Sebuah Harapan

34 1 0
                                    

Kabus tebal menyeliputi alam buana pagi itu. Kedengaran cicipan burung sambil terlihat terbang bebas mencari rezeki di pagi hari. Suasana ketika itu amat tenang dan damai. Kelihatan tupai berkejaran sesama sendiri menandakan kedamaian yang ada.

Tangannya pantas mencapai telefon bimbit, 9:30 AM terpampang jelas di skrin. Dia beristighfar panjang. Dia terlelap selepas subuh tadi. Itu bukan tabiatnya hari-hari, tapi entah bagaimana selepas selesai solat subuh tadi dia merasa mengantuk yang teramat, direbahkan sebentar tubuhnya di tikar sejadah untuk terlelap sebentar, namun terlajak sehingga matahari meninggi.

Lantas dia bingkas bangun dari pembaringan, segera tanggal kopiah dan di buka baju untuk mandi. Hari ini dia ada misi besar, misi yang turut melibatkan masa hadapanya.

Selesai mandi, dia menyarung kemas tshirt yang baru sahaja dia ambil dari dalam almari di biliknya. Dalam otaknya ligat memikirkan jadual aktivitinya pada hari ini.

Ligat dia berfikir. Perlakuannya ini perlu untuk dia tidak terlupa dan tersilap langkah kelak. Baginya otak selepas bangun tidur adalah otak yang paling segar dan mampu untuk mengingati banyak perkara.

Selesai segala urusan dirumah, dia mencapai kunci motornya yang di letakkan diluar rumah. Dengan lafaz bismillah dia menghidupkan enjin motornya dan bergerak pergi. Destinasi pertamanya adalah bersarapan di warung Wak Am. Warung ni memang menjadi tumpuan orang kampungnya.

Warung Wak Am ini terkenal dengan nasi lemaknya yang cukup memikat selera. Tidak hairanlah. Wak Am dahulunya merupakan seorang Chef yang hebat di tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Setelah beberapa minit menunggang motornya, dia sampai di gerai Wak Am. Setelah turun dan memastikan motornya dalam keadaan elok, dia berjalan menuju ke satu meja kosong yang terdapat di hujung kedai. Sengaja dia memilih tempat di hujung kedai. Dia mencapai surat khabar yang ada diletakkan di kaunter ketika menuju ke mejanya. Setelah beberapa minit duduk, Wak Rokiah, isteri Wak Am datang mengambil pesanan makanan dan minumannya.

Dia membelek surat khabar yang diambilnya tadi. Dia membaca satu persatu tajuk yang ada di dalam akhbar tersebut. Begitulah cara yang sesuai membaca akhbar mengikut pandanganya. Hal ini memudahkan lagi dia menghadam serta memahami setiap berita yang ada di dalam akbar tersebut. Perkara ini dapat membantunya untuk lebih cakna dan peka terhadap isu semasa.

Setelah menunggu untuk beberapa ketika, pesananya tadi sedia dihidang. Dia mengunyah makanan yang dipesan dengan sopan dan perlahan. Bagi dia, makan tidak boleh gelojoh, nanti tercekik.

Matanya meliar memerhati setiap pengunjung, sengaja dia berbuat begitu sambil makan.

Suapan terakhir disempurnakan, selesai membayar makanannya, dia bergegas menuju ke arah motorsikalnya. Dia terhenti sebentar, baru dia perasan kunci motornya, tertinggal atas meja. Dia bergegas berpatah balik, tiba di meja tersebut, kelihatan seekor kucing sedang baring dibawah meja. Dia membelai perlahan kucing tersebut.

Tiba-tiba,kucing yang tadi sedang baring mengangkat kepala. Dia terpegun apabila melihat mata kucing tersebut. Seolah-olah ada satu tarikan pada mata tersebut. Setelah beberapa minit terpegun, dia dikejutkan dengan tamparan lembut dari Wak Am.

Selepas dia tersedar dan menjawab jawapan Wak Am yang bertanya, dia bergegas ke motorsikalnya.

Setelah beberapa minit menunggang, dia masih tidak boleh melupakan renungan kucing tadi yang lain dari yang lain. Dia sendiri tidak tahu rasa apakah itu. Seolah-olah dia ditarik-tarik untuk terus merenung kucing tersebut.

Destinasinya yang seterusnya telah pun ada di depan mata. Dia menongkat motorsikalnya dan bergegas masuk kedalam tempat tersebut. Ramai juga hari ini. Setelah beberapa jam memilih,akhirnya dia membeli pilihanya. Dia pasti orang tersebut akan suka dan tergamam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERJALANANWhere stories live. Discover now