Lelaki Langka

108 3 0
                                        

Tidak ada apa apa lagi yang tinggal. Tidak. Aku cuba menidakkan. Sebenarnya terlalu banyak yang dia tinggalkan. Antaranya termasuklah sisa-sisa rambut gugurnya yang kerap kali aku sapu. Hari ini sudah ke tong sampah esoknya ada lagi , di kaki kerusi meja solek , di kaki katil , mahupun di kaki almari. Mungkin dibawa oleh tiupan angin, tapi tak apa aku boleh sapu lagi.Pernah juga beberapa kali aku nasihatkan untuk bertukar syampu , kalau haruman rambutnya bukan tembikai susu atau limau purut kasih ku padanya tetap tidak berkurang. Katanya tak apa kalau rambutnya gugur sedikit lagipun rambutnya tebal. Katanya lagi itu adalah faktor hormon dan bukan salah syampu. Kerana degilnya dia, sampaikan ke kamar mandi , rambut rambutnya masih ada tertinggal. Bersama sisa minyak dari conditioner syampu, aku sudah tidak geli aku gagahkan diri untuk bersihkan. Buang segala tinggalannya. Awal pagi aku pergi ke kerja begitu juga. Di dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu , juga ada sehelai dua rambutnya. Aku pandu kereta , setiba di lampu isyarat aku cuba buangkan helaian rambutnya , tidak. Aku tungggu sehingga trafik lancar , aku bukakan tingkap kereta , melepaskan helaian rambutnya dari jemari ku. Biar ia pergi bersama angin pagi. Biar pergi walau tidak akan mampu membunuh segala kerinduan ini. Dia tinggalkan terlalu banyak tanda mata kenangan untuk ku , tapi dia pergi membawa hanya sebuah bagasi biru warna kegemarannya. Bagasi yang terisi dengan segala sumber kekuatanku. Aku tidak berani minta dia pulangkan kekuatan itu.Dia layak memilikinya setelah selama ini dia cukup kuat , katanya cukup kuat kerana aku.Satu satu lelaki yang ada dalam hidupnya.Dia terlalu kuat menahan hati.

"Abang nak makan apa tengahari nanti? Sue boleh masakkan"
Sambil dia menyapu nyapu bahuku membersihkan kesan debu. Tiap pagi Sue akan simputkan tali leher untuk ku.

"Tak perlu, hari ni abang ada appoiment dengan klien" jawab ku tipu.

"Makan malam?"

"Masaklah apa saja Sue , semua dari air tangan Sue kegemaran abang".

Sue mencium tanganku .Aku kucup dahinya.

Semua itu sudah tak ada. Sue sudah tinggalkan aku. Kerana waktu makan tengahari ku bukan bersama klien , tetapi bersama skandal . Dan kadang-kadang begitu juga lewat malam. Sedang aku menikmati makan lewat malam yang enak di bilik hotel mewah , Sue di rumah pula makan hati. Makan ku di hotel tak kenyang perut pun, kenyang lain.

Aku sayangkan Sue , aku sangat cintakan dia. Tapi aku sendiri tak tahu kemana hilangnya kesanggupan aku untuk menahan diri seperti yang dulu,Tapi aku tetap berusaha untuk menjaga dia. Janji tetap janji , kerana janji cinta yang tinggal tetap ku semikan dengan tanggungjawab. Aku tak bermain cinta di belakang Sue. Kalaulah Sue ada lagi , ingin aku beritahu mereka semua hanyalah keseronokan ku, pasti akan tumpah air mata jantanku teringatkan pertanyaan Sue

"Abang dah tak bahagia dengan Sue?"

Aku hanya berdiam tak mungkin aku akan berkasar dengah Sue , meninggikan suara pada satu tingkat oktaf sekalipun

" Nasuha" aku sebut nama penuhnya

"Abang tak gembira dengan perkahwinan kita?"
"Abang dah tak sayangkan Sue?"
"Abang dah tak cintakan Sue?"

"Nasuha", aku panggil namanya lagi.

Aku sayangkan Sue , aku juga cintakan Sue.Mungkin , tapi ada sesuatu pada aku yang tak berorientasikan pada paksinya.

"Mungkin sebab , Sue tak reti nak bercantik. Abang ada perempuan lain?"

Sue sempurna. Sangat sempurna.Janji aku pada Sue tetap aku pegang.

"Sue pernah minta abang janji , jangan izinkan perempuan ajnabi lain naik kereta kita, abang pegang janji tu Sue."

Sebab tu aku yakin helaian rambut yang tertinggal di kerusi kereta sememangnya milik Sue, Bukan milik mana mana perempuan lain.

Lelaki LangkaWhere stories live. Discover now