Baju melayu yang sudah terletak elok di badan Kashaf dibuka dan dikibas. 5 minit sudah berlalu tetap Ain masih tidak kelihatan. Telefon dicapai dan mendail nombor Ain.
"Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi" telefon dihempas ke katil. "Ain mana awak?" kata Kashaf di dalam hati. Tiba tiba, Puan Yana atau lebih dikenali sebagai mummy kepada Kashaf masuk.
"Kashaf, kalau Ain masih tak datang, mummy akan pilih sesiapa saja kat luar sana menggantikan tempat Ain. I give you 5 minutes. Others are waiting down there.." Puan Yana memberi kata putus.
"Yes mummy.." Kashaf mengeluh. Kashaf terus cuba menelefon Ain tetapi panggilan langsung dimatikan. Kashaf bingung. Peluh mula membasahi badan. Dilihatnya jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12:30. Ya, masa 5 minit tadi telah habis. Dengan langkah longlai, Kashaf memakai bajunya semula.
Mummy Kashaf masuk bersama seorang gadis yang ayu bertudung. "Kashaf, dia akan gantikan tempat Ain." "Apa ni mummy? Takde orang lain ke nak dipilih jadi bakal menantu mummy?"
"Jangan melawan Kashaf Zahrif! Walau apa pun dia yang akan jadi bakal isteri kamu. Muktamad! Hana, pergi ambik baju biru sana tu. Pastu pergi tukar dekat bilik sebelah. Kashaf, jom pergi bawah." sudah. Itulah yang dikatakan oleh Puan Yana.
**********
"Aku nikahkan dikau dengan Hana Sofeya binti Ahmad dengan mas kahwin 5,000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Hana Sofeya binti Ahmad dengan mas kahwin 5,000 ringgit tunai."
Selepas 3 orang menyebut perkataan 'sah' maka kini Hana Sofeya telah menjadi isteri kepada manusia yang bernama Kashaf Zahrif.
**********
"Aunty.. Hana.." belum sempat Hana menghabiskan ayatnya, Puan Yana pantas memotong. "Sekarang ni, kamu menantu aunty. So, panggil mummy sepertimana Kashaf panggil," kata Puan Yana dengan lembut.
"Okay, mummy..Hana nak tanya. Lepas kahwin nanti mummy nak kitaorg tinggal kat sini or nak kami beli rumah sendiri?" tanya Hana sopan. "Rumah sendiri lah. Tak malu ke duduk rumah orang tua?" sindir Kashaf kasar.
"Kashaf Aiman! She is your wife. So please respect her!" Puan Yana menengking Kashaf. "Huh, fine!" Kashaf duduk. Dia benci kerana terpaksa kahwin dengan Hana. Sepatutnya dia kahwin dengan Ain. Bukan dengan perempuan yang berlagak alim ni! Benci!
"Mummy dah belikan rumah untuk kamu berdua. So, barang kamu semua dah ada dalam kereta Kashaf. Pergilah balik. Mummy tahu kamu berdua penat layan tetamu tadi." oh, sungguh prihatin Puan Yana.
"Baiklah Mummy.." mereka bersalaman dengan Puan Yana. Lalu balik ke rumah mereka.
**********
"Kenapa kau senyap?" Kashaf memulakan bicara. "Dah takde benda nak cakap, aku senyap je lah. Salah ke aku senyap? Dosa?" Ha itu dia. Apabila Hana berbicara. 'Ish perempuan ni. Depan mummy ke main sopan dia. Ni cakap dengan aku kasar pulak?' Kashaf merungut di dalam hati.
Senyap sunyi lah kereta itu. Hanya bunyi radio yang menemani. Kashaf menoleh ke arah Hana dengan ekor matanya. 'Cantik jugak dia ni. Tapi budi dia.. Huh!' Kashaf berkata di dalam hati.
"Apa pandang pandang? Taulah aku ni cantik. Takyah lah nak tengok banyak kali..." Hana yang menyedari Kashaf dari tadi asyik memandang nya seperti memandang hantu terus melepaskan peluru(?).
"Heh! Kau jangan nak perasan sangat eh! Ingat kau cantik sangat? Kau tu...." kata Kashaf dipintas. "Memang aku cantik. Kenapa? Jealous? Nak jadi perempuan ke?" Hana menyindir.
"Ha what? Buat apa aku nak jadi perempuan kalau aku sendiri dah handsome macam ni? And one more thing, jangan ingat kau cantik sangat. Mummy lebih cantik lah!" Kashaf menipu.
"Habis tu kenapa dari tadi kau asyik pandang pandang aku? Huh, ingat aku tak tau ke?" Hana mengulang balik soalan tadi. "Err..." Kashaf kehabisan idea. "Ada jerawat kat dahi kau tu. Besar gila! Hahaha!" Kashaf memberi alasan. Sambil itu membuat sesuatu untuk dirinya ketawa..
"Hah mana?" Hana memegang dahinya. Tiada apa apa pun yang timbul. "Hish kurang as..." Hana hendak menyebut kurang asam tetapi Kashaf terus memintas. "Kurang asam? Asam mana? Kedondong? Hahaha!" Kashaf mengejek lagi. "Hurgh!" Hana menoleh ke arah tingkap.
"Merajuk ke?" Senyap. Tiada jawapan. "Malas lah nak layan kau." masih senyap. Kashaf menoleh ke arah Hana. "Tak payah nak buat muka buruk kau tu. Tak cantik. Macam beruk." Kashaf menahan ketawa. Tapi masih tiada jawapan. Selalunya Hana akan melawan balik.
'Sukahati engkau lah. Baik aku fokus memandu' kata Kashaf dalam hati.
**********
"eh kau. Bangun lah.. Dah sampai." Kashaf menggoncang badan Hana. Hana bangun dan mengambil beg di dalam bonet dan terus masuk ke dalam rumah. Tapi bagi salam dulu lah. Assalamualaikum. Sapa tak jawab dosa. Hehe.. Kashaf hanya memerhati langkah Hana..
**********
"Hish! Apasal aku tak dapat tidur ni.." rungut Hana. Sekarang dia dalam sebuah bilik yang besar lagi mewah. Yang paling menggerunkan hanya dia seorang yang tidur di dalam bilik itu. Baiknya pula, semua barang di dalam itu lengkap. Katil pula bersaiz king. Bilik mandi ada air panas dan air sejuk. Tandas nya pula tandas moden.
"Pergi dapur je lah.." Hana memberi kata putus lalu lantas bangun untuk pergi ke dapur. Ketika hendak menaiki lif, (almaklumlah rumah org kaya) Hana melihat bilik 'Husband Tepung' nya tiada di dalam bilik. Dia melihat ke ruang tamu dan mendapati Kashaf sedang melompat lompat mengelilingi sofa sambil menyanyikan lagu 'Lompat Si Katak Lompat' daripada Didi and Friends yang disiarkan di kaca televisyen.
Hana mendapat akal. Dia masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefon. Kemudian dia rakam aksi Kashaf sedang terkinja kinja. Lalu mengahantar. Dia menyimpan telefon ke dalam kocek nya lalu turun ke dapur dengan wajah selamba. (atau lebih kepada menahan ketawa).
Kashaf yang sedar telefon nya berbunyi 'clacitok' terus membuka video yang dihantar oleh Hana. Hana sudah mengekek ketawa seperti pontianak di dapur. Akibat terlalu geram, Kashaf menjerit.."Hana Sofeya!!!"
Kashaf pergi ke dapur lalu menarik tangan Hana. Dia bergusti dengn Hana. Tetapi selalu terjatuh. Akibat terlalu penat, mereka pun tertidur di sofa.
**********
So, macam mana? Saya ni baru nak masuk ke dalam dunia novel. So harap ramai yang sokong. Tolong tegur kalau ada perkataan yang salah digunakan. Almaklum, saya Sarawakians. Abaikan typo. Vote and comment. Tq..
Bluely_2703
*,*
YOU ARE READING
Kahwin Paksa
Fanfiction"Mummy bagi 5 minit lagi, kalau dia tak datang, mummy akan pilih saje sesiapa kat luar tu gantikan tempat Ain," Puan Yana memberi hukuman. "Mummy! Apa ni? Takde org lain ke mummy nak pilih jadi bakal menantu mummy?" "Jangan melawan Kashaf Zahrif!" K...
