Bab 2 : Langkah Besar Dalam Hidup

119 0 0
                                    

Terima kasih AirAsia.


Bukan kerana pakej penerbangan yang murah,


Bukan kerana Nasi Lemak Pak Nasir,


Bukan kerana pramugari yang berdahi licin,


Tapi kerana dapat mengeratkan kembali persahabatan lama yang kian rapuh,

.

Kerana memberi peluang kepada manusia untuk melakukan sesuatu yang baru,


Kerana memberi ruang pada untuk cabang ilmu dan budaya,


"Aku tak pernah mendaki gunung, aku berminat nak turut serta bukan sebab tempatnya, tapi sebab kawan kawan..." Jelas Farid dalam group whatsapp.


Farid adalah seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Johor. Seumur hidupnya banyak berkecimpung dalam sukan bola sepak dan juga makanan tempatan dan juga menghabiskan masanya di Twitter, terima kasih juga pada Internet. Pengembaraan kali ini adalah untuk yang kali pertama, dan pendakian gunung berketinggian 3776 meter kali ini adalah juga untuk kali yang pertama, yang bakal melakar sejarah baru dalam perjalanan hidup seorang pegawai kerajaan, meninggalkan kerusi dan meja pejabat, mencipta pengembaraan sendiri.


"Berdebar aku ini, aku kalau sejuk kena ada orang peluk" Celah Shahrul, yang terkenal dengan jenaka hambarnya. Shahrul pernah turut serta dalam pendakian Gunung Nuang melalui jalur Janda Baik sekitar tahun 2014. Namun cabaran untuk puncak tertinggi di Kepulauan Honshu ini berlainan kerana iklim yang berbeza, bukan suci dalam debu, bukan gerhana cinta luka, bukan aku tak cinta. Semakin tinggi altitude, semakin besar cabaran untuk seorang pendaki, baik dari segi kelengkapan dan teknik. Bukan semua teknik dapat di pelajari di sekolah teknik.


"Aku dah pasti kan kelengkapan kita yang paling penting ada dengan kita sebelum hari kita pergi. Siapa nak pocket wifi?" gelak Alif bersahaja. Kali ini, ke tanah anarki bersama makwe. Jelas Alif, walaupun ini adalah cabaran gunung  yang pertama melebihi 3000 meter dari paras laut, dia kekal yakin dengan segala kemungkinan yang mendatang. Memang benar yang ilmu dan pengalaman dapat memberi keyakinan, tapi kita terlupa tentang kuasa cinta. Cinta dapat memberi kehidupan.


"Sepanjang pendakian aku, kunci nya adalah makanan berkhasiat. Aku baru borong Kismis Minda. Akal yang jelas, datang dari hati yang bersih" Sampuk Syafeeq mengalihkan perhatian. Pulang dari Iraq, transit selama beberapa jam di Dubai, terus ke Kuala Lumpur beberapa hari sebelum terus terbang ke Haneda. Masih celaru dengan waktu tidur dan waktu berjaga. Masih bimbang dengan kebarangkalian cuaca yang tidak menentu di kepulauan Honshu. Kelmarin, ribut taufan "Lionrock" melanda beberapa daerah sekitar Tokyo. Kami gusar.


"Sebelum itu, boleh aku minta nama penuh semua?" Ujar Ahmad, sebagai ketua ekspedisi yang bertanggungjawab menyediakan senarai nama peserta untuk kegunaan keselamatan.


"Mohammad Najib bin Abdul Razak" dengan pantas Shahrul menjawab pertanyaan Ahmad.


***


'Farid removed Shahrul'

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now