"Sayang ! Tunggu la. Jangan tinggal kan abang dengan naurah".ujar Danial sambil mendukung naurah .dia perati je azharina dari naik flight lagi. Teruja dia mengalahkan naurah.

Azharina memusingkan tubuhnya ke belakang dengan sengihan. Cepat-cepat dia berlari untuk mendapatkan suami dan anaknya. "Sorry tak sengaja".

Danial menggeleng. Dah jadi mak orang pun perangai macam budak-budak lagi.bahu isterinya terus dipeluk dengan tangan kanan manakala tangan kirinya mendukung naurah. Baru nampak happy family tu .

"Abang jom naik atas tu".ajak azharina dan dia terus menarik tangan kanan Danial untuk naik ke atas. Sekarang baru dia boleh menyentuh kaki helang itu. Besar. Pandai betul orang yang bina dan mewarnakan helang batu ni . Nampak real.

"Wahh cantiknya! ".

Danial tersenyum. Dia gembira melihat isterinya senyum macam tu. Sekarang ni hatinya betul-betul sudah ditawan oleh 2 orang wanita iaitu isteri dan anaknya. Naurah yang sedang tidur nyenyak dipandang dan dahi anaknya dicium dengan kasih sayang.

"Abang jom tangkap gambar! ".teruja azharina mengajak. Dia sudah membuka aplikasi camera di iphonenya yang sudah lama Danial bagi iphone itu ke padanya .

Danial menunduk untuk menyamai ketinggiannya dengan azharina dan dia merapatkan wajahnya ke arah azharina. Dia tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.

Macam-macam gaya mereka snap gambar. Ada yang sama-sama buat mata juling, mata bertembung antara satu sama lain, senyum dan macam-macam lagi.

Selesai mengambil gambar Danial mula memandang ke arah laut yang terbentang luas. Saja dia nak melihat matahari terbenam tapi terbatal sebab naurah tengah tidur. Lagi pun tak elok budak kecil macam naurah masih ada diluar dengan waktu yang hangpir senja.

"Sayang jom balik. Dah nak maghrib ni ".

Azharina mengangguk. Lagipun dia penat sikit so boleh la dia nk rehat secukupnya.

"Abang! Tengok ni anak akak sofea dengan abang ejoy. Comelnya".azharina menunjukkan iphonenya ke arah Danial.

"Bila Sofea bersalin? Perempuan ke lelaki ?".

"Tadi petang. Comel kan anak dia. Anak dia lelaki ".jawap azharina dengan matanya masih tertumpu pada screen iPhone.

Danial mengangguk. "Segak macam ejoy. "

"Kan.. Tak sangka kan dia dah ada tanggungjawab besar. ".ucap azharina dengan perlahan matanya terus memang naurah yang tidur di tengah. Dia harap la selama seminggu ada di pulau Langkawi dia dan danial tak tertindih anaknya. Risau jugak. Tapi katil ni saiz king. Besar pun besar so naurah terselamat lah malam ni. Hehehe.

Danial membawa isterinya ke pantai chenang. Dekat sini, pantai yang paling Best ala-ala macam dekat pantai luar negara. Bayangkan lah perempuan saleh hanya pakai bikini , yang mat saleh pulak hanya pakai seluar pendek paras lutut. Untung sapa kerja dekat sini, cuci mata. Hehe

"Abang... Cantiknya pulau ni. Suasana dekat sini pun macam dekat luar negara. Tengok la lelaki dengan perempuan dekat sini semua orang putih cuma setengah orang Melayu" tegur azharina dengan teruja tapi bila dia nampak saja perempuan memakai bikini matanya terus dikalihkan ke arah lain,malu campur segan.

Danial tersenyum. Matanya menunduk memandang isterinya, lagi Best. Dia tahu isterinya malu tapi dia pun malu sebenarnya. Naurah yang ada di dalam baby troler di pandang sekilas. Anaknya itu hanya tahu tidur-tidur haih ikut sapa la ni?

Azharina berjalan ke suatu pondok untuk duduk. Matanya hanya mampu merenung orang bermain jet ski, banana bot, dan payung terbang yang ditarik oleh bot kecil. Bestnye.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Место, где живут истории. Откройте их для себя