PEMBUNUH SWEATER TAMPAN

9 2 2
                                        

''Ahhh..akhirnya semua sudah selesai ..kerja dah siap dan aku boleh balik ke rumah...hmm dah dua hari agak nya aku tak balik rumah ..ini semua gara gara En.Erik asal cuti bagi kerja banyak-banyak humpff..'' Rungut Ezraa sambil berjalan pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan pulang,Ezraa merasakan dirinya diikuti seseorang dari belakang.Dengan pantas dia menoleh ke belakang.Kelihatan seorang lelaki berbaju hitam penampilannya agak menakutkan Ezraa.
lantas Ezraa melajukan langkahnya dan berlalu pergi.

Sesampainya di Apartment yang dia diami Ezraa meluru masuk dalam lif dan menekan butang lif tingkat 13.Belum sempat lif tersebut tertutup seseorang telah menahan pintu lif itu.Ezraa terkejut dengan perbuatan orang tersebut.Dia seperti telah melihat orang berkenaan dan ya lelaki itu yang telah mengekorinya sebentar tadi.

Kemudian lelaki tersebut masuk dan menekan butang tingkat 14.

''Dia tinggal kat sini ke...tak pernah pun nampak''...Bisik Ezraa dalam hatinya.Dengan perlahan Ezraa melangkah sedikit ke belakang lelaki tersebut dan mengeluarkan telefonnya.
Ketika menunggu lif berkenaan sampai Ezraa berasa tidak sedap hati berada dalam lif bersama lelaki yang membuatnya takut itu.

''Awak tinggal sini ye..'' Tiba-tiba lelaki tersebut mengajukan soalan kepada Ezraa.

Ezraa sedikit terkejut apabila lelaki berkenaan bertanya kepadanya. suasana menjadi hening seketika.
''A..a..wak tanya saya ke?''..kedengaran suara Ezraa gagap ketika menanya kembali lelaki berkenaan

''Haha ya..Tadi ditepi jalan saya nampak awak .Laju awak jalan Saya ingat nak tanya awak Jalan nak ke apartment ni.Saya terfikir nak ikut awak Tak sangka awak tinggal kat apartment ni juga.'' Balas lelaki tersebut sambil menyelak hoodie sweater nya yang menutupi separuh mukanya membuatkan mukannya tidak jelas kelihatan dan memandang tepat ke arah Ezraa.

Ezraa terkedu melihat ketampanan raut wajah lelaki berkenaan. "Oh ya Tadi saya nak cepat takut gelap sangat lagipun dah nak malam kan..'' Ezraa berpura pura, menyembunyikan hal sebenar.Selepas bebrapa minit kemudian pintu lif terbuka menandakan sampainya ditingkat 13.

Bergegas Ezraa keluar dari lif berkenaan.
''Gembira berjumpa awak''
Ujar lelaki itu yang berada didalam lif sambil tersenyum.Ezraa tersipu malu dan membalas dengan senyuman.Lalu pintu lif tertutup.

"Err lelaki setampan tu aku boleh bersangka buruk..uhmpp menyesalnya aku tak berbual panjang dengan dia tadi.."
Hampa ezraa.Pantang sekali Ezraa melihat lelaki tampan..

Ezraa membuka kunci pintu rumahnya lalu masuk kedalam..

"ugg rindunya tilam aku ni"..
Ezraa merebahkan badanya diatas tilamnya yang empuk itu.Lalu terlihat jam didinding biliknya menunjukkan jam 5:30 ptg. "Awal lagi rupanya,bagus.. aku boleh tidur awal hari ni...hergggg sakitnya belakang.." Ezra mengeluh sakit.

Beberapa jam kemudian ..Ezraa tersadar dari tidurnya kerana bunyi dari telefon bimbitnya.Dua missed call dari rakanya Roza..

" helo..ada apa ni..?"

"Ezraa!..kau tak apa apa ke!?..."

"Kau ni dah kenapa terjerit jerit..cuba cakap slow slow sikit.."

"HUff nasib laa..ingat kan kau dah kena apa apa dengan pembunuh tadi..orang call tak angkat risau aku.."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DARAH HORRORStories to obsess over. Discover now