Bismillahirrahmanirrahim…
Niqab di akhir zaman ini;
Bukan dipakai kerana pemakai itu rasa suci atau baik,
Tapi kerana merasakan dirinya adalah pendosa tegar,
yang mengejar kasih dan merayu ampun tuhannya.
Bukan dipakai kerana mereka kuat atau hebat,
Hakikatnya, merekalah wanita paling lemah,
berselindung di balik kain dari kejahatan dunia yang semakin tua.
Hakikatnya, jangan pandang niqabis seperti bidadari seolah tidak boleh melakukan khilaf,
tapi pandanglah mereka seperti dirimu sendiri,
jatuh tersadung berulang kali dalam berjuang menuju Allah... Yang pasti peluang sentiasa ada In sya Allah...
Apa pun bentuk pakaian atau penampilan,
Itu bukan tiket apatah lagi satu jaminan.
Itu hanya satu bentuk usaha dalam banyak usaha lainnya. Purdah itu satu pilihan dalam banyak pilihan lainnya,
hormati pilihan orang lain,
seperti mana kita mahu orang lain menghormati pilihan kita...
Sama2 kita muhasabah diri…
