Kainar 1:Trouble At First Day

Start from the beginning
                                    

"Ok..aku faham..tapi aku tahu kau tak terangkan secara terperinci.." Pacik Albert memandang Aizel dengan serius.

Aizel mengeluh lalu memetik jarinya. Muncul satu medan kuasa mengelilingi mereka berdua.

"Medan kuasa? Untuk apa??" Soal Pacik Albert.

"Dengar ni..rahsia ni antara kita berdua..Raja Lancer dapat maklumat dari perisik diraja bahawa ada satu organisasi sedang beroperasi secara haram. Organisasi ini mencuri teras Vager untuk kegunaan mereka. Tak tahu apa yang pasti untuk mengancam keselamatan kota ni. Raja Lancer juga dapat maklumat bahawa organisasi ni ingin menyerang sekolah ni. So kau fahamkan kenapa aku kat sini?" Soal Aizel lalu medan kuasa itu tadi hilang.

"Aku faham. Tapi kan..cara kau cakap kat aku tersangat kurang ajar." Komen Pacik Albert.

"Hehe.." Aizel tersengih.

"By the way..here your Kainar." Pacik Albert membaling sebutir permata kepada Aizel. Remaja itu menyambut mutiara.

"Kenapa kau nak Kainar ni?? Kau dah ada senjata hebat.." Soal Pacik Albert.

"Pacik maksudkan ni??" Muncul sebilah pedang berwarna hitam.

"Curse Sword..pedang ni sengaja aku tak gunakan kat sini. Dari raut muka pacik aku dah tahu pacik tidak menyukai aura pedang ni." Kata Aizel lalu pedang itu lenyap.

"Baiklah. Pacik faham. So kau akan masuk ke kelas Elite." Arah Pacik Albert.

"Eh?? Kenapa?" Soal Aizel.

"Puteri Hestia berada di kelas Elite. Kan misi kau nak jaga puteri. Sebab ni pacik tempatkan kau kat kelas tu." Jelas Pacik Albert.

Pacik Albert menekan sesuatu di meja lalu memanggil seseorang.

"Pacik dah panggilkan guru kelas Elite. Nanti kamu akan ikut dia." Arah Pacik Albert. Aizel mengangguk saja.

"Aizel..pacik nak tanya sikit ni. Boleh?" Pinta Pacik Albert. Aizel sekali lagi mengangguk.

"Kau tak nak pulang ke tempat ayah kau??" Soal Pacik Albert. Aizel mengeluh.

"Bukan tak nak pulang pacik. Tapi aku akan pulang kalau perempuan perampas tu tak ada kat rumah ayah. Aku tak akan pulang kalau perempuan perampas tu ada kat situ." Kata Aizel.

"Tahu tapi--"

"Aku tahu ayah selalu nak jumpa aku..tapi aku tak boleh..setiap kali aku jumpa ayah mesti perempuan tu berada di sisinya. Sorry to say but I will visit my father if my father divorce that fucking woman. Thats all.." Jawab Aizel dingin. Tetiba pintu di ketuk lalu muncul seorang perempuan berdiri di sebelah Aizel.

"Aizel,kenalkan..ini Cikgu Mel dan Cikgu Mel ini ialah Aizel pelajar baru kat kelas kamu." Jelas Pacik Albert.

"B..baiklah.." Kata Cikgu Mel.

Aizel mengangguk lalu berjalan keluar dari bilik Pacik Albert diikuti Cikgu Mel.

Sedang Cikgu Mel berjalan. Tak tahu macam kaki Cikgu Mel tersandung lalu...

Bukk!

"Adeh.." Aizel mengerang kesakitan kerana dihempap Cikgu Mel.

"Ah! M..maafkan saya!" Cikgu Mel bangun lalu menunduk. Pacik Albert hanya tersengih sinis.

"Tak..apa-apa.." Aizel memegang pinggangnya.

"Mari ikut saya." Kata Cikgu Mel berjalan di depan sebelum berhenti di hadapan pintu kelas.

"Baiklah murid-murid. Hari ni kita ada pelajar baru." Kata Cikgu Mel. Pelajar kelas Elite berbisik sesama sendiri.

"Baiklah..Encik Neifelheim sila masuk.." Arah Cikgu Mel.

Aizel melangkah masuk lalu berdiri di hadapan kelas.

"Saya ialah Aizel Neifelheim. Saya adalah pelajar baru. Selamat berkenalan." Kata Aizel sambil tersenyum.

Setelah memperkenalkan diri, pelajar yang berada di kelas itu berbisik sesama sendiri lagi.

Aizel hanya melihat muka satu persatu pelajar dalam kelas Elite.

"Baiklah Encik Neifelheim, kamu boleh duduk di sebelah Encik Johnson." Arah Cikgu Mel lalu Aizel berjalan menuju ke tempat duduk yang telah ditetapkan oleh Cikgu Mel.

"Hai..aku Neil..Neil Johnson. Selamat berkenalan.." Kata Neil, remaja yang duduk disebelah Aizel.

"Aizel..Aizel Neifelheim.." Balas Aizel.

"Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar apa itu Kainar......." Cikgu Mel memulakan pembelajarannya.

Aizel hanya mendengar dan menulis apa yang disuruh.

"Haih..dah kerja kena belajar balik..masuk sekolah kena ketuk dan kena hempap...hah...trouble at first day."

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Where stories live. Discover now