Part 2

11 0 0
                                    

STUDIO SENI HALUS UITM SERI ISKANDAR PART 2
Oleh: Admin Ochin

Ashraf dan Irfan kaku! Pucat muka masing-masing bila mana bunyi bergolek tersebut makin laju mendekati mereka! Bau bangkai memenuhi studio foto! Bau pacai yang kuat terasa berlegar-legar di hidung! Bunyi benda bergolek laju mendekat! Apabila makhluk berbungkus tersebut makin menghampiri, ketika itula ikatan kain kapan tersebut terbuka lalu menampakkan muka mahkluk tersebut! Hodoh shodoh-hodohnya! Irfan terlopong melihatkan penampakan makhluk tersebut! Mukanya pucat lesi bersama mata merah menyala. Berhidung pesek dan rahang bawah makhluk pocong tersebut hilang umpama tercarik!

Ashraf dan Irfan menjerit ke puncak suara! Segera mereka berlari ke pintu! Ketika itulah angin yang datang dari mana kasar menghempas pintu dan meereka terkurung di dalam! Suasana makin cemas! Pintu ditolak namun tidak Berjaya dibuka! Ashraf tanpa segan silu mengalirkan air mata! Takut! Terlalu takut!
"weh! Bukak pintu ni!" masing-masing menjerit beserta ketukan dan tendangan keras di pintu. Kecut perut mereka apabila terasa belakang kaki mereka seperti disentuh kain. Seram sejuk masing-masing! Irfan terketar-ketar menahan takut! Makin kuat pintu diketuk dan ditendang! Suara jeritan mereka makin kuat beserta rayuan! Tiba-tiba suasana menjadi senyap! Hening! Tiada lagi bau pacai mahupun busuk bau bangkai! Suasana hening tersebut cukup aneh! Masing-masing hanya dapat mendengar deruan nafas masing-masing. Laju degupan jantung beserta peluh yang makin laju mengalir!

Perlahan-lahan kepala mereka ditoleh ke belakang! Gelap! Kosong! Kelibat terbujur tadi hilang dari pandangan. Dalam keadaan terketar-ketar tangan Ashraf meraba-raba pintu studio, mencari pemegang pintu. Kepala masing-masing tidak berganjak dari melihat tempat makhluk pocong tadi. Mengawasi dan berjaga-jaga. Takut makhluk tersebut muncul lagi.

Pucat muka Ashraf bila tangan nya tersentuh sesuatu yang lembut umpama daging busuk! Kali ini bau busuk bangkai kembali menjelma dan baunya sangat-sangat dekat dengan mereka! Ashraf bungkam. Irfan di sebelah di pandang bersama linangan air mata. Sebaik sahaja kepala dialihkan ke hadapan Ashraf dan Irfan pengsan tidak sedarkan diri!

Tangan Ashraf menyentuh kepala pocong tersebut! Pocong tersebut berdiri dalam keadaan tergantung di siling! Kepalanya tepat bertentangan dengan muka Ashraf. Pabila tangan Ashraf di alihkan, pocong tersebut membuka mata lalu menampakkan mata merahnya yang garang menyala! Masing-masing pengsan! Hodoh muka pocong tersebut tidak mampu digambarkan dengan kata-kata!
............................................................................................................................................
Fikah begitu asyik di studio. Tangannya laju memalitkan warna di kanvasnya. Tempat di hujung sudut kosong. Kelihatan dua easel kosong tidak bertuan. Dengar kata Ashraf dan Irfan demam gara-gara di sakat pocong kelmarin. Cerita tersebut seolah-olah sukar di terima akal. Mungkin alasan dari menghadiri kelas. Kesahihan cerita tersebut hanya mereka yang tahu. Sapuan warna makin laju di sapu. Di hadapan nya jelas kelihatan Remy yang juga begitu asyik dengan lukisan. Mata fikah tertancap pada kepala patung yang di gantung di lampu. Berus di tangan di letakkan.

"Remy. Nak minta tolong boleh?"
Remy mengangkat kepala. "Apa dia fikah?"
"tu, kepala patung kau tu, turunkan lah. Seram la aku. Tak selesa aku nak buat kerja tau" Fikah sebal. Remy memandang kepala patungnya sebelum wajah Fikah ditenung. Malas mahu melayan Fikah, earpiece disumbat ke dalam telinga tanpa mempedulikan Fikah yang sedang marah. Jam menunjukkan angka 9 malam. Di studio kelihatan Remy, Fikah, Aznil dan dua lagi rakan kelas mereka Anis dan Aisyah masih ralit membuat lukisan. Senyap dan tekun. Sesekali terdengar suara batuk-batuk dari Anis memecah hening suasana malam itu.

Akibat terlalu asyik, Fikah tidak perasan bahawa Remy dan Aznil telahpun berangkat pulang manakala Anis dan Aisyah menghilangkan diri ke tandas di tingkat bawah. Fikah seorang diri di studio. Begitu asyiik dia dengan dunianya sebelum Matanya tertancap pada kelibat sesorang di tempat Remy.
"eh? Junior datang tengok work si Remy ke?" hatinya bergetus. Berus kembali dilarikan ke atas kanvas. Dalam pada itu matanya sempat lagi mengerling ke tempat Remy di hadapannya. Kelihatan tubuh tersebut seolah-olah terbongkok-bongkok di hadapan lukisan Remy. Sedikit sebanyak, telinga Fikah menangkap bunyi seolah-olah seperti sesuatu sedang menjilat dan menghirup dengan lahapnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

STUDIO SENI HALUS UITM SERI ISKANDAR Where stories live. Discover now