya. Annual dinner?
"Haris on je mummy tpi annual dinner tu pukul berapa? Kalau dinner bukan ke malam? Yang mummy suruh siap awal2 tu kenapa?" Tanya Haris.
"Mummy suruh kamu bersiap awal sbb kamu siap mengalahkan perempuan. Lamanya masyaallah. Mummy pun makeup jugak tapi takdelah selama kamu. Dinner tu malam. Lepas solat maghrib papa nak gerak. Mummy tak ikut sebab I'm going dinner with my friends tonight." Balas Datin farah panjang lebar.
Haris menggigit bibirnya mendengar kata2 mummynya. Berani mummy kata aku siap lama. Nanti mummy tengokla aku bersiap. Mesti smart dan handsome dan LAJU.
"Ok, we will see betul tak apa yang mama cakap pasal Niel tu. Niel akan buktikan there's nothing right in your words,ma." Balas Haris brsama senyuman nakal.
Datin Farah hanya tersenyum mendengar kata2 Haris sambil berlalu pergi. Apa2 jelah Niel.
"Mummy!" Panggil Haris tiba-tiba.
Datin Farah menoleh. Keningnya terjengket-jengket ke atas.
"Kenapa?"
"Love you, jaga diri elok-elok tau." Balas Haris manja. Mata dikenyitkan pada si ibu yang sudah bercekak pinggang melihatnya yang serupa orang mamai baru bangun tidur itu.
Tergeleng kepala Datin Farah melihat sikap Haris yang manja.
"Kamu pergi sambung tidurlah Haris. Mamai lagi kut budak ni." Kata Darin Farah lalu berlalu pergi ke ruang tamu.
Haris tersengih melihat mamanya. Jam di tangannya dipandang seketika. 9 pagi tepat. Setelah itu, dia menutup semula pintu biliknya lalu bersiap untuk keluar.
YOU ARE READING
I LOVE YOU BABY
RomanceHaris Daniel, usianya makin meningkat. 28 tahun, sepatutnya dia sudah menjadi seorang ayah. Atau paling teruk pun seorang suami kepada seorang gadis. Tetapi, dia masih lagi mencari seseorang yang sesuai untuknya. Dia sendiri buntu untuk memilih dan...
