Ya!.
Aq banyak cita-cita.
Beratus!. Cehh.
Biasalah orang kuat berangan.
Bak kata Madam Noreha :
" I like to imagine. Bcs they are free " 😊
.
Yes. I too.
.
Tapi dalam banyak cita-cita aku.
Tak banyak yg aku dah capai.
Kadang2 aku plan lain.
Lain pulak jadinya.
Tapi aku Yakin satu perkara.
" Allah is the best planner ".
.
So takkan aku nak berdolak dalih lagi dengan perancangan Allah right?.
.
Jadi aku terimalah semuanya dgn hati terbuka.
.
Tapi ada satu masa tu.
Tak boleh terima langsung!.
Serius bertahun jugaklah nak sembuh balik.
Serius tak tipu!.
.
Berlawan dengan diri sendiri.
Pukul, tampar, sepak semua ada. ( 😁 ceh tu tipu je).
.
Berlawan dengan diri sendiri tu maksudnya aku pujuk diri aku.
Pujuk untuk terima hakikat bahawa apa yang aku rancang takkan semuanya jadi.
.
Contohnya. Masa nak pindah sekolah dulu.
Allah.
Walaupun dah dekat 4 tahun tinggalkan sekolah maahad tu.
Ya dah buat istikharah.
Dan jawapannya memang aku kena pindah.
Mana tak nangis aku dibuatnya.
Hati dah sayang sangat sekolah tu. Rasa cam nak peluk2 nak masuk dalam poket baju. Ceh!. Dah sayang kawan-kawan. Skuad dan cikgu-cikgu kat situ.
.
Tapi Allah tu betul2 penyayang. Dia tahu aku tak nak pindah. Dia tahu aku sayang Maahad jadi masa sampai sekolah baru,
aku dapat kawan-kawan yg baik. Ramai tau.
.
Ade sekali tu. Aku tak kenal pon budak perempuan ni, tiba2 tarik tangan aku bawak g pusing satu sekolah.
" weh kita ade teddy bear baru. Twddy bear baru" .
Hahahaha adumak. Belum buat sesi suai kenal lagi dgn sekolah baru dia dah promote aq. Hailaa kawan. Rindu kau ⚘.
.
Cuma walau apa pun yang aku buat. Aq still rindu sekolah lama. Rindu bia'h dia. Rindu taklim dia. Rindu pakaian dia.
Rindu semua yang ada kat maahad.
.
Setiap kali dtg jenguk maahad mesti nangis. Cengeng kan 😂.
.
Sampai cikgu maahad siap offer.
" Farah kalau awak nak balik sini cakap je. Nnt saya uruskan perpindahan awak.".
.
Hahaha! sapa je yg tanak!. Tapi aku fikir kalau aku tak turutkan permintaan mak abah masa tu. Mana tahu itu permintaan terakhir depa. Right?.
.
Jadi aku habiskanlah pengajian di sekolah baru tu sampai akhir form 5.
.
Alhamdulillah.
.
Dan bila dah habis ni. Dah masuk kolej. Barulah aku nampak hikmahnya.
.
Nampak tak lama. Dah masuk kolej ni dah nak habis asasi. Baru aku nampak hikmah kenapa aku pindah. Nampak sangat sepanjang aku kat sekolah baru. Aku tutup hati ni. Tanak tengok hikmah.Allah.
Ampunkanlah hambamu ini.
.
Jadi itulah serba sedikit cerita tentang aku.
.
So konklusinya.
Kita ni merancang. Kita perlu merancang tapi ingat!. Allah itu sebaik2 perancang.
Kalau katakan Allah tak makbulkan permintaan kita sekarang. Yakin dan percayalah Allah sebenarnya nak bagi kita ganjaran kat akhirat nanti. Mana tahu kalau doa2 kita yang masih belum diperkenankan hari ni akan digantikan dengan Allah mudahkan kita lintas titian "sirot" . Betul tak?.
Manatahu. Amal kita ni tak banyak mana.
Banyak lagi dosa dari pahala. Tapi disebabkan adanya doa2 kita yang masih belum makbul tu. Maka Allah gantikan doa tu menjadi pahala sebagai ganjaran kita sentiasa Ingat Dia.siapa tahu kan?.
.
Sekian Wallahu a'lam.
