BAB 2

106 4 0
                                    

      Syaza meletakkan barang barang kepunyaannya kedalam loker,disumbat saja kerana dia sudah lewat! 5 minit lagi kelas Bio akan bermula,masak lah dia kalau lambat masuk dengan Pn Hatila pensyarah mulut yang agak laser tu.Sedang dia leka menyumbat buku-buku yang sudah tidak diperlukan seseorang mencuit bahunya,Syaza lantas berpaling.

     " Hai beb! Kelam kabut je aku tengok kau...kenapa ni?", Tengku Sharina sahabat baik Syaza menyoal hairan.

     " Ishhh...kau rupanya! Jangan kacau lah! Aku dah lambat nak masuk kelas ni. Kau boleh pulak berlenggang kangkung",bebel
Syaza sambil tangannya ligat menyumbat buku.

    " Rileklah...awal lagi kot! kau ni kepoh lah, aku tunggu kau dalam dewan ok?", Sharina menepuk bahu Syaza sebelum melangkah pergi.

     Ish minah ni, aku belum cakap apa apa lagi terus blah pula! Setelah selesai segala urusan,Syaza membuka langkah seribu ke arah dewan kuliah. Tinggal berapa minit saja lagi sebelum pensyarahnya tiba,niaya kalau lambat!

    Akhirnya tiba juga gadis itu setelah berlari macam orang gila, kepalanya men jenguk ke dalam dewan. Kelihatan rakan sekelasnya sudah ada di tempat masing-masing, matanya menghala ke meja pensyarah. Fuuhhh...nasib baik sempat!
Syaza menarik nafas lega sebelum melangkah masuk ke dalam dewan.

    " Hai Sya! Kau baru lepas mandi ke basah kuyup ni?", kedengaran satu suara menyakat.

     Syaza hanya menjeling tanpa bersuara, kerusi ditarik lantas merebahkan pung-gungnya. Dapatlah dia lepaskan lelah sebelum pensyarahnya masuk, nafas ditarik perlahan sebelum tangannya mencapai air mineral yang berada di
bahagian tepi beg galasnya. Air diteguk
rakus, terasa lega apabila tekak dibasahi air yang agak sejuk.

     " Kan aku dah cakap tadi,awal lagi.Tpi kau dh kelam kabut macam kucing hilang anak! Look? Did you see our lecture? Not isn't it! ", Sharina yang melihat sahabatnya lantas ditegur.

     " Diamlah kau! Aku penat ni...boleh pula membebel macam mak nenek. Eh!  Assigment yang Pn Hatila bagi kau dah siap?", Soal Syaza menukar topik, kalau dilayan mahu sampai esok tak habis.

     Sharina hanya mengangguk tanda mengiakan soalan yang diaju oleh sahabat baiknya, kerusi kosong dimeja sebelah ditarik. Syaza meliarkan pandangan ke seluruh dewan, seperti mencari kelibat seseorang namun tidak kelihatan. Takkan  takde kot? hatinya tertanya-tanya.

    " Kau cari siapa? Hazim eh?", Sharina yang berasa hairan dengan gelagat Syaza menegur, sengaja nama Hazim dileretkan.

     " Banyaklah kau! Buat apa cari mamat tu...buat sakit hati jer. Aku cari boyfriend kau lah, tak nampak batang hidung pun?", Syaza membalas pantas.

    Tersentak dia mendengar soalan dari gadis itu, elok aku dah lupa pasal hal tadi diingatkan balik.

    " Ohh...Iqbal ada! Dia pergi toilet lahh tuh. Eh! takkan taknak cari Hazim? Tadi dekat cafe bukan main sweet lagi berdating?", Sharina menyoal dengan sengihan kambing.

    Syaza tergamam. Macam mana Sharina boleh tahu ni? Tadi tak nampak pun muka dia dekat kafe! Kalau dia ada, memang dah lama Syaza melarikan diri dari Hazim waktu itu.

    " Apa kau merepek ni? Takde maknanya berdating! Kalau kau nak tahu..hobi mamat tu kacau aku! Rimas kau tahu tak masa tu? Aku terpaksa bagi dia duduk sebab dia nak makan tpi takde meja kosong! Bukan dating!", Entah bagaimana mulutnya terasa ringan untuk bercerita.

     Kalau Syaza terus membisu, macam pelurulah mulut si Sharina tu menyoal dan menyakat sampai subuh esok.Baik dia buka cerita sebelum gossip gila tu tersebar satu Universiti. Sharina masih tersengih sengih memandang sahabatnya, agak ragu ragu untuk mempercayai kata kata gadis itu walaupun Sharina sudah kenal perangai Syaza yang agak panas baran. Siapa yang berani dekat dengan gadis itu kalau asyik kena tengking,kena marah.

CINTA DATANG TANPA DIDUGAWhere stories live. Discover now