"Adik kenapa tak nak guna kereta baru?" Jem strawberry disapu rata ke permukaan roti yang baru siap dibakar. Masih terasa di tapak tangannya haba roti yang baru dikeluarkan daripada toester itu.
"Saje. " Kopi yang berasap nipis ditiup Suraya sebelum disisip perlahan. Matanya sempat memandang Haina yang sedang membelakanginya sebelum kembali fokus pada iphone di tangan. Kakaknya itu sedang menyapu jem pada roti yang baru dikeluarkan daripada toester. Kalau lah Haina nampak dia meniup air tadi, pasti bising kakaknya itu membebel. Kononnya meniup air atau makanan itu tidak beradab. Yadaa yadaa. Dan dia seorang perempuan dari kelas atasan yang sepatutnya menunjukkan ciri-ciri classy itu. Yadaa yadaa.
Pinggan yang berisi beberapa keping roti bakar berjem strawberry itu dibawa ke meja makan yang berjarak dua tiga langkah darinya. Haina melabuhkan punggung di kerusi yang menghadap Suraya.
"Cubalah appreciate sikit." dia mengambil sekeping roti bakar dan menggigitnya kecil. Matanya memandang Suraya. Mahukan penjelasan. Sudah dua minggu kereta itu dihadiahkan papa. Dan dua minggu jugaklah Fairlady Z itu tersadai dalam garaj.
Haina cuma risau sekiranya papa mereka tahu dan berkecil hati dengan tindakan adiknya itu.
"Adik tak suka ke kereta tu?" Haina bertanya lagi apabila melihat Suraya hanya mengangkat bahu sambil menekan-nekan iPhone nya tanpa memandang ke arahnya. Geram dengan ketidakpedulian Suraya, iPhone di tangan Suraya direbut.
"What la kakak" muka tak puas hati dipamerkan.
"Kakak tanya ni. Adik tak suka ke Fairlady tu? Adik nak kereta lain? " iPhone yang direbut tadi diletakkan di depannya.
"No. That car just fine enough. Cantik. " matanya memandang iPhone nya yang bergetar menandakan ada whatsapp masuk.
"Then kenapa tak drive kereta tu?"
"Tak, macam ni. Kenapa papa belikan adik kereta tu at the first place? Adik tak nampak pun kenapa adik kena dapat kereta baru. Myvi adik tu okay lagi kot. Baru lagi. Bau kedai pun tak hilang lagi Myvi tu." Jam di tangan dikerling sekilas. Dah pukul 8.05 pagi. 8.45 pagi dia janji nak jumpa Nadia. Dan dia pasti Nadia yang menghantar whatsapp kepadanya sekejap tadi.
"Dah, adik lewat dah ni. Pergi dulu. " tangan Haina disalam laju sebelum iPhone yang terletak elok dihadapan Haina diambil dan disumbat ke dalam poket seluarnya.
"Tadi kata kelas pukul 11? Ni baru lapan lebih."
"Adik nak jumpa Nadia dulu. Ada projek sikit dengan dia. Bye. Mmuah!" Suraya memusingkan kepalanya dan satu flying kiss diberikan kepada kakaknya.
"Macam-macam."
Haina memandang sarapan di depannya. Masih ada sekeping roti bakar dalam pinggan. Kopi dalam cawan Suraya pun nampak macam tak terusik walaupun dia melihat Suraya menyisip beberapa kali kopi tersebut.
Sewaktu sedang mengemas meja makan, kedengaran kereta Myvi Suraya meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.
Hanya mereka berdua tinggal di banglo tersebut. Banglo tersebut dihadiahkan oleh papa kepada dirinya setelah dia memutuskan untuk berpindah keluar dari villa. Alasannya, villa papa jauh dengan tempat kerja barunya. Lalu papa menawarkan seorang driver agar dia tidak perlu memandu dan menghadap kesesakan lalu lintas di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
Bongsu
RandomKeluarga sedarah sedaging menyisihkan Suraya. Dia digelar anak haram dan dinafikan haknya sebagai seorang kanak-kanak. Membesar dalam persekitaran yang sangat mencabar dan mengelirukan membuatkan Suraya pasrah dengan nasibnya. Fikirnya, mungkin samp...
