1

47 9 0
                                        

"Dia ni memang tak reti senyum ke apa ?" Gertak hati Sora sendiri bila melihat seorang lelaki yang baru sahaja mengahwininya muka tegang je .

"Kalau awak nak mandi , ni tuala" kata aku sambil menepuk tuala atas katil.

Aku terus pergi ke arahnya bila aku tengok dia terkial kial nak buka butang sut tu . Aku membuka butang kotnya dan aku cabut dari badannya . Kemudiannya aku longgarkan tali lehernya , membuka satu persatu butang kemejanya . Sedang aku leka membuat kerja aku tiba tiba ada sepasang tangan memegang pinggang aku . Aku memandang atas muka Baekhyun . Mukanya sangat dekat dengan aku sampaikan hidungnya hampir terkena hidung aku .

"K..kenapa?" Tanya aku .

"Terima kasih" katanya lalu terus masuk ke dalam bilik air .

Aku menggosok dada ku yang berdebar macam nak mati. Sebenarnya aku dengan Baekhyun berkahwin bukan atas cinta. Tapi atas kehendak kedua parents kami . Baekhyun sejak pertama kali aku jumpa dia , muka memang ketat . Tapi bila dah selalu keluar sebab omma yang aturkan date kitorang , dia ni ok je sebenarnya tapi muka dia tu la susah sangat nak senyum . Macam ada emas kat dalam mulut dia . Kitorang okay walaupun perkahwinan dipaksa tapi aku dan dia dah berbincang sebelum ni yang kami terima disebabkan omma dan kami bersetuju untuk open minded. So tiada kekejaman antara kami . Aku cuba untuk terima seorang lelaki dalam hidup aku iaitu suami aku.
Bercinta selepas kahwin lebih indah.

Klek

Pintu bilik air dibuka . Kalini aku cepat cepat nak keluar dari bilik sebab malu pula berdua dengan dia keadaan tak berbaju . Tapi tangan aku sempat ditahan oleh dia .

"Nak pergi mana ?" Tanya dia .

"Nak keluar"

"Tolong pilihkan baju saya"

"Ok"

Lepas selesai aku pilihkan pakaian dia aku ingat nak keluar balik sebab dia nak pakai baju , alih-alih aku ditahan . Lengan aku dia tarik perlahan ,

"Jangan masuk lambat sangat" pesan dia lalu lengan aku dilonggarkan . Dan aku terus keluar.

************************

Aku masih berdiri tercegat sebelah almari baju manakala Baekhyun dah melabuhkan punggungnya di atas katil . Dengan selamba Baekhyun tepuk bantalnya dan meletakkan kepala atas bantalnya .
Aku masih setia berdiri . Aku memandang dia yang dah tutup mata . Aku malu sebenarnya nak tidur dengan dia . Dengan perlahan aku capai bantal yang berada di sebelahnya . Aku terpaksa merangkak atas badannya .

"What are you doing Sora?" Langkah aku terhenti bila ditegur dan aku dapat rasa ada tangan memegang pinggang aku .

"Err.. nak ambil bantal" jawab aku sambil tahan tangan aku kat bahu dia . Jantung aku macam nak terkeluar bila dia pandang aku .

"Awak sedar tak apa yang awak tengah buat sekarang ni ?" Tanya dia.

"Sedar. Nak ambil bantal. Takkan saya mamai pulak sekarang ni" kata aku serius . Dia terus memeluk aku dan meletakkan kepala aku kat dada dia. Dia fikir aku ni bantal peluk dia ke apa ?

"Tak baik tidur berasingan dengan suami" kata dia dengan suara dia yang sedikit serak . Aku mendongak kepala memandang dia . Dia tengah pejam mata . Gigih aku nak keluarkan diri dari pelukan dia .

"Just stay" arah dia sambil mata dia tertutup .

"Ok saya tidur dengan awak tapi bagilah saya tidur betul betul . Sakit lah badan saya" aku merengek perlahan .

Dia ketawa kecil .

Ok . Pertama kali aku nampak dia ketawa .

Ok

Jangan cair Park Sora.

"Yelah yelah" perlahan-lahan tangan dia longgarkan . Aku terus menggolekkan diri dan baring disebelah dia . Nampak tak betapa buruk perangai aku .

"Goodnight , cupcake" kata dia . Taktahu kenapa jantung aku berdegup bagai nak rak bila dia cakap camtu .

Dah lama aku tak merasa perasaan ni sejak 10 tahun yang lalu .

MineStories to obsess over. Discover now