Bab 1

41 2 0
                                        



Ia bermula dengan seringkas perkataan "Hello" dan ia berakhir dengan perkataan yang seringkas juga, iaitu "Selamat tinggal". Selamat tinggal tidak semestinya bermaksud sebuah ucapan untuk perpisahan antara dua orang atau lebih untuk selama-lamanya, tetapi ia hanya sebuah ayat yang ringkas untuk memberitahu bahawa ia hanya selamat tinggal untuk tempoh yang sementara dan akan berjumpa lagi di hari yang lain.

Cinta itu lembut, cinta itu bagus, cinta itu adil dan tidak adil, cinta itu buruk, cinta itu benci, cinta itu juga sedih, tetapi apa yang penting cinta itu adalah semua benda atau apa-apa jenis ayat atau perkataan yang kita boleh fikirkan mahupun membayangkan dan merasai dari kehidupan harian kita... Dan itulah hakikat yang sebenar tentang cinta. Cinta itu realiti dari Allah.

"Love choose anyone at anywhere and at anytime". Tidak kira dengan siapa kita hidup sebagai pasangan suami dan isteri hingga di akhir waktu, ia adalah untuk Allah S.W.T tentukan siapa dan ia adalah untuk kita mengembara hidup kita tanpa apapun paksaan. Kita perlu redha untuk menerima sesiapa yang masuk kedalam atau dengan siapa yang akan dan telah keluar dari hidup kita.

Mia Mikaela Abdullah merupakan seorang mualaf sejak memasuki alam kolej. Dia telah berkahwin dengan pasangan hidupnya iaitu suami yang bernama Syahrul Azmi. Bukankah ia keajaiban dari Allah S.W.T bila kehidupan Mia dan Syahrul sebenarnya hidup dalam kemiskinan tetapi mereka hidup bersama hanya dengan senyuman yang ikhlas menunjukkan mereka jelas kelihatan gembira bersama. Kemiskinan mempunyai banyak maksud. Tidak semestinya kemiskinan bermaksud tidak mempunyai duit atau tidak mempunyai apa-apa. Hanya dengan gaji seribu ringgit malaysia pun sebenarnya boleh dikatakan miskin.

Ini kerana berlakunya faktor ekonomi yang semakin teruk. Seorang yang mempunyai rumah tidak semestinya kaya. Rezeki yang turun kepada kita tidak boleh diambil remeh kerana dengan hanya sekelip mata ia boleh diambil balik.

Bak kata peribahasa, ada bukit, ada paya. Hidup di dunia ini ada yang kaya malah ada yang miskin, ada yang hidup dengan senang, tetapi ada yang hidup lagi susah dari kita.

Janganlah kita memandang rendah dengan kebolehan seseorang sehingga dikemudian kita yang dapat merasai apa yang mereka pernah rasai.

Mia dan Syahrul sentiasa redha kepada ujian yang Allah berikan kepada mereka. Syahrul mempunyai Diploma dalam Software Engineering dan Mia pula tidak sempat menamatkan pelajaran diplomanya kerana waktu itu dia sedang sibuk membuat persiapan pernikahan antara dia dengan Syahrul. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berhenti kolej. Mia tahu biarpun selepas tamat diploma, Syahrul tidak benarkan isterinya  berkerja malah teringin Mia untuk menjadi suri rumah. Sejak dari kecil, Mia mengidam teringin menjadi seorang isteri yang baik dan solehah jika suatu hari nanti bila dia sudah berkahwin. Sebagai isteri mualaf bermuka cina, Mia tidak peduli dengan apa pun yang dilempar kepadanya dari kedua mentua, ipar mahupun dari keluarga sebelah ibu dan ayahnya. Tidak ada satu pun yang setuju kerana Mia adalah seorang wanita yang mempunyai wajah cina yang seiras betul dengan mendiang ibunya dan apatah lagi apabila dia berbangsa kristian. Keluarga ibu dan bapa Mia tidak menerima langsung dengan hakikat ini dan mereka berkeputusan untuk memutuskan talian darah mereka kepada Mia.

Tidak ada satu pun ingin mengaku bahawa Mia itu ahli keluarga mereka dan Mia tahu apa yang akan berlaku selepas mengucap dua kali Syahadda. Mempunyai keluarga yang sangat pentingkan status sebuah agama membuat orang seperti Mia semakin berkurang didunia ini. Mia semakin hari semakin terluka akibat tabiat keluarga ibu dan bapanya itu. Bagi Mia, mereka patut memahami keadaan Mia kerana mungkin semua ini adalah kehendak Tuhan yang Maha Esa. Siapakah mereka untuk menilai apa yang Mia ingin lakukan dalam kehidupannya? Tidak ada satu pun memberi muka kepada Mia kerana dia menukar agama.

Sejak Mia menjadi mualaf, tidak habis-habis telinga Mia dicuci dan dicaci oleh para makcik dan pakcik Mia. Bagi bapa Mia, dia hanya mampu memberi senyuman yang lembut kepada anak perempuan beliau dan kepada Syahrul. Tetapi selepas perkahwinan Mia dengan Syahrul, keluarga kerabat Mia pun sedar bahawa nasi sudah menjad bubur dan tetapi Mia tahu mereka tidak akan lagi menerima Mia dalam keluarga itu semula.

Ibu dan bapa Syahrul sebenarnya pun tidak ingin menerima Mia, tetapi mereka tahu bahawa pilihan Syahrul adalah yang terbaik. Bagi abang Syahrul pula, dia tidak ingin tinggal bersama satu keluarga jika Mia pun tinggal bersama mereka. Jadi kerana hal-hal sebegitu sampai ditelinga bapa Mia, beliau pun memberi rumah yang baru dibina untuk pasangan tersebut. Selepas itu, bapa Mia tidak lagi ingin mempunyai apa-apa hubungan dengan Mia.

Mia berkerja diperpustakaan negeri Sabah dalam beberapa tahun ini sejak mula bernikah dengan suaminya. Syahrul pula mempunyai sakit pada mata dan tidak boleh berkerja pejabat kerana takut ianya boleh membuat matanya buta.

"Mia! Mia!" bisik Barry kepadanya dari jauh.

Barry William, rakan baik Mia sejak sekolah rendah dan merupakan seorang lelaki yang sangat berjiwa lembut.

"Barry? Shh! Apa tu? Diamkan sikir suara kamu itu." balas Mia dengan membisik secara lembut. Mia sedang merekodkan senarai buku yang telah dikembalikan oleh para peminjam buku di sana.

"Ish, kau ini... Ada pengumuman yang tergempar!" balas Barry.

"Apalah konon? Bising betullah kamu ini..." ulas Mia pula.

"Mia! Dengarlah duluan."

Mia hanya memberi senyuman kambing kepada kawan baiknya itu sambil meletakkan kedua-dua tangannya di telinga.

"Ok! Diam ya! Jangan kau bising disana. Tengku Shah yang dari kerabat diRaja Negeri Selangor akan datang ke Sabah belajar di sini. Nanti dia akan datang sini untuk pinjam buku untuk pelajaran dia di UMS nanti!"

"Hmm... Apalah kena mengena dia dengan saya pula? Kamu ini Barry, macam tiada kerja selain dari bergossip sahaja tahu. Janganlah bergossip sahaja, berdosa cakap yang bukan-bukan tahu. Lagipun disana bukankah ada perpustakaan? Kenapa pula dia mahu datang ke sini?" kata Mia.

"Aik! Apa pula kau tiada kaitan? Apa pula yang bukan-bukan? Bos pilih kamulah untuk tolong si Tengku tu... Penolong peribadilah itu... Kalau pasal soalan kau yamg terakhir itu, saya tidak tahulah."

"Apa?!" Mia dengan tidak sengaja menguatkan suaranya tanpa menyedari bahawa semua orang dalam perpustakaan itu, sedang memerhatikannya. Amat terkejut Mia apabila mendengar berita tersebut.

"Mia! Diamlah sikit. Habis kita kena marah nanti tahu! Bising betullah kau ini Mia..." mereka berdua berdiam diri buat seketika tanpa melihat diri masing-masing.

"Barry, kenapa Boss mahu saya tolong Tengku Shah? Kan banyak lagi orang yang kerja di sini." Mia melihat mata Barry dengan teliti untuk kepastian kawan baiknya sedang cakap perkara yang betul kepadanya.

"Laa... Mia, kan kamu sahaja satu-satunya orang dibangunan ini yang tahu banyak tentang kepulauan Borneo ni. Lagipun kamu sahaja yang bukan main suka sangat dengan sejarah Jesselton. Bersyukurlah Mia, kami sini kebanyakannya hanya kerja makan gaji, bayar ini dan bayar itu. Tengok macam Khairul di sana, ibu dia sakit tenat di kampung dan mereka tidak cukup duit untuk pergi ke hospital untuk pembedahan." ucap Barry dengan panjang dan lebar sambil menujukkan jarinya ke arah rakan sejawat mereka, Khairul.

Mia sebenarnya tidak suka apabila mendapat kerja seperti ini. Ini bermaksud dia akan terpaksa bekerja lebih masa dan tidak dapat meluangkan masa dengan suaminya yang tercinta. Selain dari majikannya, tidak ada satupun antara rakan sejawatnya yang tahu bahawa Mia sudah lama berkahwin. Tidak ada satupun pernah bertanyakan Mia jika dia sudah berkahwin, tetapi mereka semua tahu bahawa Mia mempunyai seorang teman lelaki. Soalan “Mia, kamu ada teman lelaki?” yang selalu ditanyakan kepada Mia. Kerana tidak suka memberi jawapan yang lebar dan panjang, Mia pun hanya menjawab “ya” untuk soalan mereka itu. Sejak itu, semua orang fikir yang Mia mempunyai teman lelaki yang tidak wujud kerena mereka semua tidak pernah melihat wajah ‘teman lelaki’nya sebab Mia selalu memandu ke tempat kerja sendiri dan selepas selesai kerja selalunya dia satu orang pulang tanpa teman dari rakan, atau keluarga mahupun teman lelaki.

“Hmm… Yalah, harap-harap si Tengku  itu orang yang baik-baik ya.” Kata Mia yang kini sangat risau akan keadaan kerjanya nanti. Lebih-lebih lagi perasaan suaminya sendiri.

“Eh! Jangan cakap begitu. Bagusnya kau kan Mia… Kan bagus kalau bos bagi kerja kau kepada saya. Tapi tidak bolehlah. Nanti kalau saya cuba goda Tengku Shah yang kacak tu, mungkin habislah saya kena buang negeri.” Barry kata dengan tona yang sedih tapi dengan cara ayu.

“Ya kan! Habislah kau Barry! Kalau kau dibuang negeri, tiada terus kawan makan tengah hari saya nanti…” kata Mia sambil ketawakan Barry yang kini membuat muka merajuk.

“Ish! Cakap pasal makan tengah hari, mari kita pergi makan jom!” kata Barry, cuba menukar subjek yang dibincangkan.

Mia pula tidak kisah malah, suka lagi apabila Barry bercakap pasal makanan. Tersenyum Mia apabila mendengar perbualan kawan baiknya itu.

AnemiaCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang