Pagi itu hujan turun renyai2 . Kedinginan suasana mengcengkam hingga ke tulang . Kelihatan susuk tubuh terbongkok2 memikul cangkul di sebuah tanah perkuburan.
Dalam usia menginjak senja , pak mat masih lagi bertenaga meneruskan perkerjaannya sebagai penggali kubur. Ada dua buah kubur sahaja lagi yang perlu disiapkan . Sempat rasanya ni ,"bisik pak mat di dalam hati.
Bertemankan lampu minyak tanah, pak mat meneruskan kerja2nya tanpa bantuan dari sesiapa pun . Lebih kurang setengah jam menggali, hidung pak mat disaji dengan bauan yang cukup harum. Sudah tiga hari dia mengalami peristiwa tersebut namun tetap tidak diandahkan . Baginya semua itu adalah parkara biasa yang harus dilalui oleh seorang penggali kubur sepertinya.
Jam di tangan menunjukkan waktu 4:30 pagi. Bairpun kepenatan namun pak mat berpuas hati kerana berjaya menyiapkan kerjanya lebih awal dari yang diinginkan . Dia merenug lubang kubur yang telah siap digali. Masih ada yang perlu dikemaskan-kini ,bisiknya di dalam hati . Dia berkira2 untuk pulang ke rumah dahulu sebelum menyambung kerjanya kembali. Lagipun, dia telah dimaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan selepas solat zohor nanti.
Perjalanan pulang ke rumah cukup memenatkan. Mujurlah ada hafiz, anak muda kampung yang sudi menumpangkannya. Dia sahajalah yang boleh diharapkan berbanding yang lain. Meskipun tiada ikatan persaudaraan namun hafiz sangat mengambil berat akan dirinya yang hidup sebatang kara.
"Lambat balik hari ini pak mat. Banyak ke kubur yang perlu digali?kalau sakit janganlah paksa diri . Rehat sahaja di rumah. Bila dah sihat barulah kerja semula.
Lagipun buat apa nak menyusahkan diri . Duit pencen pak matkan ada lagi. Rasanya cukup untuk menampung perbenlanjaan sehari2,"nasihat hafiz bersungguh2.
Prasangka buruk.......
Pak mat mengangguk lemah . Tak kuasa dia dengar kata2 tersebut lagipun boleh dikatakan hampair setiap hari dia dihidangkan dengan nasihat yang sama. Fikirannya menerawang ke tempat lain. Kejadian yang berlaku di tanah perkuburan pagi tadi masih segar di ingatan.
"Bau apalah yang mengganggu aku pergi tadi. Wanginya lain benar. Rasanya sepanjang menjadi penggali kubur tak pernah aku terhidu bau macam tu. Mungkin orang baik2 yang meninggal agaknya ,"bisik pak mat sendirian.
Lamunan terhenti seketika tatkala kereta hafiz tiba dihadapan rumahnya. Selepas berjabat tangan dia kemudiannya menghulurkan empat keping not rm50 kepada pak mat untuk di buat belanja.
"Duit apa pulak ni hafiz. Banyak sangat,lagipun aku tak suka berhutangn dengan orang. Susah nak membayarnya nanti,"ujar pak mat dengan wajah yang mencurigakan.
"Saya tak suruh bayar pun. Pak mat ambillah,buat belanja. Lagipun saya dah niat nak bagi, takkan nak buruk siku pulak. Bukannya banyak ,dua ratus ringgit je. Sekali2 buat amal jariah apa salahnya. Manalah tahu esok lusa meninggal dunia, ada jugak pahala sedekah yang boleh dibawa bersama,"jelas hafiz dengan senyuman terukir di bibirnya.
Huluran wang di ambil dengan wajah yang keliru. Pak mat berbisik sendiri di dalam hati. Tidak pernah hafiz berkelakuan bergitu. Biasanya jumlah yang diberi tidaklah sebanyak yang diterima hari ini. Wajahnya juga kelihatan berbeza dari hari2 sebelumnya . Situasi yang berlaku pada hafiz mengundang seribu satu macam kemusykilan dihatinya. Perasangka buruk yang menerjah mindanya segera dibuang jauh2 "Mungkin perasaan aku sahaja,"pujuk hati pak mat.
Merungkai persoalan..............
Akibat kepenatan, pak mat terlepas sesi pengebumian. Sedar2 sahaja jam sudah menunjukkan ke angka tiga. Selesai membersih diri dan menunaikan kewajipan pada ilahi, pak mat bergegas keluar menuju ke kedai pak mail. Dia perlu mendapatkan jawapan siapa yang terlah dikebumikan. Setiba di sana , osman ,madi dan, zainal sedang rancak berborak . Perlahan2 pak mat menghampiri kumpulan berkenaan bagi merungkai satu demi satu persoalan yang terbeban di fikirannya.
"Kau tak tahu ke mat . Satu kampung dah heboh kau baru nak tanya aku hari ini . Yang meninggal tadi hafiz anak hassan yang duduk kat hujung kampung ni,"jelas madi sambil tangannya rancak bergerak menunjuk ke sana sini.
"Kau jangan main2 madi. Aku baru tumpang kereta dia pagi tadi . Elok je kami bersembang. Tak nampak pula macam orang sakit ,"ujar pak mat tegas.
" takkan aku nak tipu soal hidup mati ni mat. Kalau kau tak percaya tanyalah zaidi, osman dan bakar . Mereka semua ada jenazah dikapankan. Warisnya kata dia meninggal lepas ,solat subuh ,atas tikar sembahyang. Bersih😓
YOU ARE READING
THE GHOST(dia Wujud)😈
Paranormalapa yang anda fikirkan sekarang adakah tentang ganguan atau anda merasakan sesuatu yang sedang memerhatikan anda jika ya anda hanya perlu cekalkan hati dengan selalu mengingati maha pencipta yang memcipta manusia dan makhulk yang sama seperti manus...
