Part 1

1.9K 122 5
                                        

"arg" adu seorang gadis apabila tubuhnya ditolak kuat menghentam lantai.
 
"hyo, dah la" halang momo menghalang jihyo dari terus mengerjakan gadis tersebut.

Namun itu langsung tidak memberi sebarang kesan kepada jihyo.

Jihyo melututkan sebalah kakinya dilantai di hadapan gadis itu. Dagu gadis itu dicengkam kuat oleh jihyo membuatkan wajah gadis itu mendongak bertentangan dengannya.

"shuss, asal kau nangis, kau yang paksa aku buat semua ni,"ujur jihyo lalu mengeluarkan sekeping kertas dari poket skirtnya.

"kau yang buat ni kan? " soal jihyo ditahan suaranya dari meletus namun tidak mendapat jawapan dari gadis itu membuatkan api kemarahannya marak.

" aku tanya kau kan! Kau yang buat ni! " tengking jihyo mendapat anggukan laju dari gadis tersebut.

" aku dah agak dah" ujur jihyo sinis dengan mengetap giginya. Tangannya yang memegang kertas tersebut di kepalkan kertas tersebut lalu masukkan kedalam mulut gadis tersebut secara paksa.

"aku nak kau hadam apa yang kau tulis ni, ingat sekali lagi kau buat benda ni, aku takkan teragak agak untuk buat kau keluar dari sekolah ni macam kawan kau" ujur jihyo penuh dengan kemarahan sebelum menampar pipi gadis tersebut dan beredar meninggalkan gadis tersebut dengan esakan tangisannya.

"apa yang kamu buat kali ni song ji hyo" soal guru disiplin tegas kerana sudah hilang sabar dengan sikap jihyo.

" cikgu nak cakap tentang laporan yang budak tak guna tu buat, dah la cikgu saya dah penat nak melayan laporan macam ni, saya mengaku saya yang buat jess kena buang dari sekolah ni, puas hati cikgu, sekarang ni cikgu dah tahu kebenarannya, apa lagi buang saya dari sekolah ni" ujur jihyo mebidas soalan cikgu disiplin tersebut.

" sudah la jihyo, cikgu tahu kamu buat semua masalah ni sebab nak keluar dari sekolah ni tapi kamu dah libatkan orang yang tak bersalah.  kamu kena ingat papa kamu takkan sesekali biar rekod kamu hitam lagipun kamu dah hampir tamatkan sekolah kamu, so stop being a troublemaker" degus cikgu tersebut membuatkan jihyo menggenggam kedua penumbuknya menahan kemarahannya dan beredar tanpa arahan cikgu disiplin tersebut.

Satu penumbuk dilepaskan pada dinding sebaik sahaja keluar dari bilik tersebut melepaskan kemarahannya.

Penumbuk yang masih digenggam mula kelihatan darah mengalir keluar dari luka kesan tumbukkan.

"kenapa semua orang perlu ikut telunjuk papa, termasuk hidup hyo papa nak tentukan"degus jihyo dengan menahan air matanya dari mengalir.

Luka yang sudah mula mengering darahnya lansung tidak dihirau jihyo tanpa diubat.

"hyo" sentak momo tatkala melihat keadaan jihyo. Dengan mata yang bengkak dan luka ditangannya sudah cukup menggambarkan situasi rakannya itu.

Tubuh jihyo ditarik kedakapannya menenangkan jihyo. Belakang jihyo digosok perlahan dan membiarkan jihyo menangis dibahunya.

"aku tahu kau kuat hyo, kau kena ingat kau ada aku" pujuk momo.

"sampai bila papa aku nak atur hidup aku" luah jihyo.

"sabar hyo, hanya satu cara untuk buat kau lari dari semua ni" ujur momo membuatkan pelukan mereka terlerai.

"ikut aku ke Thailand " ujur momo.

" keluarga aku akan berpindah ke Thailand, so ikut aku tapi satu ja aku minta"

"apa? "

" kau kena ubah sikap kau, aku tak nak kau rosakkan diri kau dengan jadi seorang yang jahat di mata semua orang"

Jihyo: 3/third WarningWhere stories live. Discover now