Redna: Annyeong! Omma! Appa!

Puan Park dan Encik Park yg sedang menikmati minum petang mereka dikejutkan dengan kehadiran Redna. Puan Park segera bangun lalu memeluk menantu kesayangannya itu.

Puan Park: Redna!!! Rindunya omma dengan kamu. Mari duduk.

Encik Park: Ha Redna, duduk. Join kami minum petang.

Redna mengambil tempat duduk di sebelah Puan Park. Jujur, dia juga amat merindui Puan Park. Yalah, dah 2 minggu di rumah Jimin.

Encik Park: Redna, Jimin mana? Dia pergi tandas eh?

Redna: Eh tak adalah appa. Dia tak ikut. Dia kata dia sibuk dekat pejabat. Redna bosan tu yg Redna datang sini.

Puan Park: Humph, dia tu asyik sibuk je dengan kerja. Isteri dekat rumah ditinggalkan. Sebijik lah macam perangai appa dia tu.

Puan Park mengerling ke arah Encik Park. Encik Park hanya ketawa mendengar sindiran dari isterinya itu.

Encik Park: Ala awak ni. Saya kerja kuat-kuat pun untuk awak juga. Ha ni Redna datang naik apa?

Redna: Naik bas appa.

Puan Park: Hah? Naik bas?!

Redna: Ye omma. Kenapa?

Encik Park: Ish, Redna ni. Bahayalah Redna naik bas tu.

Puan Park: Ha betul tu.

Redna: Ala bahaya apanya omma, appa? Tunggu je bas tu nanti dia datang naik jelah... Hihihi...

Puan Park: Tahulah sayang... Tapi dalam bas tu bukan semua orang baik tau. Haish...

Encik Park: Yes... Tambah lagi Redna ni comel, cantik.

Redna: Haha, pasal tu omma dengan appa jangan risaulah. Dulu pun, Redna pernah tolong Jimin dari kena pau dengan gangster...

Puan Park: Huh? Jimin kena pau? Eh bila?

Redna: Okay macam ni omma. Sebenarnya sebelum Redna dengan omma datang hari tuh, Redna dah kenal dah dengan Jimin ni. Dia pernah beli minuman dekat tempat Redna kerja part-time dulu. Lepas tu, suatu hari Redna nak datang kerja, Redna nampak Jimin kena peras ugut. Masa tu dia mabuk. Jadi Redna cakapla woiii terus lelaki yg ugut dia tu lari. Hehehe...

Puan Park: Oh my god! Jimin mabuk? Dia nak kena ni!!!

Encik Park: Eh awak ni. Tak usahlah overreact, lagipun Jimin tu bukan budak kecil lagi...

Puan Park: Taulah awaknya.... Tapi dari dulu kan saya tak suka dia minum-minum ni semua. Ha Redna, selepas dia kahwin dengan kamu pernah tak dia balik mabuk ?

Redna: Eh tak pernah omma. Ala mungkin ada parti bujang ke apa ke kot hari tu kan?

Encik Park: Entah awaknya. Cool down.

Puan Park: Haih, okay fine.

Encik Park: Ni ha Redna, ada lesen tak?

Redna: Oh haritu Redna dah dapat dah lesen. Kenapa appa?

Encik Park: Bagus! Nanti, appa akan belikan Redna kereta. Appa tak suka lah Redna naik bas semua tu. Bahaya tau!

Redna: Eh appa. Janganlah. Susahkan appa lah.

Puan Park: Tak apa Redna. Ini demi keselamatan kamu. Anggaplah ni hadiah perkahwinan kamu.

Redna: Hmm. Baiklah.

Puan Park: Ha bagus. Redna, nanti Redna makan malam kat sini ya? Nak balik nanti call Jimin suruh dia ambil okay? Tak pun lagi bagus suruh dia kalau boleh balik sebelum makan malam. Makan malam sekali dekat sini.

Redna: Ha? Baik omma...

Puan Park dan Encik Park beredar sebentar selepas minum petang. Redna memilih untuk duduk lagi di situ. Dia merenung ke arah kolam renang itu. Dia teringat akan pertelingkahannya dengan Jimin.

Redna: Haish... Kenapalah kami ni tak habis-habis bergaduh? Dulu janji tak akan gaduh... Apa akan jadi dengan kami?

Redna memandang ke arah satu sudut. Tempat dia dan Jimin berbual tempoh hari sewaktu mereka belum berkahwin. Tempat dimana mereka berjanji untuk tidak bergaduh dan menjadi kawan baik. Tapi kini? Semuanya tak seperti yang dirancang. Tambahan pula, dia kini sudah mulai jatuh cinta dengan Jimin.

Redna mengeluh panjang. Dia menggapai telefon bimbitnya. Dia teragak-agak untuk menelefon Jimin. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menghantar mesej sahaja.

To: JiminPark

Tuan, saya dekat rumah omma dan appa. Jadi omma minta tuan untuk datang sebelum makan malam. Saya kata tuan ada kerja dekat pejabat. Jadi nanti tuan datang jangan buat blur. Dah sekian. Bye.

Sengaja dia gunakan ayat tuan itu. Geram pada Jimin masih lagi berbekas di dalam hatinya.

Telefon Jimin berdering menandakan ada mesej yg baru masuk. Dia yg tertidur dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya itu. Dia segera menggapai telefon bimbit yg diletakkan di atas meja.

Dia memeriksa siapa yg menghantar mesej. Dari Redna. Segera dia membuka mesej tersebut. Dia membacanya. Redna masih lagi menyindirnya. Tapi sekurang-kurangnya sekarang dia tahu Redna dimana. Sedari tadi dia risau akan Redna sehingga dia tertidur di atas sofa.

Dia segera menggapai kunci kereta dan meninggalkan rumahnya.

BERSAMBUNG

Vote and comment guys... Love you!

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now