DETIK TENGAH MALAM 001

348 36 11
                                        

Part 1

Saya berada di rumah,cuba menghabiskan kerja-kerja sekolah yang amat berat untuk disempurnakan. BANYAK yang perlu saya habiskan! Saya juga mempunyai ujian Bahasa Inggeris keesokan harinya, dan tidak menentu.

Terpaksa berkongsi bilik dengan adik saya, ji eun tidak sedikitpun menolong keadaan yang saya hadapi.

Anda tentu ingin tahu siapa saya? Saya adalah Park Soyeon,sebelas tahun dan Park Ji eun berusia sembilan tahun.Apabila saya memulakan kerja-kerja sekolah, pada masa itu jugalah Ji eun mula memainkan CDnya, atau bercakap telefon, atau mengganggu saya.

Akhirnya Ji eun tertidur, dan saya masih terus membuat kerja sekolah, sambil mengharapkan yang saya juga dapat segera tidur di katil.

Jam burung di ruang tamu sudahpun berbunyi menandakan waktu sudah mencecah detik dua belas malam. Ibu bapa saya dan adik perempuan saya yang menjengkelkan, Park Nae Hyun, berusia lapan tahun sudah nyenyak tidur.

Saya menguap dan meregangkan tangan saya.Saya benar-benar keletihan.Saya tidak dapat menahan kelopok mata saya yang tertutup. Saya terlentok di atas kerusi, dengan kepala saya terangguk-angguk kehadapan, dan saya hampir tertidur.

TOK-TOK.

Saya terkejut,melompat bangun dari kerusi dan terhantuk kepada meja di hadapan saya."Ow..."Ia memang sakit!

TOK-TOK

Kali ini ketukannya lebih kuat.
"Omma?" saya tergamam dan menyeret kaki ke pintu dan membukanya.

Tidak ada sesiapa di pintu.
"Pelik..." saya menutup pintu dan kembali duduk di kerusi semula.

TOK-TOK.

Ketukan tersebut bukanya datang dari pintu tetapi dari tingkap.
Saya merapatkan muka saya ke kaca tingkap dan melihat keluar. Seorang budak perempuan sedang berdiri di luar. Dia berambut panjang lurus dan hitam dan matanya berwarna hitam pekat, besar dan bulat, hampir terlalu besar untuk saiz mukanya. Dia memakai baju tidur berwarna putih dan usianya dalam lingkuangan lima tahun.

Oleh kerana saya ingin tahu siapakah budak itu, saya telah membuka tingkap itu tanpa berfikir. Sekiranya budak itu terus menerus mengentuk, dia tentu akan membangunkan Ji eun dan saya tentu tidak dapat berehat langsung.

"Apa awak buat di sini?" Saya berbisik kuat.

"Sudah lewat malam, awak sepatutnya berada di rumah."

"Tidak ada rumah," budak itu menjawab.

"Kalau begitu, pergilah ke balai polis atau..."Saya merungut. "Amat bahaya untuk seorang budak keluar pada waktu tengah malam." Saya merenung ke arah mata besarnya yang penuh kesedihan dan mula terasa kasihan kepadanya.

"Kenapa awak mengetuk tingkap saya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Wajah budak kecil itu serius. "Adakah awak kenal seorang budak perempuan yang bernama Lee Yoon Ji?"

"Yoon Ji?" saya mengulangi nama tersebut.

"Dia kawan saya. Bagaimana awak kenal dia?" Kenapa awak mencari dia pada waktu tengah malam ini?"

"Saya hanya ingin mengetahui nombor telefonnya," Budak perempuan itu memberitahu saya.

Saya memberi dia nombo telefon Yoon Ji." Tapi jangan telefon dia sekarang. Dia tentu sedang tidur. OK?"

Ada sesuatu mengenai budak perempuan ini yang nembuatkan saya mula terasa seram. Dia langsung tidak tersenyum. Mata bulatnya yang besar dan sedih itu nampak tua---- terlalu tua." Siapa nama awak?" Saya bertanya.

"Jung Eun Ah,"dia menjawab dan selepas itu dia menghilangkan diri dalam kegelapan malam.

Pagi esoknya,bila saya di sekolah, saya pergi mencari Lee Yoon Ji. Saya hendak bertanya sama ada budak kecil Jung Eun Ah telah menghubunginya.

Malangnya saya tidak dapat menemui Yoon Ji. Polis datang ke sekolah kami, dan memberitahu yang Lee Yoon Ji telah hilang dari biliknya pada malam semalam.

Dan saya mula tertanya-tanya...

☆TBC☆

^^JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT^^

DETIK TENGAH MALAM Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora