02 - Psudo Paracetamol

30 1 4
                                    

Dan petang itu aku ambil helaian yang perlu dari office atas, dengan bantuan 135 sentimeter cubik 4 lejang "semangat melampau" [extream spirit] aku sampai kesitu tanpa perlu berpeluh.

Aku sampai ke rumah kedai yang kuat bau dettol dan sayup-sayup bau goreng pisang, aku hulur helaian yang banyak tulis-tulis ke makcik yang duduk atas meja depan yang tak berapa nak baru dan lengkap dengan set meja untuk menyambut tetamu, ada komputer, talifon, dan loceng kring-kring, dan bakul yang penuh dengan kertas-kertas. Ikut kan kondisi monitor itu yang boleh buat untuk baling anjing, aku kira dia sedang sibuk main solitaire, tapi disebabkan aku ni tak minat sangat bersangka buruk dengan orang aku diam kan saja.

"pertama kali?" mak cik tu tanya aku.

"ha.." aku jawab dengan nada lesu yang dibuat-buat.

"gi duduk sana nu dulu, nanti kami panggil" mak cik tu cakap sambil bibir nya muncung ke arah bangku yang tersusun depan mata aku. Lepas tu dia duduk depan komputer dan menaip sesuatu, dan tulis sesuatu, dan terus dia capai hand phone dan dengan tak semena-mena dia tersengih.

Aku pergila duduk atas bangku, dan seperti basic layout ditempat lain, dekat tepi bangku yang aku duduk itu ada majalah-majalah lama yang tersusun kemas. Nak nampak macam seorang yang selalu mengisi masa terluang dengan membaca aku pun cari la majalah-majalah yang kena dengan selera aku. Cari punya cari aku tak jumpa apa-apa majalah apo, gempak, kreko, mangga, atau urtv, kecewa sungguh aku, sebabkan pilihan majalah tak sepadan dengan selera aku, aku pun ambil la katalog yang banyak gambar almari dan set perabut ruang tamu.

Dari katalog perabot yang aku tengok tu, mahal juga la harganya, tapi boleh hutang, flexi-credit. Tengah asyik aku berangan nak ada perabot, dan dekat mana perlu aku letak jika aku beli, mak cik yang tadi dok depan komputer tu, gelak terbahak-bahak, dengan laju datang seorang makcik dengan tangan kiri pegang mop, dan tangan kanan pegang baldi datang bergegas pergi ke makcik meja reception tu. aku ingat dia nak g star-light muka makcik tu sebab gelak sakan.

Ternyata sangkaan aku salah, depa berborak dengan nada berbisik-bisik pulak sambil, yang pegang mop tu buat muka usha line. Tepuk dahi aku.

Macam aku kata tadi aku ni tak suka nak sangka buruk dekat orang, mungkin depa tengah mogok kot, tu yang dok bersembang sakan tu, yela mungkin gaji tak naik, bonus tak ada, elaun kena potong, over-time pulak kena catu. Mungkin depa punya union buat sugestion mogok cara ni. Nak berenti karang susah pulak nak cari kerja lain. Lalu mereka pilih mogok, biar company tanggung segala ketirisan yang berlaku. Padan Muka !! siapa suruh tak jaga kebajikan pekerja.

"Muhammad...." nama aku naik.

dengan penuh ketenangan dan angan-angan aku masuk kedalam bilik, seelok je kaki kanan aku melangkah masuk, "punya la kedekut, lampu pasang pun malap" aku cakap dalam hati.

"sila duduk.." kata seorang brother yang pakai cermin mata baya-baya aku, depan dia ada buku tebal dan buku nota. dia pun cuba bersembang dengan aku guna bahasa inggeris. sebab aku tengah fikir aku ni sakit apa, aku tak berapa nak fokus kepada ucapan dia.

"demam dengan sakit perut" aku kata sambil muka kerut.

"hurmmmm..." dia ambil alat dan letak ke dahi aku dan tangan.

"temperature ok, bp slightly tinggi" sambil tangan dia tutup buku tebal yang ada dihadapanya.

"tinggi??? tak bahaya ke bang?, yela sekarang kan musim orang kena strok haba, risau juga" aku cakap dengan suara cemas yang betul-betul cemas.

"from your condition now, should be ok, no worries" nanti saya bagi ubat.

"paracetamol ker?" aku tanya memandai, maklum la, dari pemahaman aku ubat tahan sakit ni memang ada potensi besar untuk selesai masalah. "everthings need time to cure" so dengan ubat yang bagi kau kebodohan sekejap untuk tidak merasa sakit. dan tup-tup kau tidak lagi rasa sakit. sebab adakala masalah boleh selesai dengan melupakan masalah tersebut.

"nope.." dia pancung soalan memandai aku dengan muka riak, sambil dia tulis nama ubat untuk diberikan kepada aku. dari ringkas tulisannya itu aku tahu aku tak capai objektif aku kesitu.

aku dengan wajah yang penuh kesakitan aku tanya dia "abang dulu ada belajar fizik?"

dengan tak pandang muka aku dia jawab ringkas "ada.."

"minat?" aku balas dengan nada yang kurang tegas, mungkin nak menampakkan aku ni betul-betul sakit.

dia tak jawab.

"if the pressure high, we must find extra space to reduce the pressure..." aku cakap bahasa inggeris dengan dia, sambil mengharapkan dia faham masej aku dan aku dapat apa yang aku hajati.

"understand, but in your condition, no need to..." dia memandang aku dengan pandangan yang ada maksud tapi aku tak faham.

"so tak boleh dapat mc ke bang?" aku tanya soalan yang aku nak tanya dari aku mula-mula menapak masuk kedalam bilik dia tadi.

"sorry we are not space provider" dia balas dengan sengih.

dengan hampa aku ambil ubat yang aku tak perlukan tadi, lalu keluar dari premis tanpa melambai ke makcik yang duduk dimeja reception yang masih lagi bersembang dengan makcik pemegang mop.

atas motor aku fikir apa salah aku, adakah panggil brother tadi 'abang' instead doktor atau tuan, atau muka aku ni tak menggambarkan aku cukup sakit untuk dapat surat cuti dari doktor, sambil mulut aku mengunyah goreng pisang yang aku beli dekat gerai tepi klinik tadi.

dan sebab ini aku UL esok-nya. 

Ilham PepatungWhere stories live. Discover now