matahari dah terpacak atas kepala . ayam dah penat perkokok. jam loceng dah puas berdering. masing masing dah melakukan tanggungjawab mereka direka diatas muka bumi ini. tersangatlah lain dengan manusia zaman sekarang yang sering memikirkan tentang keindahan yang dunia tawarkan, sampai mereka lupa akan obligasi utama mereka dicipta, iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan menyembah Allah yang satu.
syukurlah elli masih sedar bahawa dia seorang manusia beragama islam yang sudah berumah tangga.selesai saja elli bangun daripada lena , dia bergegas mandi dan bersiap. mana tak nya, dah pukul 1.15 petang , sekejap lagi suami balik untuk makan siang. maklumlah nak jimat serta suami nya juga gemar makan dirumah daripada diluar."knock knock, ini adalah rompakan!" tiba2, pintu rumah elli didatangi seseorang. elli yang baru selesai solat zohor, serta qada subuh yang dia terlepas, meluru kearah pintu. melihat wajah elli selamber je walaupun didatangi oleh perompak. kerana dia sangat kenal akan suara itu. elli buka pintu dan pura2 terkejut. "arghhh" dengan muka menyampah"tolong ada orang nak rompak rumah sendiri" sambung elli. tidak bertepuk sebelah tangan, orang dihadapan nya jugak membalas muka menyampah daripada elli. dua2 saling berbalas muka menyampah, tak tahu lah muka menyampah siapa yang paling hodoh. dalam lebih kurang 5 saat mereka tengok muka menyampah masing2, mereka mengalah dan masuk dalam rumah menuju ke meja makan.
syakir merupakan suami yang sangat periang dan sangat sayang akan isterinya. seperti biasa dia akan cuba sedaya upaya membuat isterinya tersenyum setiap kali dia pulang daripada kerja. sejak 2 bulan lepas, tersangat jarang syakir dapat melihat isterinya tersenyum selepas peristiwa yang sangat digeruni oleh setiap pasangan yang baru berkahwin. syakir tersenyum melihat makanan terhidang di meja makan. keli tiga rasa serta sambal sotong halus, kedua duanya resepi elli sendiri. elli bukan seorang yang berkebolehan dalam bidang akedemik, tapi bab2 mengemas, memasak, dia sangat professional. sedang seronok syakir makan lauk kegemaran dia itu, dia memandang kearah isterinya yang hanya termenung kearah pingan yang dipenuhi nasi tanpa disentuh. syakir bertanya " kenapa ni el ? yang sudah tuh sudah lah. kita kenalah move on. ni semua ujian Allah.". elli hanya balas "hmm". pening syakir fikirkan cara untuk mengembalikan aura isterinya yang hyper. kalau dulu, pantang ajak main kejar2, elli pasti mengejar suami sampai ke luar rumah. pernah sekali tuh, syakir mengambil remote tv, dengan tujuan sengaja mengacau elli menonton drama korea kegemaran elli. mana tak nya ,orang tengah syok2 feel sampai mengalir air mata, dia pergi off, pastu lari . sampai keluar rumah elli kejar syakir. hanya berkaki ayam elli mengejar syakir , nak remote punya pasal.syakir tersenyum sendiri memikirkan kenangan manis mereka berdua. selesai makan tengah hari, syakir pun kembali ke tempat kerja.
kamarul, kawan baik syakir, atau dipanggil ayot, turut berasa pening nya si syakir ini. setiap hari garu kepala, kadang2 kepala ayot pun digarunya. ayot bertanya kepala syakir " kir, kau ni asal tergaru garu, ada kutu ke? " . jawab syakir" bana kau. aku tak boleh ah tengok isteri aku macam tuh. muka dia macam tuh je. mcam takde perasan. " ."mungkin dia tak boleh terima kot kepergian anak first korang. pujuk lah dia, dah dua bulan dah." syakir hanya berdiam diri sahaja, kerana apa yang dikatakan oleh ayot itu betul belaka. ayot tiba2 terdapat satu idea " haahhhhhhhhh, aku ada idea boek punya. apa kata kau ajak dia gi holiday. gi dekat2 sudaa. asal kan bagi dia happy sikit. pastuh kau pujuk ah dia sikit2. mana tahu dapat buat baby baru " sambal sebelah kening ayot terangkat package muka dia yang tersangat lah hodoh sehingga sesiapa yang pandang pasti akan gelak ataupun terus menumpuk tepat kearah hidungnya yang agak kembang.ayot pun sambung kata2 nya, "tapi ada je jalan yang senang sikit..."
selepas mendengar cadangan ayot, syakir terkejut serta berkata " kepala banaa kau, ingat kelakar ke . aku lebih sanggup bela anak kucing daripada jumpa bomoh mintak anak " . " alaa jangan lah marah , ni cadangan je. apa2 pun ni kad bomoh tuh. apa2 pun fikir dulu. jangan nanti aku pulak kau salah kan. " uishhhh. siapa sangka bomoh pun ada kad business masing masing . melihat kad itu , syakir terasa nak gelak pun ada. tertulis "bomoh power enterprise" siap tertulis " no wechat. just WhatsApp: 0124573566 ."
elli berasa sangat bosan menonton drama korea kesukaannya itu. walaupun drama itu pernah dapat award drama terhebat dikorea, tapi ianya belum cukup hebat untuk membuat hati elli tenang. menangis sudah, menjerit sudah, cubaan bunuh diri pun sudah. macam macam elli pernah buat untuk menghilangkan rasa sedih dihatinya. dia hanya melihat dan bercakap sorang2 dengan patung kepunyaan anak perempuannya itu, alia. syakir pulang dengan keadaan sangat penat kerana, lebih 3 jam dia gunakan masa itu untuk memikirkan masalah elli. selepas membuka pintu ,dia terihat isterinya bercakap serta peluk patung kepunyaan alia, yang sudah pergi. syakir sudah muak dengan semua ni. syakir berkata dengan penuh kesabaran " elli, sudah lah. alia dah pergi. terimalah kenyataan." elli tak semena mena menjerit "diaammm. abang senang lah cakap . abang tak rasa apa yang el rasa." syakir nak darah dan tak boleh menahan amarah nya lagi ." kau ingat kau sorang je ke rasa sedih haaaa. kau ingat lelaki takde perasan ke haa? itu pun anak aku . bukan anak kau sorang kau sorang. " . kemarahan yang berbuak buak dengan perangai elli yang hanya memikirkan perasaan dia semata mata. keadaan jadi sunyi seketika. syakir kemudian menuju ke arah bilik dan terus tidur tanpa mandi, tanpi tukar baju, tanpa bukak stoking, tanpa SOLAT ISYAK. elli masuk ke dalam. walaupun dalam hatinya penuh dengan sumpah seranah terhadap suami nya. maklumlah baru lepas berperang mulut, dia masuk dan menanggalkan stoking syakir, mengeluarkan phone dan dompet daripada dalam poket suaminya. tiba2 seakan akan ada tenaga yang menolak tangan elli sehingga menyebabkan phone dan dompet terjatuh. semua dalam keadaan baik, phone serta dompet. tapi yang peliknya, hanya satu kad sahaja yang terkeluar. seakan akan kad itu sengaja ingin menunjukkan dirinya. kat tersebut, tak lain tak bukan, kad bomoh power interprise. seperti syakir, elli juga tergelak sedikit melihat kad tersebut. elli pun meletakkan kad tersebut ke dalam dompet suaminya semula.
YOU ARE READING
PATUNG
HorrorNOVEL PENDEK PATUNG (patung itu tak salah. yang salah ialah benda kat dalam patung tuh.) ingatlah wahai manusia, jangan sesekali menduakan Allah. ianya syirik. dan sesiapa yang berlaku syirik , NERAKA jahanamlah tempat nya. mohon lah kepada Allah...
