Bab 2: Perpisahan

33 6 0
                                    

Sewaktu Mamat membawa kereta untuk pergi ke station minyak, Mamat ternampak seorang pak cik tua berjalan sambil membawa tongkat kayu yang hampir reput. Mamat berfikir untuk memberi sumbangan serba sedikit kerana dia baru sahaja mendapat gaji pada bulan ini.

Mamat berhenti di tepi jalan raya sebentar dan berjalan ke arah pak cik itu. Tetapi malangnya setelah Mamat memberi duit sebanyak RM100 kepada pak cik itu, pak cik itu tidak mengambil duit itu.

Pak cik itu berkata " kamu tidak perlu susah kan diri memberi duit kamu kepada pak cik kerana pak cik bukannya orang miskin. Pak cik ada duit dalam bank dan duit itu cukup untuk menyara pak cik se...se...se..."

"Pak...pak cik o..okay ke??" Tanya Mamat yang ragu-ragu sambil memegang bahu pak cik itu kerana pak cik itu tiba-tiba jatuh pengsan. Mamat segera mengangkat pak cik itu masuk ke dalam kereta dan terus bergegas ke hospital yang berdekatan.

Selepas sejam pak cik itu dirawat tetapi doktok memberitahu Mamat yang pak cik itu sudah meninggal dunia.Rupa-rupanya pak cik itu mengalami sakit jantung yang agak kritikal.

Sebelum pak cik itu dikebumikan, Mamat terjumpa alamat rumah pak cik itu. Mamat bergerak ke alamat yang dijumpainya. Setelah sampai ke alamat itu, Mamat terus menanyakan soalan adakah ini rumah pak cik itu.

Seorang wanita cantik yang agak muda menjawab bahawa ini rumah pak cik yang ditunjuk dari gambar  telefon Mamat dan perempuan itu mengakui bahawa dia anak kepada pak cik itu. Selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut perempuan itu, Mamat terus mencerita kan bahawa pak cik itu telah pergi dari dunia

"Ya...ya Allah AYAH!" Wanita itu seakan-akan tidak boleh menerima pemergian ayahnya. Mamat segera menyuruh wanita itu bersiap-siap agar cepat sampai ke hospital sebelum menjelma malam.

Wanita itu nampaknya terpaksa berpisah dengan ayahnya dan menjaga rumah bersama adiknya yang baru berusia 6 tahun. Mamat memberi sedikit sumbangan kerana dia juga berasa kasihan kepada mereka kerana telah menjadi anak yatim piatu dalam usia sebegitu.

Berhati-hati di Jalan Highway Where stories live. Discover now