ARIGATO GOZAIMASU + KAMSAHABNIDA

196 19 11
                                    

First of all, saya nak berterima kasih sangat-sangat kerana menerima saya sebagai ahli walaupun agak lambat untuk saya menyertai group ni.

Biarlah saya memperkenalkan diri agar kita dapat beramah mesra.

Nama: Nurul Aisyah Bashirah binti Erman Syah
Umur: 15 tahun (2016)
Tarikh lahir: 10 Jun 2001
Tempat tinggal: Johor (JDT)

Tujuan saya masuk DCM?
~ Saya memang minat melukis daripada kecil lagi. Tapi, habit saya, saya tak suka lukis benda yang saya tak reti. Kadang2 benda yang saya tak reti tu, bolehlah sikit saya lukis.. Jadi, untuk buat habit yang agak memilih ni, saya nak sertai semua challenge yang korang buat.

Sejak bila minat melukis?
~ Saya mula start melukis secara serius masa sekolah rendah. Ramai kawan-kawan puji lukisan saya. Tapi, saya tahu saya masih belum cukup bagus. Banyak lagi latihan yang perlu saya tempuh.

Lukisan pertama?
~ Shin chan & Doraemon! Sebab cartoon tu yang paling saya suka lukis.

Waktu melukis?
~ Tak tetap. Tengok bile free atau bosan. Tapi saya paling suka melukis dekat buku teks Sejarah saya. Eiippp, bukan vandalism tau! Itu namanya seni... Tapi, saya sehari mesti wajib lukis. Paling tak pun orang lidi pun cukup lah.

Lukisan yang paling best?
~ Anime!!!!!!!!!!!!! Watak yang paling banyak saya lukis, Aikawa Shokora daripada Magis Manis Coklat!!!!!!

Saya ni jenis macam mana?
~ Ramai orang cakap saya ni peramah sebab banyak cakap. Adik-adik angkat pun kata diorang suka saya sebab saya sporting. Saya ni jenis suka layan orang yang sebaya atau orang yang lebih muda macam kawan. Umur bukanlah penghalang untuk kita rapat. Tapi orang yang lebih tua saya hormat lah. Saya tak buat macam kawan.

Perangai yang nak ubah?
~ Saya ni gangster sikit.. Nak tau? Saya selalu buat WWE dengan ayah saya. Saya dukung ayah saya, pastu baling (takdelah baling, macam tolak sikit) dekat atas katil. Memang lawan gila2. Ayah saya pun memang suka gaduh dengan saya, saya pun apa lagi, ajak wrestling lah. Harap saya lebih girlish la... uweek, geli!

Oklah, kalau ada benda lain nak tau pasal saya, tanya je sebab banyak sangat saya nak tulis.. Akhir kata, saya nak bertrimas kepada mereka yang sanggup terima saya sebagai salah seorang daripada mereka.

Mereka ialah:

1. RahimCena
2. saptember
3. Alexna_Syufa
4. Starry-X
5. Sasuke_kun26
6. po_momo
7. Farisha_Haqiem
8. AifFai_Aien
9. @el-wazini98

Sungguh tak terbalas budi awak semua. Saya akan start lukisan saya dengan bersungguh-sungguh! Trimas percayakan saya!

Yang benar,
@BashirahFF





DRAWING CHALLENGE MINGGUAN (DCM) | 📝Where stories live. Discover now