Deru angin yang kuat pada malam itu menyebabkan langsir dalam bilik Haikal berterbangan. Habis kertas-kertas yang terdapat di atas meja dalam bilik tersebut terbang di tiup angin. Serta merta anak kecil berusia 5 tahun itu bangun apabila salah satu kertas tersebut melayang tepat ke mukanya. Tidurnya yang lena terganggu dek bunyi angin yang bertiup kencang. Tanda hujan lebat bakal turun sebentar lagi. Haikal segera menarik selimutnya kerana takut mendengar bunyi guruh yang kuat. Air matanya jatuh berguguran. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi namun papanya masih belum pulang lagi. Begitulah rutin harian yang terpaksa di lalui oleh anak kecil berusia 5 tahun itu setiap hari. Keseorangan di dalam rumah banglo mewah 2 tingkat itu tanpa di temani oleh sesiapa. Ibunya sudah lama pergi meninggalkannya ketika Haikal berusia 3 tahun. Izzat Hakimi papanya pula masih belum pulang ke rumah. Sibuk dengan urusan kerja barangkali. Mak Jah orang gaji dalam rumah tersebut pula masih lagi bercuti di sebabkan ada urusan penting. "Papaaa, Haikal takut. Cepatlah balik" rengek anak kecil berusia 5 tahun itu sendirian. Dia benar-benar memerlukan papanya tika ini. Perasaan takut mula menyelubungi diri Haikal.
Zappppp. Tiba-tiba kedengaran seperti ada satu kelibat yang melintas di sebalik langsir dalam bilik tersebut. Haikal melihat seperti ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak di sebalik langsir. Kelihatan seperti susuk tubuh badan manusia yang gempal. Lembaga yang tidak di ketahui itu sepertinya sedang merenung tajam ke arah anak kecil yang sedang bersembunyi di sebalik selimut itu. "Haikallllllll". Seru lembaga tersebut. Bulu roma Haikal meremang. Terasa seperti ingin meletup jantungnya saat namanya di seru oleh lembaga tersebut. "Jangan takut sayanggg". Ke mariii kauuu". Seru lembaga itu lagi.
"Sudah. Papa taknak dengar lagi Haikal merepek yang bukan-bukan. Papa bukan sengaja nak balik lewat malam, tapi kerja papa dekat pejabat banyak lagi tak siap" Izzat memarahi anaknya. Sudahlah kerjanya di pejabat banyak yang tak siap. Pagi ini Haikal pula merepek yang bukan-bukan. Hatinya yang sedang serabut bertambah kusut mendengar rengekan anaknya yang di anggap tidak masuk akal tersebut. Haikal tunduk membisu. Hatinya merintih sendirian. Setelah siap bersarapan Izzat terus menghantar anaknya ke sekolah. Banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan olehnya.
Izzat termenung sendirian di dalam pejabatnya. Semua kerja-kerjanya telah di selesaikan. Bolehlah duduk relaks sekejap tenangkan otak. Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa putera tunggalnya di marahi teruk olehnya. Semuanya gara-gara Haikal yang menceritakan kepadanya benda yang tidak masuk akal. "Papa ada badut datang bilik Haikal. Tiap-tiap malam dia mesti datang jenguk Haikal. Bawak makanan. Bawak minuman. Main dengan Haikal." Reaksi muka Haikal agak gembira ketika menceritakan semuanya kepada Izzat. Seolah-olah 'badut' tersebutlah punca kepada kegembirannya. Bagi Izzat kata-kata anak kecil seperti Haikal hanyalah kata-kata kosong belaka. "Arghh biasalah budak-budak". Begitulah yang di fikirkan oleh Izzat. Dia malas memikirkan hal remeh temeh seperti itu.
"Wei kau kenapa ni Izzat. Aku tengok macam ada masalah besar je. Ni mesti pasal Haikal kan? Kenapa bro? Tell me please. Apa guna ada kawan baik macam aku ni taknak share masalah". Ashraf teman baiknya cuba mencungkil masalahnya. Izzat hanya merenung Ashraf tanpa berkata apa-apa. Kotnya yang di sangkut di kerusi di ambil. Tidak lupa juga handsetnya yang terletak di atas meja. "Jom kita lunch sama-sama. Nanti aku cerita". Izzat mengajak.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Namun Haikal masih lagi setia menanti 'teman baiknya' datang. Begitulah yang selalu di lakukan oleh anak kecil itu setiap malam. Kebiasaannya tepat jam 1.00 pagi barulah teman baiknya datang. Kelihatan langsir bergerak-gerak seperti di sentuh orang. Haikal seperti memahami situasi tersebut lantas bangun menuju ke tingkap biliknya. Kelihatan susuk tubuh seorang badut tersenyum di sebalik langsir tersebut. Giginya yang tajam menyeringai tersenyum sambil merenung Haikal. Hidungnya yang merah macam warna darah kelihatan bersinar apabila terkena cahaya lampu dalam bilik itu. Kelihatan juga darah yang sudah kekeringan melekat di badan badut tersebut. Namun itu semua tidak sedikitpun membuatkan Haikal berasa takut. Apa yang ada dalam dirinya hanyalah kegembiraan. Gembira apabila ada orang yang sudi menemaninya bermain. Menghiburkan hatinya di kala kesunyian. Haikal sebenarnya kesunyian. Sejak kematian ibunya Amira, Haikal dahagakan kasih sayang. Namun sikap Izzat yang terlalu mementingkan kerja di pejabat menyebabkan Haikal terabai sendirian di rumah.
Badut tersebut mendekati Haikal. Rambut Haikal di usap-usapnya perlahan. Dahi anak kecil itu di ciumnya lembut. Lagaknya persis seorang ayah yang sedang melayan anaknya dengan penuh kasih sayang. Haikal hanya mendiamkan dirinya. "Papa, hari ni tak bawa makanan untuk Haikal ke? Rengek Haikal. Badut tersebut yang menyuruh Haikal memanggilnya dengan panggilan papa.
Pintu rumah di buka perlahan. Izzat segera masuk ke dalam rumahnya. Badannya amat letih. Hari ini seharian dia sibuk menyiapkan proposal bagi mendapatkan projek baru untuk syarikatnya. Suasana dalam rumahnya sunyi sepi. Pasti Haikal sudah lena tidur. Hati Izzat tiba-tiba di jerut rasa sayu apabila terkenangkan anak tunggalnya itu. Satu-satunya permata hati yang dia ada hasil cinta dengan isterinya Amira. Hati Izzat bertambah pedih apabila mengenangkan arwah isterinya Amira. "Kalau Amira ada mesti Haikal takkan kesunyian". Desis hati Izzat perlahan.
