Dan dia masih ingat lagi.

Ingat apa yang pernah Appanya ceritakan padanya.

Iaitu Devil tersebut tertarik dengan perkembangan perusahaan Appanya dan meminta untuk menjalinkan satu hubungan kerjasama. Tetapi pada awalnya, Appanya tidak tertarik kerana dia berasa sudah cukup puas dengan keuntungannya sekarang.

Tapi Devil itu tidak menyerah, dengan bermacam cara dia berusaha untuk menarik Appanya supaya menjalinkan hubungan kerjasama. Dan kerana satu perkara menyebabkan Appanya terpaksa menjalinkan hubungan kerjasama itu dengan Devil tersebut.

Dan sampai sekarang Ji Nim tidak tahu apa perkara yang menyebabkan Appanya menjalinkan hubungan kerjasama dengan Devil tersebut.

Hubungan kerjasama yang menyebabkan Appanya jatuh ke dalam kuasa menakutkan Devil itu. Mengakibatkan Appanya tidak boleh melepaskan diri daripada kuasa kegelapan itu.

Devil itu menghancurkan keluarganya secara perlahan-lahan tetapi sangat menyakitkan.

Entah macam mana Devil itu berjaya merampas Syarikat Appanya. Menyebabkan Syarikat yang mula-mulanya ialah milik Appanya sendiri atas usaha susahnya sendiri jatuh ke tangan kotor Devil itu dengan sangat mudah.

Bahkan Appanya langsung tidak mempunyai hak apa-apa lagi selain gaji bulanan untuknya dan juga keluarga.

Dan tepat pada saat itu takdir Ji Nim berubah 100% peratus.

Dia dan keluarga jatuh miskin.

Banglo mewah mereka yang seperti istana di rampas secara paksa, mereka juga terpaksa tinggal di rumah kecil. Dan segala keperluan mereka seperti memasak, menbasuh pakaian, mengemas, semuanya di lakukan mereka dengan sendiri. Kerana tiada lagi pelayan yang selalunya membuatkan untuk mereka.

Ji Nim kuat untuk menanggung semua penderitaan itu. Tetapi Ommanya tidak.

Ommanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa sekarang dia hidup dalam kemiskinan.

Omma kerap menangis seorang diri. Kerap mengurungkan diri di dalam bilik. Jarang makan menyebabkan sosok tubuhnya semakin kurus dan hanya tinggal tulang yang di selimuti oleh isi kulit. Berserta Ommanya juga sudah tidak mengambil ubat yang di berikan. Menyebabkan penyakit yang di hadapinya semakin teruk.

Dan pengakhiran yang lebih menyedihkan ialah Ommanya meninggal.

Meninggalkan Ji Nim dan Tuan Kim di dunia ini. Untuk selamanya.

Berserta Ji Nim masih ingat lagi. Ketika dia berdiri di samping Appanya yang sedang menatap sendu wajah Ommanya yang kurus dan pucat. Tubuh Ommanya yang di letakkan di dalam keranda berkaca.

Dan Ji Nim masih ingat lagi.

Pandangan Appanya pada wajahnya. Pandangan yang cukup hancur dan penuh dengan penderitaan. Pandangan yang menunjukkan bahawa tiada lagi sinar cahaya kebahagiaan walaupun sebesar zarah yang wujud di dalam kedua mata Appanya.

"Semuanya salah Appa…"

Kata-kata yang tak pernah di lupakan oleh Ji Nim.

"Appa tak sepatutnya percaya dengan manusia jenis seperti itu…"

Yup! Appa memang tam sepatutnya percayakan Devil itu!

"Appa akan tebus ke kesalahan Appa…"

Dan itu menjadi kata-kata terakhir yang di dengari oleh Ji Nim.

Kerana selang beberapa hari seterusnya, Ji Nim menemui Appanya mengantung diri di dalam bilik.

Appanya membunuh diri!

Meninggalkan Ji Nim keseorangan di dunia menakutkan ini.

Ji Nim hanya mampu menangis teresak-esak di rumahnya. Menangis seorang diri di dalam kegelapan. Tiada sesiapa pun yang mendengar atau merasainya.

Kenapa jadi seperti ini?

Sepatutnya kisah dongeng yang di harapkannya ialah dia hidup dengan sangat bahagia bersama Putera dan keluarganya.

Tetapi kehadiran Devil itu. Menyebabkan kisah dongengnya hancur remuk.

Kehadiran Devil memang sepatutnya menghancurkan kebahagiaan Sang Puteri.

Dan Devil itu berjaya.

Kehidupan Ji Nim hancur 100%. Ji Nim kehilangan keluarga, kebahagiaan, kemewahan dan kesemuanya. Dia dah tiada apa-apa lagi.

Kalau ikut hatinya dia mahu mati sama seperti Appanya. Mengakhiri hidup menyedihkan dia ini dengan membunuh diri. 

Tetapi tidak!!

Ji Nim tidak mahu mati selagi Devil itu tidak mati juga!!

Ji Nim sudah mengambil keputusan iaitu Devil itu perlu mati dahulu!!

Yup, dendam di dalam dirinya semakin menyala dengan kuat.

Dendam yang akan dia laksanakan.

Menbalas dendam untuk kesedihan Ommanya dan kematian sia-sia Appanya berserta kemusnahan hidup sempurnanya.

Kemusnahan kesemuanya di sebabkan oleh Devil itu.

Ji Nim memandang gambar Devil yang di lekatkannya ke dinding.  Dengan perlahan Ji Nim pun mengangkat pisau di tangannya lalu menbaling dengan laju. Dan…

PAK!!

Pisau itu tepat mengenai gambar wajah Devil itu.

Ji Nim pun berjalan menghampiri gambar tersebut. Lalu dia pun mencabut pisau tersebut berserta dengan gambar itu sekali. Dia melihat puas gambar yang berlubang di kepala Devil itu.

"Aku akan menbalas kesemuanya…"

Katanya seorang diri.

"Aku akan menbalas dendam untuk kematian keluarga ku berserta hancurnya hidup aku!"

Ji Nim memandang tajam wajah Devil itu.

"Kau akan mati di tanganku Park Ji Min!"

Katanya lagi lalu mencucuk-cucuk wajah Devil itu lagi.

Wajah Devil yang telah menghancurkan kesemuanya. Iaitu Park Ji Min. Devil yang sangat di benci oleh Ji Nim.

                 Bersambung

   ××××××××××××××××××××××××××

  Sorry sbb x Best
  Sorry sbb pjg sgt
  Abaikn typo

DevilWhere stories live. Discover now