Ketukan yang kuat dari luar bilik Amira Nabila membuatkan dia terkejut lalu tersedar dari tidurnya. "Amir !! Bangun la dik. Dah penat abang nak ketuk je pintu bilik adik ni" jerit Aiman Nazrin dari luar bilik adik kesayangannya itu. 'Ish abang kesayangan aku ni, pagi-pagi dah buat konsert rock depan bilik adik dia yang comel ni' rungut Amira dalam hati. "Ye, ye, Amir bangun lah ni abang. Dah pukul berapa ni? " jerit Amira dari dalam biliknya. "Dah pukul tujuh setengah lah dik. Cepatlah siap, abang ada kelas pukul 9 ni".ujar Aiman, separuh menjerit, geram dengan perangai adiknya. 'Adik aku ni da 21 tahun pun masih belum boleh bangun sendiri. Kalau dah kahwin, entah macam mana lah nanti. 'rungut Aiman. "Abang!! Amir dah lambat. Amir punya kelas pukul 8.Habislah Amir nanti. "ujar Amira ."Dah cepat siap, abang tunggu dekat bawah. "ujar Aiman. "Okey, okey. Sekarang juga Amir siap"ujar Amira lalu pantas ke bilik air untuk membersihkan diri.
'Nasib baik lah abang aku tu lecturar dekat universiti ni, kalau tak, mahu aku tak boleh masuk ni nanti'ujar Amira dalam hati. "Hai beb!!! Kenapa lah kawan aku yang seorang ni suka sangat datang lambat? Mentang-mentang lah abang dia lecturar handsome dekat sini, selalu lah dia nak datang lambat"ujar Keera , sekadar mahu mengusik sahabatnya itu. "Apa kau ni? Cuba lah datang tu bagi salam dulu. Ni tak kau main aci redah je. Terkejut beruk aku. Aku rasa kalau beruk tengok aku punya terkejut pun dia jealous tau".ujar Amira, berloyar buruk dengan dua sahabat nya itu. "Yelah, yelah. Assalamualaikum cik akak Amir "ujar Keera dan Shiela serentak, membuatkan mereka bertiga ketawa. "Waalaikumusalam sahabat-sahabat beta yang cantik lagi menawan bertudung litup. " jawab Amira, membuatkan ketawa mereka bertiga meletus lagi. "Sorry!! " ujar Keera dan Shiela serentak lagi. "Ermm... Korang nak apa sampai tak menyempat nak duduk ni? "tanya Amira yang hairan dengan sikap sahabatnya karibnya hari ini.
YOU ARE READING
Alamak!!!AKU terjatuh CINTA (slow update)
RomanceCinta tiga segi. Perebutan cinta antara Muhammad Azhani dan Hafliey Adib untuk memenangi hati Amira Nabila. Selepas Azhani berpindah ke Johor Bahru, hidup Amira menjadi tunggang-langgang .Sikap Azhani yang suka mengusik dirinya membuat Amira mula m...
