PROLOG

24 3 6
                                        

"Tak.. Jangan! Jangan kau berani dekat dengan aku, kalau tak aku bunuh kau!" teriak Sofia Alena kepada lelaki yang memakai topeng itu.

Tanpa menghiraukan terikan dan ugutan Sofia Alena itu tadi, lelaki tersebut lantas memeluknya.

"Woi! Lepaskan aku! Lepaskan... Tolong! Tolong!" jerit Sofia Alena sekuat hatinya. Tetapi malang, tiada seorang pun yang mendengar terikan Sofia itu.

Tiba-tiba Sofia Alena terasa perit yang amat apabila pisau kecil itu menusuk ke isi perutnya.

"Arghh!!"

Sofia Alena terjaga daripada tidurnya. Dia meraba raba perutnya yang dilitupi selimut itu.

"Astaghfirullah hal'azim.. Ya Allah, aku bermimpi tadi" ucap Sofia setelah sedar ianya hanya mimpi.

Kemudian dia melihat jam dinding di biliknya menunjukkan sudah pukul 6.50 pagi. Lantas dia menuju ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat subuh.

*****
"Selamat pagi Sofia, awal bangun harini?" soal Puan Ayuni sebaik melihat Sofia Alena di dapur. Selalunya jika cuti hujung minggu, Sofia bangun lewat.

Sofia yang mendengar pertanyaan ibunya itu hanya dibiarkan saja.

"Sofia, kenapa ni? Ada mimpi lagi ke?" Puan Ayuni seakan mengerti isi hati Sofia. Terus Sofia memeluk Puan Ayuni dan menangis teresak-esak.Puan Ayuni turut simpati melihat keadaan anaknya itu.

"Dah sayang, tak nak menagis pagi-pagi macamni.Ibu tahu.. Kejadian tu susah untuk Sofia lupakan. Kita cuba pelan-pelan ya sayang?" kata Puan Ayuni. Sofia hanya mengangguk tanda 'ok'

"Jom makan. Ibu dah sedia kan dah sarapan pagi ni. Dah, jom"

Lalu mereka menjamah sarapan pagi itu.


Hahaha...macam tak ok je.. Macam tak ok je.. Ok ke bab ni? Maaflah, author tak banyak idea sangat.. Main letak je.. Kihkih harap harap ok lah.. Terima kasih kerana telah membaca!💋💋

SOFIA ALENAWhere stories live. Discover now