aku berpergian dengan kalimah safara
bermusafir itu tujuan pertama
menyelam lautan ilmu itu tujuan teragung
kerana hatiku seperti lampu yang kosong dan tidak dipetik
maka aku mencari saliran elektrik
untuk menyatukan aku dengan pemetik lampu
3 tahun aku disini
tidak seperti para ulama warasatul anbiya
yang mengahabiskan berjuta tahun untuk mencari secebis ilmu
walau 3 tahun
aku merasai keperitan berpisah dengan pemilik qalbuku
bagaimana pula dengan mereka?
adakah aku mampu menjadi mereka?
tidak! bahkan tidak sedikit sama sekali.
mungkin hanya kerana aku mengikuti jejak mereka. aku menyaksikan diriku bermusafir.
adakah musafir ini diterima atau dihisab?
hanya Penciptaku yang akan menilai
terkadang aku silap berniat kerana hasutan nafsu
terkadang aku betul berniat kerana alam mendoakan
kini akan ku tetapkan niat
agar musafir bermakna dunia akhirat
akan ku letakkan kalimah agung di hati
malah akan ku letakkan dunia di tangan
walaupun sukar akan ku cuba meminta pertolongan Pencipta
musafir ini
aku menyaksikan diri sebenar
sebenar benarnya yang mungkin tidak kamu mengenali
berjalan di dalam kefanaan
terkadang berjalan di kejahilan
tersengih malaikat melihat
tersenyum syaitan yang terkadang menggenggam ku
tapi hati ku?
jiwa dan raga ku?
ketahuilah dalaman ku sangat meraung mencari lagi pencipta ku.
