Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

0.0

56 4 0
                                        

"Umi tadi dekat sekolah ada budak tu jahat. Dia tarik rambut Lana. Lepastu dia tak nak kawan dengan Lana. Dia kata Lana gembeng sebab nangis masa hari pertama sekolah." adu Alana sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Kenapa dia buat macam tu?? Lana ada buat benda tak baik ke kat dia??" tanya Puan Raden sambil mengusap rambut puterinya.

"Lana tak buat apa pun dekat diaorang. Diaorang ejek Lana sebab Lana nangis lepas Umi balik dari hantar Lana pergi kelas. Diaorang kata Lana anak mak." adu Isya lagi sambil menangis.

"Lana memang anak Umi pun. Dah lah tu jangan nangis lagi okay. Biar je diorang tu. Nanti mesti ada orang nak kawan dengan Lana. Yelah anak umi ni kan comel, baik, dengar cakap cikgu." pujuk Puan Raden lalu mengangkat Lana duduk di ribanya.

"Lana kena kuat. Nanti makin Lana besar makin banyak cabaran hidup yang Lana kena hadapi. Tak kan Lana asyik nak nangis je??" sambung Puan Raden.

"Nanti kalau Lana dah besar, Lana nak duduk dengan Umi dengan Abang Adam je. Sebab Umi tak suka buat Lana nangis. Semua orang jahat. Papa pun jahat. Asyik buat kita nangis je kan Umi??"

Terkejut Puan Raden mendengar celoteh anaknya yang baru berusia 7 tahun itu.

"Lana! Kenapa cakap macam tu?? Umi tak pernah ajar anak Umi cakap macam ni."

" Lana tahu. Abang Adam pun tahu. Malam malam kitorang selalu dengar Umi dengan Papa gaduh. Lepastu nanti Papa tidur dekat ruang tamu. Nanti Umi mesti duduk dekat bilik lepastu nangis." balas Alana sambil bermain dengan jari Uminya.

" Lana, sayang, dengar Umi cakap. Umi dengan Papa tak gaduhlah. Papa tu buat lawak sampai Umi ketawa terbahak-bahak sampai ternangis. Papa tidur dekat ruang tamu sebab bising dengar Umi ketawa. Mana ada Umi dengan Papa gaduh." balas Puan Raden sambil mengucup ubun ubun puterinya itu.

" Lawak?? Lawak apa??" tanya Alana ingin tahu.

"Lawak yang Umi pun tak sanggup nak dengar." kata Puan Raden perlahan. Cukup hanya dia yang dengar.

"Lawak apa Umi?? Lana tak dengarla"

"Tak ada apalah. Dah kita tunggu Abang Adam lepastu kita pergi lunch. Okay?" balas Puan Raden menahan air mata yang ingin jatuh.

"Yeayy makan dekat luar!" riuh kereta itu dengan suara Alana.

6 tahun kemudian

Ahad, 21 Julai 2013

Jenazah yang deletakkan ke dalam liang lahad di pandang sayu. Tak sanggup nak tengok jenazah Uminya dikebumikan. Puan Raden meninggal kerana menghidap kanser hati stage 4. Segala rawatan dah dicuba. Rawatan tradisional pun dah dicuba. Tapi Allah lagi sayangkan dia.

Alana menyembamkan mukanya ke dada Adam.

"Lana jangan la macam ni. Kita kena redha. Allah lagi sayangkan Umi. Dah jangan nangis ok." pujuk Adam sambil mengusap belakang Alana.

" Abang, mana papa??" tanya Alana. Dari pagi tadi kelibat papanya tak kelihatan.

"Papa dekat Singapore. Dia ada kerja."

"Penting sangat ke bang kerja papa tu sampai tak boleh nak pergi majlis kebumi isteri sendiri?? Umi tak penting ke dalam hidup papa??" tanya Alana perlahan. Dia sangat kecewa dengan bapanya.

Memang dari dulu Encik Lokman tak pernah kisah dengan makan pakai anaknya. Sebab dia tahu dia boleh harapkan isterinya, Puan Raden untuk jaga semua tu. Tak payah ada bibik pun tak apa, yang penting duit dah bank in. Pandai pandai la survive. Dia hanya tahu menguruskan syarikatnya yang sedang maju membangun. Tapi lama kelamaan dia dah mula bosan dengan Puan Raden. Sebab dah berumur mungkin?? Dia mula keluar dengan model yang muda dan lagi cantik yang umurnya 2 kali ganda lagi muda dari umur dia. Puan Raden tahu tentang semua perlakuan suaminya. Tapi dia tetap melakukan tugas sebagai seorang isteri sehinggalah nafas terakhirnya. Dia cuba untuk menasihat tapi cacian yang dia dapat.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jun 15, 2021 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

GoodbyeCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang