Zeolous,Athlete,Lip,Mind,Weight

8 1 0
                                    

Aku berlari ke sekolah.

'Apasal lah aku boleh terserempak dengan gay... Nasib-nasib. Tapi comel jugak budak Wi tu... Aish.... Jangan nak merepek dia tu lelaki.'

"Woi... Kau lagi...Apa alasan kau lambat hari ni? "Tanya pengawas lelaki yang bertugas.

"Ermm... Oh tadi aku terserempak dengan orang kena buli jadi aku tolonglah. Wah... Kau hari ni pun nampak segak dan bergaya. "

'Ambik kau... Pasti lepas punya.. '

"Yeke? Aku segak. "Dia mengambil cermin di dalam begnya.

'Baik aku lari... Hehehehe.. Dia tertipu.. '

"Yelah... Aku memang segak hari ni... Wow mata kau tak salah... "

"Ian... Ian..? Hah? Mana Ian? "Dia mencari aku.

"Ian... Tak guna kau..."

"Hahahaha.... Bye... Thanks... Baiknya kau... "Dari jauh aku melambai tangan kepadanya.

"Aku baik?Wow...aku memang baik.. "

......

"Ian... Aku cabar kau lawan aku... Kalau aku menang kau kena buat apa yang aku cakap. "

"Hah? Aku kenal ke kau? "Aku mengerutkan muka.

'Aku kenal ke budak ni? Tiba-tiba nak lawan aku.Dahlah pendek. Tingkatan 1 ke? '

"Aku Dak Cem.Aku nak kau lawan aku. Mungkin kau tak kenal aku tapi aku kenal kau. "

"Hah? Aku tak lawan budak kecik macam kau. Kau cari orang lain lah. "

"Kau takut ke lawan budak. "Dak Cem menaikkan keningnya mencabarku.

'Ish.. Budak ni aku sepak kan... '

"Yelah... Yelah... Kau nak lawan apa? " Tanyaku.

"Aku ikut je..."

"Woah.... Angkuhnya kau... Kau pilih permainan yang kau handal. "

"Aku? Semua benda aku handal. "

"Tak... Kau pilih.. Kau yang cabar aku kan. "

"Kalau macam tu... Kita lawan badminton. "

"Okey.. Petang ni pukul 3."

'Badminton? Aku pernah wakil negeri.Nampaknya aku menang. Lagipun aku tak pernah pun dengar nama dia. '

......

"Huh... Huh.... Huh... "

'Apasal dia pandai sangat main badminton?Tak mungkin.... 20-0....aku tak skor langsung. Satu lagi dia menang. '

"Mengaku kalah jelah..... Kan aku dah kata aku handal dalam semua benda. "

"Aku tak kalah lagi... Tak mungkin... Aku tak pernah dengar nama kau... "

"Aku tak pernah menyertai pentandingan. "

"Tak... Aku nak kau lawan aku main tennis. Aku wakil kebangsaan dalam game tu. "

"Kau akan kalah. Aku pandai main semua game. Buktinya kau pemain negeri badmintonkan? Tapi tengok skor kau... 0 ....kau kena ikut cakap aku. "

"Aku belum kalah lagi. "

"Okey... Jom kita sambung main. "

Aku menghantar bulu tangkis ke arahnya. Tiada sedikit pelub pun yang menitis pada wajahnya sedangkan aku hampir basah seluruh tubuhku.

Dia melibas bulu tangkis ke arah ku.

'Jangan jatuh.. Jangan jatuh..'

Mujur aku sempat mengambilnya.

"Aku menang... "Dak Cem bersuara.

"Hah? "

"Tengok tu... "Dia menunjukkan bulu tangkis yang tidak memasuki net.

"Hah? Adoi... Hebatlah kau ni... Tak pernah aku bersaing dengan orang macam kau. "

"Kau nak tahu rahsia aku? "Tanyanya.

'Ada rahsia ke? Aku ingatkan ni memang bakat dia. '

"Apa dia? "

"Sebab power yang aku ada? "

"Power? "

"Ye... Athlete... Aku boleh main apa saja... Aku boleh menang semua benda dengan kuasa aku.. Macam kau.. Kau boleh naikkan semangat semua orang dengan kau. "

"Hah... Mana kau tahu aku ada kuasa? "

"Organisasi kami telah memerhatikan kau selama setahun.Kau kuasa kau Zeolous...Bersemangat... Semua orang akan bersemangat dengan kata-kata kau. "

"Hah? Jadi bukan aku seorang je ada kuasa dalam dunia ni? "

"Bukan kau seorang... Dalam dunia ni ada 26 orang yang ada kuasa ni termasuk kau. Dari huruf A ke Z. Aku huruf A Athlete,kau Zeolous. "

"Hah? Aku tak fahamlah.. "

"Sebab tu aku nak kau masuk ke organisasi yang dinamakan     
W. O. R. D. Club. "

"Word Club? Aku rasa aku pernah dengar."

"Organisasi yang mengumpul budak-budak bijak. Bukan itu saja kami mengumpul budak yang ada kuasa. Sekarang ni kami berjaya mengumpul 5 orang budak ada kuasa termasuk kau. "

"Bila masa aku setuju nak masuk organisasi tu? "

"Kau kan dah kalah lawan aku. Lagipun kau banyak menyalah gunakan kuasa kau. "

"Mana ada.... Mulut aku yang cakap sendiri. "

"Kau boleh kawal kan kuasa tu? "

"Mana kau tahu.... ?"

"Dua minggu lepas. Aku nampak kau tak gunakan kuasa kau untuk mencuri barang dekat supermarket. Kau guna kuasa kau masa mak ayah kau datang je.. "

"Adoi... Terkantoi..."

"Jadi mulai sekarang kau sertai kami,Ian Du. "Suara entah siapa datang menegur ku.

Aku dapat melihat dua orang lelaki dan seorang perempuan menghampiriku.

"Aku Sa Lan."Kata lelaki yang berambut panjang.

"Aku Gis Man. "Seorang lelaki lagi memperkenalkan diri.

"Saya Gur An... "Dia senyum padaku.

"Hah? "

"Ni semua yang ada kuasa.... Sa Lan kuasa Lip iaitu membaca gerak mulut orang lain tak kira bahasa apa sekali pun, Gis Man kuasa Mind iaitu mengawal otak seseorang atau boleh masuk dalam fikiran orang lain dan Gur An kuasa Weight iaitu boleh mengawal berat badannya. "

'Wow... Kenapa aku rasa kuasa aku je... Yang tak berapa nak hebat dekat sini? '

...
Bersambung..

Je hebt het einde van de gepubliceerde delen bereikt.

⏰ Laatst bijgewerkt: May 25, 2018 ⏰

Voeg dit verhaal toe aan je bibliotheek om op de hoogte gebracht te worden van nieuwe delen!

W.O.R.D. Club(ongoing)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu