"Okey, masa sudah tamat. Group dua esok pulak, okey?"Semua murid 5 Star hanya akur lalu mereka balik ke kelas.

Kali ini mata pelajaran Sejarah pula.

"Guys, jangan lupa hari Jumaat pakai baju lain tau?"Mereka menganggukkan kepala mereka kecuali HRHS.

"Pakai baju apa?"Tanya Hakim.

"Setiap tahun pada hari Jumaat, kita kena pakai baju yang cantik. Perempuan dress and lelaki tuxedo"Terang Amir.

"Senang citer ada majlis tari-menari. Wajib datang sebab dia setiap tahun sekali je"Hakim menganggukkan kepalanya.

"One more thing, boleh buat kerja sendiri sebab Miss Nila pergi kursus and cikgu lain ada mesyuarat"Semua murid di dalam kelas tersebut bersorak gembira.

Kelas terus menjadi bising seperti berada di dalam Zoo Negara.

"Semua perangai dah macam monyet"Kata Lev.

"Jom lepak tempat kita"Ajak Adeena.

"Kei, wanna join us?"Keira menganggukkan kepalanya. KALE terus beredar keluar.

KALE berada di bilik khas untuk mereka, iaitu bilik muzik. Terdapat dua bilik muzik sebenarnya tetapi mereka menggunakan bilik kedua kerana bilik tersebut tidak digunakan lagi. Kunci pula mereka minta daripada pengetua sekolah, iaitu sepupu kepada Keira.

"Akhirnya, freedom"Kata Emily sebelum terbaring di atas lantai.

"Cepat la cuti, aku nak lepak dekat tempat kita"Kata Adeena.

"Tulah, dapat minum air yang sedap²"Kata Lev sambil tersengih.

"Weh, esok kita cuti nak?"Ajak Emily.

"Why?"Tanya Keira sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Nak beli dress la. Dress aku yang dulu dah kecik"Kata Emily.

"Naik kereta sape? Pergi kul berapa?"Tanya Lev.

"Naik kereta Kei, gi kul dua petang macam tu"Cadang Emily.

"Okey ke Kei?"Tanya Lev.

"Hm"

"Okey set, dress nak macam dulu ke? Same colour"Lev memandang rakan-rakannya.

"Yelah, dah kita ni geng. Warna kalini putih pulak sebab last year dah pakai warna hijau pine"Kata Emily.

"Weh, jom balik terus nak?"Ajak Adeena pula.

"Okey je. Lagipon dah nak dekat balik ni"KALE mengemaskan barang-barang mereka sebelum mengunci pintu bilik muzik lalu beredar.

Sekarang mereka berada di pagar belakang sekolah. Mereka memanjat pagar tanpa berlengah lagi. Tiba-tiba mereka terdengar derapan kaki yang semakin dekat.

"Weh cepat la naik. Ada orang datang"Kata Adeena dengan panik.

"Baju aku tersekat"Emily dengan pantas menolong Lev.

"Ad, panjat atas bahu aku. Now"Adeena hanya menurut.

Hanya tinggal Keira sahaja yang perlu memanjat.

"Weh cepat, bunyi tu makin kuat!"Keira memandang belakang sebelum terus lompat.

KALE menyorok di sebalik semak-samun.

"Eh tu Jimie dengan Danie kan?"Tanya Emily.

"Dorang dah la pengawas. Kalau dapat tau ni mahu naya kita"Bisik Lev.

"Weh bahangong, lari la. Kei dah gerak tu"KALE terus beredar.

"Serious dorang dah la macam harimau yang mencari mangsa dia"Kata Emily setelah mereka jauh daripada sekolah.

"Ehem"KALE memandang belakang.

Mereka bertiga tidak termasuk dengan Keira sudah tersengih.

"Let me guess, korang keluar sekolah tanpa kebenaran?"Tanya Adam merangkap abang kepada Adeena.

"Lek lu Dam, nak habis kelas dah kot. Kitorang terus blah la"Terang Adeena sambil tersengih.

"Eh² kau, nak dekat SPM perangai macam ni lagi"Kata Adam sambil menggelengkan kepalanya.

"SPM lambat lagi"Kata Adeena, tidak mahu mengalah.

"Fine, kita tengok kau dapat berapa A nanti"Dua beradik tersebut menjeling antara satu sama lain.

"Er Dam, kitorang esok tak gi sekolah tau"Adam memandang Lev.

"Asal?"Tanya Adam, pelik.

"Ada majlis tari-menari esok so kitorang nak cari dress. Semua dress kitorang dah kecik"Terang Lev.

"Eh bukan Kei memang tak gi ke kalau pasal pakai dress ni?" Tanya Adam sebelum memandang Keira.

"Kalini wajib"Kata Keira.

"Ha okey, dah jom balik" KALE dan Adam terus balik ke rumah mereka.

Rumah Keira

Keira masuk ke dalam rumahnya. Terlihat hanya Kairul dan Syahir sahaja yang sedang membuat kerja mereka.

"Eh Kei, dah makan? Aku dah masak"Keira hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Where's Rith?"Tanya Keira setelah meletakkan beg galasnya di atas sofa.

"Macam biasa la, kerja dekat restoran dia"Keira membuat bunyi 'hmm' sebelum masuk ke dalam dapur untuk makan.

Setelah habis makan, Keira naik ke biliknya lalu buka komputer riba miliknya untuk bermain permainan video.

Rumah Adeena

Adeena masuk ke dalam rumah bersama Adam. Adriel merangkap adiknya yang baru sahaja mahu makan berhenti serta-merta.

"Eh, awal kau balik. Mesti ponteng kan?"Tanya Adriel.

"Eleh, bising je budak ni"Adeena dan Adam duduk di kerusi sebelum makan nasi yang dimasak oleh Adriel.

Budak darjah 5 pon dah pandai masak tau?

Setelah habis makan, Adeena naik ke bilik lalu bermain dengan telefon pintarnya. Rindu wifi la tu.

Rumah Emily

Emily masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Takut abang dengan kakaknya dapat menangkap dia.

"Eh kak, bila kau balik?"

Shit.

"Baru je. Mana Emir?"Tanya Emily, cuba untuk menukar topik.

"Abang Emir kat hospital, kerja doktor la kan"Kata Emilia merangkap adik Emily.

"Ema?"Tanya Emily lagi.

"Kak Ema kat kolej. Sebelum akak tanya lagi, ketua kampung aku rasa tengah layan Spongebob Squarepants, abang yang jual keropok lekor balik dari jumpa awek dia agaknya, pakcik yang dekat pasar tengah minum dekat kedai kopi kot"Kata Emilia selamba.

Hamboi, bukan kemain dia.

"Kk, aku nak gi mandi. Kalini aku yang masak"Emilia menganggukkan kepalanya.

Emily naik ke biliknya sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Rumah Lev

Lev masuk ke dalam rumahnya. Terlihat Lani merangkap kakaknya sedang membaca buku.

"Yo kak"Kata Lev di telinga kanan kakaknya.

"Oh abah kau tergolek!"Buku yang dipegang Lani terpelanting menyebabkan ia terkena kepala Lev.

"Adui!"Lev memegang kepalanya yang berdenyut.

"Eh sorrt Lev. Tapi, asal dengan kepala kau tu?"Tanya Lani, pelik.

"Takde pape la. Mana Levi dengan Light?"Tanya Lev sambil memegang kepalanya.

"Kerja la dik oii, dah gi mandi lepastu makan. Bau macam ikan"Kata Lani seraya itu menutup hidungnya.

"Eleh, macam dia tu wangi sangat"Lev terus naik ke biliknya sebelum mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.



Please vote, comment and follow. See ya'

4 BestfriendМесто, где живут истории. Откройте их для себя