Chapter 1

381 12 0
                                    

"Usagisan!!!!!!!"jerit Mikasa bila anak gadis masih tidak bangun ke sekolah,salah satu sikap buruk anak gadis yang satu ini susah untuk di bentukkan.

Jeritan ibunya membuat dia terkejut,di lihat jamnya sekali lagi dia lewat ke sekolah.Tanpa berlengah dia ke bilik mandi.Pantas meniti tangga,ibunya mebebel bila lihat Usagi kerap lewat ke sekolah tidak mahu dengar leteran ibunya dia minum susu sahaja dan terus keluar dari rumah.

Usagi berlari untuk cepat sampai ke sekolah,selamat sekolah tidak jauh dari rumahnya dan kerana itu dia kerap lambat memasuki sekolah.

Sesampai di sekolah temannya Rei mula berceramah tentang etika Usagi, Usagi hanya membuat muka tanpa bersalah.Mei hanya ketawa bila melihat muka sebal Usagi.

Jeritan dari pelajar perempuan membuat mereka bertiga melihat arah luar,kelihatan pasukan bola sepak buat latihan di padang besar,kesemua adalah peminat Momoru Eldeward lelaki berambut hitam dan memiliki mata biru laut di minati gadis-gadis di sekolah ini dan luar sekolah.

Mata Usagi tidak lepas memandang susuk tubuh yang aktif dalam sukan dan pelajaran,jejaka idamannya begitu hebat dan sangat disanjungnya. Jeritan dari pelajar perempuan membuat Momuro memandang atas,dia melambai ke arah mereka semua kesemua mereka menjerit histeria kerana diri mereka lambaian mereka di balas oleh pujaan hati mereka.

Loceng kelas berbunyi,awal lagi Usagi sudah melelapkan matanya,entah ke mana sekarang mimpinya.

___________________________________________________________

>>pov Serenty<<

Gericing loceng kaki kedengaran,kelihatan seorang gadis rupawan berlari riang di taman bunga di temani burung kecil yang berada di taman Adrolika,taman larangan itu hanya kerabat diraja sahaja dibenarkan memasuki taman Adrolika.Taman itu khas untuk Puteri Kristal Kyalan ,Puteri tunggal dan waris Raja Perempuan Lady Serena,Puteri Serenty gelaran Kristal Kyalan mempunyai suara yang merdu dan hati yang mulia.

Dia di sayangi orang-orang kota dan pendalaman,kerana dia tidak pernah membeza-bezakan taraf mereka.Puteri Serenty selalu keluar bermain dengan anak gadis sebayanya bila dia keluar dari kawasan istana,tiada larangan dari Raja Perempuan untuk waris tunggalnya bergaul dengan rakyat -rakyat bawah lindungannya.

Kota Revillion kota crytal yang sangat cantik di perintah Seorang Raja Perempuan Lady Serena sejak zaman dahulu pemerintah Revillion hanya waris kerabat perempuan sahaja boleh di wariskan tahta .Waris seterus adalah Puterinya Serenty.

Raja Perempuan Lady Serena,seorang pemimpin yang mementing keamanan dan kemakuran rakyat jelatanya sikapnya ada dalam diri anak tunggalnya.Kecantikan dan kebijaksanaan ada dalam diri warisnya.

Serenty masih leka bermain dengan kinci-kinci di tamannya.Dia melihat bumi dari puncak Adrolika,kecantikan bumi memang menarik perhatian si Puteri sejak dari dulu lagi ingin kesana, tapi tidak kesampaian kerana bumi terletak beribu tahun dari Revillion, gelaran mutiara biru oleh bondanya begitu menarik perhatiannya sejak kecil lagi.Puteri Serenty menyanyi untuk planet bernama bumi atau gelaran mutiara biru.

Kemerduan suara Si Puteri menyebabkan,Raja Darkmoon bangun dari tidurnya,di memandang kota cahaya itu,walau planet Darreck bersebelahan planet indah itu dia tidak pernah jejaki di planet indah itu,tapi suara gemersik dari sana menarik perhatiannya.

Dia mengenali Raja Perempuan Revillion dari khabar angin ramai pelawat atau perdagang keluar masuk di sana dan meniaga di sini.Walau kotanya adalah kota mati tiada sengkatan untuk mereka berurusan di kota itu,kerana  metros perlu sesuatu di tempatnya Kristal hitam yang boleh jadi racun dan penawar.

Raja Darkmoon duduk di kerusi Krytalnya sambil mendengar nyanyian Sang Puteri,siapa gelarannya dia pun tidak tahu.

_______________________________________________________________

>>pov Usagi<<

Loceng berbunyi mengejutkan Usagi,Usagi geliat badannya mimpi di alami sungguh pelik,Rei dan Mei melambai untuk rehat bersama,macam biasa dia di ceramah oleh Rei kerana tidur masa belajar.Muka tanpa bersalah darinya membuat Rei tarik rambut pony tail berkembar itu.Usagi mengadu sakit.

Dia memuncung bibir pada Rei,Rei mengejek gayanya walau mereka kerap bergaduh mereka teman sejak kecil lagi.Mei mereka kenali masa Middle lagi,keriuh mereka selalu menjadi penyeri sekolah itu jarang mereka senyap bila bersama.

Usagi menceritakan mimpinya kepada Rei dan Mei ,di mana di dalam mimpinya ada kota yang terbakar. Bukan itu sahaja dia melihat seorang gadis menangis seiras dirinya,gadis itu sempat memandangnya sayu wajahnya.

Kedua-dua teman hanya mendengar cerita Usagi.Rei macam biasa mengejek dirinya itu tidur di dalam kelas.

Lamaran dari Raja Darkmoon Ferdagonis di tolak oleh Raja Perempuan Revillion.Kemarahan Raja itu menyebabkan kota Revillion bakal dalam bahaya.Raja Perempuan Lady Serena tahu bakal bahaya akan menimpa Kota Crytal ini dia telah memagar Puterinya dengan kuasa crytal semasa Puteri itu lena.Next story Kemusnahan KOTA CRYTAL((REVILLION))

PUTERI REMBULANWhere stories live. Discover now