Pagi yang sungguh sejuk membuat Alina terbangun dari tidurnya. Waktu menunjukkan sudah pukul 6 pagi. Alina pun bangun untuk mandi dan siap ke kerja. Dia keluar dari bilik dan ternampak mama berasa sangat risau. Dia memegang telefon dan tidak mahu duduk diam. "Ma? Kenapa ni?" Tanya Alina. "Alisha. Dia dari semalam belum pulang. Mama call banyak kali pun tak mahu jawap. Mama risaulah kalau ada apa apa jadi." Kata mama. "Ayah dengan alifah mana?" Tanya Alina pula. "Ayah sudah ke kerja. Alifah masih tidur. Lina tolonglah mama!" Kata mama dengan risau. "Lina nak cari lisha kat mana?" Memang Alina langsung tidak tahu dimana Alisha selalu pergi. "Takpa lah ma. In shaa allah Lisha balek. Alin pergi dulu . Apa apa nanti mama call Alin la. Assalamualaikum" Alina ucap dan salam lalu dia keluar rumah dan pandu ke kerjanya.
Tiba di parkin tempat kerjanya pula, dia ternampak ada sebuah kereta parkin di slot yang sudah selalunya reserve untuknya. "Adui kereta sape pulak ni? Ish aku dah lambat! Menyusahkan la!" Alina membebel pada diri sendiri. Alina hon tanpa henti. Beberapa minit kemudian seorang lelaki ini keluar dari bangunan tempat kerja Alina. Alina terus turunkan cerminnya. "Kenapa ni? Ada masalah ke?" Tanya lelaki seperti berlagak. "Kenapa awak letak kereta awak kat sini? Awak tau tak ini tempat season parkin? Saya dah bayar slot di sini!" Marah Alina. "Kalau aku tak letak kereta kat sini,mane lagi aku nak letak? Atas kepala kau?" Lelaki ini balas dengan kasar. " letaklah kat tempat lain! Pagi pagi ni banyak lagi slot kenape sini juga awak nak! Dahlah pergi keluarkan kereta tu. Seboklah! Pagi pagi dah menyusahkan!" Alina terus naikkan cermin kereta dan tunggu lelaki itu untuk pandu.
Setelah selesai semua dia pun naik ke ofisnya. "Babe! Apasal nari you lambat ?" Kata kawan Alina, Mika Zahirah. "Sorry babe tadi ada mamat ni curi slot aku lagi. Ish menyampah . Perasan berbual besar je. " kata Alina. "Ish i ingat tayar you pancit ke apa ke?" Mika memang seorang yang sangat manja dan gedik sekali. "Sudahlah kau nak berbual I You dengan aku. Aku nak buat kerja. Nanti rehat dengan aku macam biasa." Kata Alina lalu dia buka komputernya dan mula kerja.
" babe! Dah pukul 12 ! Jom lunch. Lapar gila aku ni!"kata Mila sambil mengusap perutnya. Alina terus capai begnya dan ikut Mika keluar. Tiba di sebuah kedai mereka pun cari tempat duduk. Sedang mata Alina mecari tempat,dia terpandang seorang lelaki yang sangat dia kenali. "Adui kenapa mamat ni kat sini! Mika, mika ! Jom kita pergi kedai sebelah. Kat sini aku rasa macam ada setanlah!" Alina terus tarik tangan Mika. Mika agak keliru bila Alina kata ada setan. Apabila mereka sudah beli makan dan duduk. Mika bertanya pada Alina. "Eh Alina,kenapa kau tiba tiba cakap ada setan kat kedai tadi. Aku tak tahu pula kau boleh nampak benda benda ini semua. " Alina terus teringat akan peristiwa tadi. "Bukan aku boleh nampak. Setan tu sebenarnya lelaki yang gaduh dengan aku pagi tadi. Tu yang malas nak padang lelaki itu." Jelas Alina.
ESTÁS LEYENDO
Andai kau syurgaku
RomanceAlina Sufya langsung tidak pernah sayangkan Syafiq Zahril. Dia dipaksa kahwin dengan Syafiq atas menutup kesalahan adiknya Alisha Zamira yang malukan nama keluarganya dan keluarga Syafiq. Kerana ingin menutup perasaan malu ibu Syafiq mahu salah satu...
