#MemoriRamadhan-5

7 0 0
                                    

Waktu mula-mula pindah dari Bukit Besar ke Kampung Laut, SMAKL (dulunya SMASKL) hanya mempunyai 2 generasi sahaja. Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Saya merupakan generasi pertama. Senior ketika itu.

Ramadhan kami sangat meriah. Setiap skop kerja diagihkan sebaik mungkin terutama tugasan penyediaan sahur dan berbuka. Jika Putera(pelajar lelaki) sediakan makanan sahur, maka Puteri(pelajar perempuan) akan sediakan makanan berbuka. Begitulah sebaliknya.

Yang bertugas sediakan sahur perlu bangun awal untuk masak nasi dan air dalam periuk besar. Semua dilakukan sendiri. Kami makan bertalam. Jadi, sementara satu talam belum cukup 5 orang kena tunggu dulu. Tersengguk-sengguk juga layan ngantuk. Tapi kalau saya, jarang menunggu lama. Kawan baik memang ada lima jadi tak perlu tunggu orang lain. 'Ashobiyah betul! :P

Basuh talam, ikut giliran dan kadang-kadang sukarela. Biasa kami bersahur lambat(sebelum tibanya imsak), tak adalah masa nak tidur sebelum subuh sangat sebab warden ada. Kena la mengaji atau study sikit. Jadi kalau hari cuti, lepas subuh semua akan bertapa di surau. Tidur! Huhu.

Bangun je basuh periuk belanga. Rindu. Memang rindu.

#MemoriRamadhanWhere stories live. Discover now