Part 1

343 4 0
                                        

"Awak kena janji dengan saya yang awak akan sentiasa bersama saya sepanjang hayat saya", itulah ucapan terakhir Haikal sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selamanya. Ya dia kini lebih tenang disana. Mungkin benar kata ibuku yang masih aku ingati sehingga hari ini "kalau orang itu bukan jodoh kita, kejarlah sejauh manapun dia tetap bukan jodoh kita. Berusahalah nak. Cari lelaki yang boleh menjadi imammu, lelaki yang boleh memimpin bahtera perkahwinanmu, lelaki yang boleh menjadi pembimbingmu. Ingatlah Allah s.w.t maha mengetahui segala sesuatu".

Hari-hari ku jalani seperti biasa. Tiada apa yang mampu mengubah nasib diriku ini. keputusan ibu mahu mengahwinkanku dengan Asyraff, orang yang tidak pernah ku temui malah aku juga hanya mengetahui nama panggilannya saja tidak pernah sedikit pun urusan hidupku. Nama penuhnya sama sekali tidak pernah ku tanya pada ibu dan ayah. Aku sudah reda jika allah telah menetapkan jodohku ialah Asyraff seorang lelaki yang begitu asing bagiku

Why? LoveWhere stories live. Discover now