Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

Camelot-1

6 0 0
                                        

Mighraday merupakan sebuah negara kecil yang terletak berdekatan dengan pesisir pantai yang juga mempunyai kawasan tanah yang subur. Kawasan ini sangat terkenal dan sering kali menjadi rebutan. Namun kegagahan pertahanan negara Mighraday menjadikan ia terus bertahan dari serangan dari musuh yang acap kali menyerang untuk merampas kawasan yang begitu subur dan maju. Raja mehran merupakan raja yang berwibawa dan menjadi kesayangan rakyatnya disebabkan pimpinan yang agung dan baik yang begitu menitikberatkan kesejahteraan rakyat. Namun begitu, raja mehran berasa sangat risau kerana baginda tidak mempunyai waris bagi meneruskan legasi pemerintahannya. Baginda risau mengenangkan nasib rakyatnya apabila kemangkatannya nanti. Ratu baginda telah lama meninggal dunia dan waris baginda pun begitu merupakan seorang perempuan. Menurut undang-undang negara Mighraday, perempuan tidak boleh sama sekali mewarisi tampuk pemerintahan negara. Baginda kini berumur 68 tahun dan anakandanya baru berumur 15 tahun. Bagi menjamin kedaulatan negaranya, baginda raja mempersetujuhi cadangan dari Baron Ample iaitu mengahwinin puteri baginda dengan putera albert seorang anak raja dari negara Brugnert. Maka berlangsung lah perkahwinan putera dan puteri dari dua kerajaan menguatkan lagi hubungan dua buah negara. Ketika itu umur puteri isabella dan putera albert 15 tahun dan 17 tahun. Akibat dari perkahwinan kedua putera dan puteri 2 kerajaan ini menjadikan empayar kerajaan mereka semakin luas meliputi seluruh benua ethopia. Dan corak budaya dari kedua-dua kerajaan kini bercampur dan menjadikan warna-warni kebudayaan terbentuk. Kerajaan mereka kini berpusat di camelot utara. Kemangkatan ayahanda mereka, menjadikan mereka maharaja dan maharani kepada kedua buah kerajaan tersebut. Kini 2 buah negara dijadikan sebuah negara sahaja dengan atas persetujuan maharaja dan maharani, negara itu kini dinamakan kerajaan camelot pertama yang mana terdiri daripada 2 bandar utama, 60 daerah dan 200 kampung. Setiap sempadan dikawal rapi oleh tentera yang berwibawa, tegas dan sangat amanah. Kekuatan tenteranya meliputi 2 kali kekuatan tentera kerajaan Durma iaitu kerajaan prasejarah yang terkenal dengan kekuatan tenteranya. Pertabalan baginda maharaja dan maharani berlangsung dengan penuh meriah dan di sambut baik oleh rakyat jelatanya. Seluruh benua euthopia dijemput hadir memeriahkan majlis pertabalan tersebut. Putera albert kini bergelar Maharaja Albert-1 dan puteri isabella bergelar maharani ratu isabella-1. Baginda berdua merupakan raja dan ratu yang termuda yang pernah ditabalkan pada masa itu. Penakhlukan kawasan jajahan terus di jalankan oleh baginda berdua dan kini 2/3 benua euthopia kini dalam genggaman mereka. Kini kerajaan mereka digeruni oleh semua kerajaan diseluruh dunia. Seperti biasa pasti ada kerajaan yang berasa dengki dengan kehebatan kerajaan negera. Kerajaan Dracula merupakan kerajaan tertua yang pernah muncul di dunia dan 1/3 dunia menjadi kawasan jajahan mereka . Kerajaan mereka tidak pernah ditewasi oleh mana-mana ancaman musuh. Kerajaan itu diketuai oleh maharaja Charles Edward-9 dan baginda maharaja merupakan raja yang tegas dan baik pimpinannya terhadap ketenteraanya. Kerajaan mereka merupakan corak pemerintahan cara ketenteraan dan mewajibkan setiap anak lelaki dinegera itu dijadikan ahli tentera. Jumlah keseluruhan tentera milik baginda iaitu 400000 orang menjadikan mereka kebal dari ancaman musuh. Kekuasaan kerajaaan Dracula sangat mustahil di tandingi oleh mana-mana kerajaan besar. Namun begitu, sungguh pun keagungan kekuatan angkatan tenteranya mereka masih belum bisa menewaskan kerajaan russia utara iaitu dikenali sebagai kerajaan salju. Kerajaan salju merupakan sebuah kerajaan yang sangat unik kerana satu-satunya kerajaan yang berada di kawasan ribut salji melanda setiap masa menyebabkan salji sentiasa wujud dan tidak pernah hilang atau mencair. Ada orang kata, kerajaan tersebut telah terkena sumpahan yang maha dasyat menyebabkan kerajaan itu menghadapi musim sejuk sepanjang musim. Pemerintahnya merupakan seorang perempuan yang mengelarnya sebagai dewi salju. Baginda ialah ratu salju elizabeth-10 yang mana telah memerintah kerajaannya selama 150 tahun. Baginda telah terkena sumpahan menyebabkan kadar penuaam umurnya menjadi perlahan daripada manusia biasa. Hal ini menyebabkan ramai orang mengelarnya sebagai dewi salju asbab mereka mengatakan baginda ialah immortal human. Wajah baginda seputih salju, berambut grey pudar seakan putih salju dan memakai tiara daripada buat ais yang baginda sendiri merekanya. Kerajaan salju merupakan tempat pertama dalam kekuatan bala tenteranya dan juga mempunyai tanah jajahan takluk yang begitu luas. Ratu salju mempunyai seorang kesatria yang hebat bila berlawan dengan pedang yang dianugerahkan oleh ratu salju. Pahlawan itu bernama Seth sang harimau siberia. Dengan pimpinannya dalam ketenteraan menjadikan mereka sebuah tentera yang hebat dan sukar ditewaskan. Beliau juga merupakan kekasih hati kepada ratu salju namun mereka tidak bisa bernikah atas sebab perundangan kerajaan negaranya. Kali ini ratu salju mengutuskan pahlawan Seth untuk menyerang wilayah urttukk yang jugak menjadi rebutan 3 buah kekuasaan iaitu kerajaan camelot, Dracula dan Salju. Kawasan ini sangat terkenal dengan source of magic yang mana bisa menghasilkan sebuah tenaga  yang boleh dibuat senjata yang sangat hebat dan bisa  sesebuah kerajaaan. Namun begitu, kawasan tersebut dikawal rapi oleh penyihir terhebat iaitu merlin. Tentera dracula seperti biasa telah pun berkubu berhampiran dengan kawasan urttukk selama bertahun-tahun untuk menembusi pertahan wilayah tersebut namun tidak terlaksana oleh kerana Merlin telah pun menyumpah tanah wilayah urttukk tidak bisa dijajah oleh mana-mana kuasa besar yang ingin merosakkan dan menjajah tanah wilayah tersebut. Di sekitar sempadan wilayah mempunya ranting kayu pokok berduri yang lebat dan tebal dan sentiasa tumbuh apabila dimusnahkan. Ternyatalah sumpahan sang penyihir terhebat begitu kuat dan susah untuk ditumpaskan. Sepurnama berlalu, tentera kerajaan salju mulai menghampiri kawasan wilayah urttukk dan saat inilah kehebatan pahlawan Seth teruji kerana beliau merupakan pahlawan hebat dan perlu menakhluk kawasan wilayah urttukk. Beliau melancarkan serangan pertama namun tidak berjaya. Hampir berlalu seminggu, serangan dari tentera salju masih lagi tidak bisa menumpaskan pertahanan tersebut. Pahlawan Seth terpaksa menghentikan serangan yang sia-sia itu. Tentera kerajaan Camelot pun telah tiba dibawah pimpinan anak baginda diraja iaitu ratu isabella-2 yang juga terkenal dengan kelincahannya ketika berada di medan perang. Ratu isabella mengarahkan tenteranya untuk menyerang bertubi-tubi untuk menenbusi pertahanan itu. Serangan dibuat sebanyak 5 kali namun masih tidak berjaya. Pada malam itu, ratu isabella telah bermimpikan seorang wanita tua yang memberitahunya cara untuk menembusi pertahanan tersebut. Wanita tua itu mengatakan yang baginda ratu perlu pergi ke gua berhampiran dengan tapak kem tentera mereka dengan sendirian tanpa berteman. Tiba-tiba ratu isabella terjaga dari lena, seraya mencapai petang baginda yang ditempah khas dari dragon breathe yang juga merupakan pedang kepada moyang baginda. Tanpa pengetahuan para tenteranya, baginda segera meninggalkan kawasan kem dan terus menuju terus mencari gua yang baginda mimpikan. Sepanjang perjalanan, baginda begitu tertarik melihat magical creature seperti pari-pari dan sebagainya yang menjadikan perjalanan mencari gua itu tidak lah terlalu bosan dan memenatkan. Tiba-tiba baginda terlihat sebuah gua usang yang gerbangnya telah pun dipenuhi oleh rumput serta daun hutan yang rimbun tumbuh. Baginda cuba menghampiri gerbang gua tiba-tiba terdengar suara besar yang seakan-akan suara naga. Baginda segera menghenuskan pedangnya dan cuba mendekati gua tersebut. Tiba-tiba seekor makhluk gergasi keluar dari gua tersebut ternyata tekaan baginda betul itu merupakan seekor naga. Berbadan sasa, panjang ekornya, matanya berwarna biru dan juga warna kulitnya. Tiba-tiba naga itu berkata, " tuanku ratu isabella, akhirnya bertemu jua kita. Patik telah menunggu tuanku selama 1000 tahun kerana tuanku telah ditakdirkan menjadi tuan kepada patik. Patik akan sentiasa menurut perintah titah dari tuanku ratu." Naga tersebut berlutut menunjukkan tanda hormat. Baginda tidak terkata apa-apa kerana terkejut dan teruja melihat seekor naga dihadapannya dan boleh berkata-kata. Baginda bertitah,"beta ingin menembusi pertahanan wilayah urttukk ini." Naga menjawab," ampun tuanku ratu, elok kiranya tuanku jangan menganggu kawasan wilayah tersebut, kerana penyihir hebat telah menyumpah tanah itu tidak akan pernah dijajah oleh mana-mana kerajaan pun sehingga hari kiamat. Jika tuanku berkeras juga, patik bisa tunaikan hajat tuanku itu namun harus ada bayaran gantinya kerana ini melibatkan magic. Tuanku perlu membunuh ratu salju dari kerajaan russia utara. Darah baginda ratu salju bisa membongkar jampian pertahanan tersebut." Ratu Isabella berasa terkjut mendengar syarat dari sang naga kerana permintaan itu cukup berat untuk ditunaikan kerana kerajaan salju susah untuk ditumpaskan apa lagi hendak menewaskan ratu salju. Ratu salju merupakan salah seorang pemerintah yang disegani dunia dan sangat berkuasa dimuka bumi ini. Hampir keseluruhan benua utara menjadi kawasan tanah jajahannya. Kekuatan tentera miliknya merupakan tentera yang maha kuat dan telah disumpah untuk hidup kekal abadi selamanya. Ratu Isabella pun meneruskan perjalanannya ke tapak kem tentera bersama-sama naga baginda. Sewaktu tiba di kawasan kem, semua tentera terkejut melihat ratu mereka bersama seekor naga yang besar. Ada pula tenteranya cuba untuk membunuh naga itu namun ratu isabella mentitahkan untuk tidak melakukan sebarang perlakuan yang mengakibatkan naganya tercedera. Seraya baginda berkata

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jan 21, 2017 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Eutophia.Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora