#MemoriRamadhan-2

16 1 0
                                    

Dulu kalau Ramadhan waktu cuti sekolah, ayah mesti hantar saya dan 2 orang abang ke rumah Tokki di Bukit Bading, Ajil. Begitu juga sepupu yang lain. Di sana kami hidup berperaturan dan penuh disiplin. Dan inilah masanya emak dan ayah rehat dari melayan kenakalan kami.

Lepas Zohor kami diwajibkan membaca Al-Quran. Tokki dan Tok akan bergilir-gilir ajar kami mengaji. Waktu inilah yang paling kami takut sebenarnya. Kadang-kadang ada yang menangis sebab ditegur salah bacaan. Padahal Tokki tu tak marah pun. Huhu.

Selepas solat Asar berjemaah, wajib setiap cucu mendengar Tokki membaca hadis dan Tok bacakan terjemahannya. Walaupun kadang-kadang tak faham pun apa yang disampaikan, dengarkan saja. melalui perkongsian hadis itu juga Tokki dan Tok akan selitkan nasihat. Tersenguk-sengguk juga nak tunggu mereka habis bercakap. :P

Sekarang, Tokki dan Tok dah pindah Kuala Terengganu. Cucu semua sudah besar. Tiada masa lagi untuk semua tu.

Rindu. <3

#MemoriRamadhanWhere stories live. Discover now