Puisi Atas Katil

45 2 0
                                        

Perempuan Puisi I

Wahai perempuan puisi,
dari lohong hitam satu, pada dimensi daya tipu,
kita tidak pernah mirip,
walhal roh kita pernah kau ikat pada senyummu.

Perempuan puisi,
benarkah detik ini kita telah menjadi haram?

Perempuan puisi,
segeralah kau usaikan nafsu dan sumpahmu,
kau kisah cinta yang lobos.

Kau bukan lagi tuhan dalam hati!










Perempuan Puisi II

Pada detik mataku antara matamu,
aku sesak dihimpit angina,
katakan, aku tidak lebih dari kurang,
sekadar lompong yang menyusuh.

Kau lekapkan tapak tanganmu,
pada wajah pucat yang sejuk,
kau bilang dingin ini bohong,
sebohong subuhmu pada tuhan.

Kita menjadi tidak benar.










Subuh

Bonda, pagi ini berkabut,
kabut ini kerana hujan menjadi selimut,
membisatidakkan bangkitnya lena,
malah mematikan tuhan pada cinta.

Bonda,
dari kabut dan dingin ini,
kepingin telah rentan,
terus kesetanan dari pantat hati membara,
seolah esok agama telah menjadi dajal,
malah setan terlihat tuan.

Mulut  bertuhan hati bersyaitan!










Tuhan Kematian

Dengan secangkir kopi panas,
aku duduk pada pinggir kota,
termanggu dan bertanya,
bodohkah aku, sehingga turut tuhan tidak berbicara?

Dinding khayal ini terus membuatku kematu,
dari satu kini dua, ahhh
mana ada benar kala benar  tiada benar,
mati terus berjoget pada lantai nyawa.

Ayuh hidup ciciplah lagi sedikit derita,
sudah terbiasa dari rawan serta seksa,
kawanan ruh qudus bahkan kiraman katibin,
tidak terketahu,
kerana sibuk menghitung puja dan puji para pengutip pahala.





Bayu Kafir

Malam ini semilir bagai sudah murtad,
enggan bertiup,
maka ombak pun kesepian di pantai,
tanpa bayu yang  sudah kafir.

Saat bumi merengek mahukan hujan,
ombak yang dulu berlari-lari anak,  memecut pantas,
nah ambil kau laut bergelora,
seganas nafsumu.

Bayu yang keluar dari dada anak tanah itu
umpama wap dari belanga nasi  menggelegak,
berpusu-pusu mencuar tidak tentu arah.

Dari jauh bayu itu terlihat sutera,
namun dia lahir dengan hakikat lebih panas dari air mendidih.







Kentang

Cuba lihat pada anak tanah itu,
tercungap-cungap berlari,
pulang dari kedai,
dengan tiga biji kentang di tangan.

Bumi, langit dan tuhan.
apa yang namanya anak tanah ini,
tidak layak mencicip daging atau ayam,
kerana bapanya tiada terdidik?

Tiga biji kentang,
untuk tujuh beradik dan dua bapa ibu.











Siluman

Gelap malam bulan tiada,
siluman  datang menjelma,
kutip darah dari kotor zina,
siluman datang seru pertapa.

Mana ada zulumat,
situ siluman datang dekat,
jilat darah pekat dan likat,
siluman tiada terikat.

Siluman jatuh hati,
dara anak di bawa lari,
mentari datang tiada lari,
siluman lupa diri asal niat di hati.

Puisi Atas KatilStories to obsess over. Discover now