BAB 2

1.3K 22 3
                                    



Heyqal sedang duduk di sebuah meja makan di sebuah café. Matanya tertumpu kearah skrin telefon bimbitnya. Air tembikai laici yang sudah tinggal separuh berada di atas meja di hadapannya. Seorang lelaki datang menghampiri Heyqal.

"Yo, what's up? Beria sangat nak jumpa dekat café ni. Cakap dekat office tak boleh ke?"

Sergah Adam. Sebaik sahaja sampai. Lelahnya masih kedengaran. Datang seorang pelayan lelaki memberikan Adam buku menu. Dia membelek buku menu tersebut.

"Hot chocolate please."

Adam memandang pelayan itu sambil tersenyum. Pelayan itu mengambil semula buku menu dari tangan Adam. Adam memandang Heyqal yang masih lagi asyik dengan dunianya. Dia geram lalu menepuk bahu Heyqal.

"Woi. Aku tanya kau ni. Tadi sibuk sangat nak jumpa aku. Ni aku dah sampai, dia pulak buat bodoh. Panas betullah aku dengan kau ni.

Heyqal memandang Adam dengan muka marah, telinganya kelihatan mula kemerahan macam udang kena bakar. Heyqal meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Badannya disandarkan.

"Gila. Ini semua kerja gila."

"Pulak dah kau ni. Apa yang gila? Kerja apa yang gila?"

Soal Adam tidak mengerti.

"Aku tengah serabut ni. Kusut kepala otak aku."

Tangan kanan Heyqal mengosok-gosok tengkoknya. Pelayan datang meletakkan minuman yang dipesan oleh Adam di hadapannya. Adam menganggukkan kepalanya kepada pelayan itu sebelum dia berlalu dari situ.

"Kau apa hal Qal? Tak pasal-pasal segala ribut puting beliung segala bagai aku tengok muncul dekat muka kau yang hensem tu hah. Kenapa?

Adam cuba untuk menenangkan Heyqal.

"Ni semua bapak aku punya pasal."

"Bapak engkau? Kenapa dengan bapak kau?"

Adam masih tidak dapat meneka. Dia menghirup hot chocolatenya.

"Dia suruh aku kahwin."

"Hah?"

Nak tersembur air yang baru masuk ke dalam mulut Adam. Terkejut dengan apa yang disampaikan oleh rakan kongsi perniagaannya itu merangkap sahabat baik sejak mereka belajar di Melbone lagi.

"Kenapa dia suruh kau kahwin?"

"Manalah aku tahu. Dia just cakap, kalau aku nak semua harta dia, aku kena kahwin dulu."

Adam diam. Berfikir sejenak. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan daddy Heyqal secara rasmi, dia tidak pernah pula terfikir yang daddy Heyqal akan menyatakan syarat sedemikian untuk Heyqal mendapatkan harta milik keluarganya. Setahunya, Tan Sri Herman Wong adalah seorang yang sangat cool dan sangat open minded.

"Kalau dia suruh kau kahwin, apa susah. Kau kahwin je lah. Lepas kau dapat semua harta dia, ikut suka kau lah nak buat apa. Habis cerita."

"Huh. Senang je kau cakapkan. Kahwin tu satu hal, tapi bukan setakat kahwin je. Aku kena ada perwaris dulu, baru sah semua harta dia jadi hak milik kekal aku."

Adam tersandar. Parah kes sahabatnya kali ini. Bukan dia tak kenal dengan si Heyqal ni. Bukan kata nak ada girlfriend, sejak dari dulu, seorang perempuan pun dia tak pernah pandang. Nak bercakap dengan golongan tu pun dia payah. Inikan pula nak kahwin, duduk satu rumah lepas itu kena ada anak. Mana nak datang anak kalau tak ada bini. Mana nak datang bini kalau tuan punya badan takut nak cari bini. Ishh. Parah parah. Betul lah. Ini semua gila.

KIRIMKAN AKU KE SYURGAWhere stories live. Discover now