Episdoe 1

576 46 5
                                    

Begin…

Permulaan kehidupan dia terasa sangat indah.

Menpunyai keluarga yang bahagia, hidup dengan mewah, di kelilingi oleh Pelayan yang sanggup mematuhi kesemua arahan dia.

Kehidupan dia memang sangat sempurna sama seperti kisah dongeng yang selalu Ommanya bacakan padanya sewaktu dia kecil dahulu sebelum dia tidur di dalam bilik mewah yang megah seperti seorang Puteri.

Tetapi bukan namanya kehidupan kalau tidak di timpa masalah, dugaan atau nasih malang.

Yup, kerana nasib malang yang di timpa olehnya di sebabkan oleh seorang Devil yang muncul di dalam hidupnya.

Devil yang selalu berniat untuk menghancurkan kebahagiam Sang Puteri.

Dan di sini lah permulaannya

××××××××××××××××××××××××××××

Namanya Kim Ji Nim.

Dia hidup hidup dengan cukup bahagia.

Sangat bahagia.

Kerana Appanya iaitu Tuan Kim merupakan seorang Usahawan yang cukup berjaya. Dengan adanya sebuah Syarikat yang cukup hebat dan sangat maju membuatkan kehidupan Ji Nim sangat mewah.

Sama seperti seorang Puteri di kisah dongeng.

Bagi Ji Nim, keluarganya sangat bahagia, walaupun ibunya iaitu Puan Kim adalah wanita yang lemah dan menghidapi penyakit. Tetapi itu tidak menjadi penghalang kasih sayang anak kepada Ommanya.

Kerana Puan Kim merupakan Omma yang cukup sempurna baginya. Omma yang selalu kelihatan cantik walaupun wajahnya semakin suram dan kelihatan tulang. Omma yang mempunyai suara yang cukup indah sewaktu membacakannya kisah dongeng. Walaupun kadang-kadang suara Ommanya menjadi serak kerana sakit yang di hadapinnya.

Bahkan Appnya iaitu Tuan Kim yang merupakan Seorang Suami yang cukup penyayang. Sangat menyayangi Puan Kim seperti nyawanya sendiri. Selalu menbelai, memenuhi ke semua keperluan, memberi kasih sayang melebihi segalanya untuk Ommanya.

Tidak peduli dengan keadaan Puan Kim yang seperti mayat hidup, selalu sakit, lemah.

Kerana Appanya mengangap Ommanya sudah sangat sempurna walau apa pun keadaannya.

Itu lah bukti cinta Tuan Kim untuk Puan Kim.

Cinta ikhlas Appanya untuk Ommanya.

Dan Ji Nim selalu berharap kalau suatu hari nanti dia boleh mendapat suami seperti Appanya.

Suami yang sanggup menjaga dirinya sewaktu dia sakit, sewaktu dia lemah. Berserta selalu berdiri di sisinya apabila dia sudah tiada apa-apa lagi.

Aah sama seperti Putera yang di ciptakan untuk Puteri di kisah Dongeng.

Ji Nim juga sempat merasai saat-saat bahagia sewaktu dia berkumpul dengan Tuan Kim berserta Puan Kim berkumpul di meja makan dan di kelilingi oleh Para Pelayan.

Appanya juga selalu menceritakan tentang pengalaman dalam urusan perniagaannya berserta dengan kejayaannya. Dan Ommanya akan selalu memandang kagum Appanya dengan tatapan cinta.

Yup, suasana makan yang selalu di penuhi dengan gela tawa.

Semuanya terasa sungguh sempurna.

Sungguh bahagia.

Tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama.

Kerana kemunculan Devil di dalam kehidupannya menyebabkan dia kehilangan kesemua kebahagiaannya.

DevilTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang